Friday 28 September 2012

Love this Quotes


For every Setback, ALLAH has a Comeback 
For every Trouble, HE helps you Double....
by Mr. ASIQS

Thursday 27 September 2012

Kembali ke F.I.T.R.A.H sebagai seorang muslimat...

Hye ladies, Ya Ukhti di luar sana yang aqma kasihi kerana ALLAH....

Sedikit sharing buat tatapan semua... Mohon harapnya kita sentiasa istiqomah dalam berpakaian mengikut sunnah agar segala urusan kita di saat siang mahupun malam di berkati ALLAH S.W.T.....

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat

Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah r.a “ Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”.

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar.

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah: Kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”. (Riwayat Muslim).

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit, tetapi longgar atau selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”.

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya (terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya). Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam).

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur. ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki.

Telah berkata Ibnu Abbas :
“Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik.

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

P/S: Dalam masa yang sama dapat camouflage rupa bentuk susuk tubuh kita kepada pandangan lelaki ajnabi kan... Betapa Islam sangat-sangat memelihara maruah wanita, ALLAH sayangkan kita semua Ya Ukhti, kerana itulah sebagai seorang wanita Islam kita kene tetap kembali kepada fitrahnya wanita... Doakan agar kita semua diberikan hidayah oleh ALLAH dan di terapkan hati kita selamanya Istiqomah dalam berpakaian mengikut sunnah... InsyaALLAH.... Peringatan buat diri aqma sendiri dan kerana aqma sayangkan anda semua.... Kerana itulah aqma titipkan pesanan ringkas buat sharing kita semua.... InsyaALLAH...

Rahsia ALLAH...

La Tahzan Ya Ukhti....

"Benarlah, jodoh itu sungguh rahsia, hanya doa penghubung bicara, pada tuhan harapan dipersembah, moga si dia datang menjengah."

"Usah bimbang jika jodoh belum tiba, Janji Allah pasti akan ada, Sudah tertulis sewaktu lahirnya kita di dunia. Jodoh, ajal, rezeki semua ditentukanNya"

"Saat ini siapkan diri tetapkan hati, Dalami ilmu tingkatkan iman dalam diri, Bisik dan pujuklah hati, Sesungguhnya 'dia' juga sedang memperbaiki diri."


Salam Ya Ukhti yang aqma kasihi kerana ALLAH S.W.T....
Hari ni buat kali keduanya aqma mimpi yang sangat menakutkan + mengerikan + menggelikan...
Dah check di internet termasuklah rujuk dengan ustaz.... Tapi takut untuk terus percaya... Kerana aqma percaya dengan SURPRISE dari ALLAH adalah yang terbaik dan sebaik-baiknya buat diri aqma....
Tapi itu bukan main storynya, cumanya hari ini aqma terjumpa kata-kata di atas melalui FB I Luv Islam.Com, tibe-tibe mcm terasa terkena dekat diri sendiri je... Kikikiki (perasan)... "La Tahzan ya Aqma" kata-kata dari abi Juzer pun terngiang-ngiang di telinga, apetah lagi kak Jaja... Hari-hari bagi semangat... Alahai, terima kasih sahabat-sahabat dan teman-teman...

Huhuhuuhu, Alhamdulillah kini perasaan di atas seperti tenggelam seketika apabila bebanan kerja yang menggunung membuatkan diri terlalu asyik mengulit masa di pejabat... Hehehehee... Turn to mood 'Workholic' macam dua tahun lepas... Hehheee, dulu lagi extreem sebab sanggup stay opis sampai jam 11pm atau 12am... Gila kan... Tapi sekarang kurang siket, tanggungjawab dengan 'kekasih hati' sekarang lagi penting sebab tu sukeeeee join the princess & Sis Jaja ke Majlis Mawlid / Usrah / Tausiyyah / Burdah... InsyaALLAH next majlis Burdah pula... Party just for jemaah Muslimat... Best...

Buat gugurls, ukhti-ukhti dan mummy-mummy yang mahu join this party Muslimat atau ada di antara anda yang mahu sama-sama merasai mahabbah sepanjang parti muslimat ini nanti... Jum join together! Atau ada di antara anda yang mahu organize majlis atau event atau kenduri atau makan-makan, dalam masa yang sama ingin menghidupkan sunnah dan membangkitkan mahabbah Rasulullah S.A.W di hati tetamu majlis-majlis anda... Bolehlah buat tempahan SUNNAH BITES buffet by Haifaa' Muslimah.... Aqma akan create this buffet specially for u guys mengikut budget dan tema yang anda inginkan... Let's support Sunnah Bites by Haifaa' Muslimah... 


Don't wait for the right person to come into your life, make yourself the right person to walk into someone else's life. First start by loving Allah and yourself, then focus on your character and good traits. :-)
Mr. ASIQS

Tuesday 25 September 2012

Siapa & Mengapa?


Siapakah yang paling jauh dari kita...??

Yang paling jauh dari kita adalah MASA LALU. 
Bagaimanapun kita, apapun keadaaan kita, kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu jagalah hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang.

Siapakah yang paling dekat dengan kita...??

Yang paling dekat dengan kita adalah KEMATIAN. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati....

Apakah yang paling besar di dunia ini...??

Yang paling besar di dunia ini adalah HAWA NAFSU Maka kita harus hati-hati dengan hawa nafsu kita sendiri.

Dan Apakah yang paling tajam di dunia ini...??

Yang paling tajam di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana dengan lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri...

Sekadar renungan buat diri aqma sendiri dan teman-teman lelap lainnya.... Hari ini aqma berbual dengan teman yang dah terlalu lama aqma tak ketemu dan dengar khabarnya... Harapnya ALLAH memberi beliau kekuatan hati dalam menempuh dugaan hidup, walau telah lama menanggung sengsara atau siksa... Jangan mengasingkan diri daripadaNYA... Jangan pula menjauhi keluarga / teman / sahabat / rakan / taulan... Kerana mungkin ada di antara mereka merupakan pencetus idea buat anda yang sedang dalam kegusaran ya... Teruskan usaha walau lelah hadir tika kalian berduka... Tabahkan hati... Syukur alhamdulillah kerana kamu menggunakan blog dan fb aqma sebagai panduan mahupun pengajaran buat kalian... Tetapi aqma bukan siapa2 untuk memberi kata2 yang bisa menyejukkan hati kalian... Berserah segalanya pada ALLAH... InsyaALLAH dibukakan jalan....

Aqma juga lemah.... Ada hari-hari yang kita putus harap... Dalam masa aqma menaip sharing dengan kalian di sini, sambil-sambil tu aqma juga mengingatkan diri sendiri.... Hidup tak selalunya indah, tapi syurga yang indah itu pasti.... Tautkan hati supaya terus istiqomah ya sayang-sayang sekalian...

Friday 21 September 2012

Album AL-MAWLID special edition!

Salam buat pembaca lelap yang aqma kasihi kerana ALLAH...
Andai ada di antara kalian yang berminat untuk mendapatkan album AL-MAWLID istimewa lagi original dengan Tanda Tangan Istimewa daripada Pot / Amir / Zaf / Lah / Azan Al-Mawlid. Jangan malu dan jangan segan. Boleh terus hubungi aqma melalui PM facebook aqma mahupun melalui facebook HAIFAA' MUSLIMAH hanya tinggalkan msg di sini. InsyaALLAH aqma akan hantar kepada anda by hand (kalau yang dekat-dekat) mahupun melalui post...

Ayuh dapatkan album edisi khas kerana mempunyai tandatangan peribadi mereka sendiri! Hehehee... Special tau! Demi peminat, AL-MAWLID turunkan tanda tangan mereka khas buat anda... Dan, melalui HAIFAA' ETC by Haifaa' Muslimah kami releasekan album ini khas buat anda... Buat teman-teman pembaca lelap, pada aqma ada beberapa lagi unit... Order now!

Wednesday 19 September 2012

Darjat seorang MUSLIMAH

Salam mahabbah buat pembaca lelap yang aqma kasihi kerana ALLAH S.W.T...
Sengaja aqma mahu sharing sesuatu yang berkaitan dengan wanita disini... Kerana apabila aqma terbaca artikel ini, benar-benar meruntun hati aqma sebagai seorang wanita... MasyaALLAH, di dalam Islam tempat buat seorang wanita sangat-sangat dimuliakan... Hargai diri anda sebagai seorang muslimah yang terpelihara ya kesayangan-kesayangan aqma diluar sana... Jangan memperdagangkan diri anda dengan cara yang anda sendiri juga tak nampak dan tak perasan... Biar orang nampak penampilan kita tak vogue asalkan rupa kita mengikut sunnah... InsyaALLAH... Dan harapnya dari rupa kita apabila kita keluar, tak menambah dosa buat papa kita, adik beradik lelaki kita, saudara-saudara lelaki kita serta bagi yang mempunyai suami... Takkan kita nak bantu menambah bebanan dosa dibahu mereka... Betul tak? ... Hehehe...


Ramai yang tidak tahu bahwa ada beberapa pekara yang telah terkait dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita. Ciri-ciri tersebut diuraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun) 10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah ya ukhti-ukhti di luar sana.... (Wal hal aqma terbaca post ini dari awal sampai akhir, berair pulak mata neh.. Haish..) Untung sangat buat anda yang telah bersuami. Aqma tumpang gembira buat kalian.. Jangan bazirkan waktu yang ada, gunakan tiap saat untuk merebut saham akhirat ini... MasyaALLAH... Wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi S.A.W meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak meletakkannya lebih rendah dari itu.


P/S: Jealousnyeeeee.... Hehehehe... Sabar ya hati....

My Latest OBSESSION!


Assalamualaikum teman-teman pembaca lelap yang aqma kasihi kerana ALLAH S.W.T...
Sempat mengulit blog di kala waktu lunch hehehe, saja aqma mahu sharing sedikit kegilaan atau obsession aqma di kala ini... Entah kenapa terlalu asyik dan tenang apabila memintal bunga untuk dijadikan decoration for SUNNAH BITES buffet by Haifaa' Muslimah....


Syukur Alhamdulillah di beri kekuatan dan kesempatan oleh ALLAH untuk aqma dan partner, sis Jaja memulakan project baru we ols.... Dan sehingga ke setakat ini dah DUA setting untuk SUNNAH BITES buffet by Haifaa' Muslimah kami wujudkan... Mengikut kemahuan dan kehendak serta permintaan pelanggan... Tapi sebelum merealisasikan permintaan pelanggan di luar, kami tried to arrange pre-set up di rumah FOUNDER Haifaa' Muslimah partner sendiri iaitu di Denai Alam dan di Shah Alam...

Hasilnya... MasyaALLAH... Telah ramai yang bertanya serta membuat tempahan kepada HAIFAA' MUSLIMAH... Terima kasih banyak-banyak buat anda yang dibukakan minda dan mata hatinya oleh ALLAH untuk menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W dengan cara yang tak seberapa dari kami... Alhamdulillah... Harapnya usaha kecil ini akan mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T dunia dan akhirat... InsyaALLAH...

Sedikit sharing daripada pengalaman aqma dan sis jaja mula mendapat ilham berkenaan dengan Sunnah Bites Buffet ini, kerana jatuh hati dan terlalu cintanya kami kepada Rasulullah S.A.W, pelbagai idea yang berkaitan dengan sunnah kami cuba kembangkan... Alhamdulillah, telah mendapat sambutan daripada beberapa syarikat korporat untuk membuat tempahan door gift yang berasaskan sunnah, daripada kami, syukran... Terus kami mula melebarkan sayap serta mengembangkan idea kepada sesuatu yang lebih mencabar... Dari situlah terhasilnya Sunnah Bites Buffet... Ilham ini di cipta dan kami terus implement semasa majlis Maulid dan House Warming rumah my partner Sis Jaja... Dari situ kami dah menerima pelbagai tempahan dan alhamdulilllah semakin mendapat perhatian pelbagai pihak...
Konsep dan idea boleh di olah bersama dengan kami di mana secara keseluruhan, bunga yang aqma sediakan untuk dekorasi sepenuhnya buatan tangan aqma sendiri... Hehehhee... Tak de kerja tapi cari kerja kan... Nak buat macam mana, aqma minat dengan kerja-kerja tangan yang begini... Terasa bahagia je memintal bunga dan menata hias deko di atas meja Sunnah Bites Buffet... Yang ajaibnya, semakin hari tangan yang memintal semakin ringan je terasa... MasyaALLAH, kuasa ALLAH yang Maha Esa melancarkan perjalanan my latest obsession ini... Harapnya, usaha kecil yang cuba kami ketengahkan ini dalam masa yang sama dapat mendidik mahupun membuka hati ummat Islam khususnya untuk menghidupkan sunnah dalam majlis-majlis kecil mahu pun majlis besar yang dianjurkan... InsyaALLAH....


Doakan yang terbaik buat kami serta doakan yang terbaik juga buat HAIFAA' MUSLIMAH, agar niat kami di berkati dan perjalanan perjuangan perniagaan menuju ke arah Mahabbah Rasulullah S.A.W dipermudahkan ALLAH... InsyaALLAH...

Support kami (Haifaa' Muslimah) untuk terus Istiqomah dalam melahirkan rasa mahabbah dengan menghidupkan Sunnah Rasulullah  S.A.W di dalam perjalanan business ini... Serious, aqma obses dan sangat teruja untuk membuat set up Sunnah Bites Buffet yang terbaru di masa akan datang... Doakan yang terbaik buat kami ya!

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun“
Hadits yang agung ini menunjukkan keutamaan besar bagi orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, terlebih lagi sunnah yang telah ditinggalkan kebanyakan orang. Oleh karena itu, Imam Ibnu Majah mencantumkan hadits ini dalam kitab “Sunan Ibnu Majah” pada Bab: “(Keutamaan) orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah ditinggalkan (manusia)”.

Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari berkata, “Orang muslim yang paling utama adalah orang yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah ditinggalkan (manusia), maka bersabarlah wahai para pencinta sunnah (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam), karena sesungguhnya kalian adalah orang yang paling sedikit jumlahnya (di kalangan manusia)”

Monday 17 September 2012

Hadiah buat HATI

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”

(H.R. Bukhari dan Muslim)

Maha suci ALLAH kerana memberi peluang kepada Aqma untuk kembali menambah entri-entri baru buat ingatan diri dan pembaca lelap sekalian yang aqma kasihi kerana ALLAH... Sejak kebelakangan ini terlalu sibuk dengan agenda yang pelbagai sehinggakan tiada kesempatan untuk menatap dan menulis di sini... Tetapi hari ini aqma kembali mengulit entri meluah rasa pada apa yang meruntun hati aqma kebelakangan ini... Atas pelbagai dugaan dan ujian yang berlaku this lately... Allah membuka mata aqma kepada buku yang selama ini aqma cari... YEAY!!!! Hadiah buat diri sendiri bagi merawat kesedihan diri.. Hehehhee, mengada kan... Tetapi realitinya, itulah yang berlaku...

Saja mahu sharing di dalam ini buat ingatan masa akan datang.... Jalan-jalan untuk mencari barang buat Sunnah Bites Buffet terjumpa buku-buku ini... MasyaALLAH... Syukur Alhamdulillah sangat, Allah membuka mata aqma untuk menemukan buku yang selama ini aqma idamkan... Yang membuatkan aqma teruja, buku-buku ini di rak best seller di MPH... MasyaALLAH... Terima Kasih Allah... Inilah buku yang buat meneman tidur malam aqma sekarang ni.... BEST! Nanti kalau aqma dah usai membaca, aqma buat review serba sedikit ya... InsyaALLAH....


Maaf, abaikan meja saya yang bersepah... Hehehe, bz kerja ini je yang sempat capture...

Wajah puas hati setelah terjumpa apa yang di hajati... Hehehe.. Abaikan ya...

Memetik kata-kata sahabat Pakar Cinta (Pakar Diari Hati)
Orang kata , semakin banyak kau beriman..
"Kau akn diuji terus bertubi-tubi..”

Orang kata , semakin banyak kau berbuat baik..
"Kau akn terus berdepan dengan masalah..”

Ini semua benar.. Menjadi org yg baik bukan senang..
Sebab itu.. ia terus "Diuji supaya menjadi baik..”

"la yukallifullahu nafsan illa wus’aha!”

Wednesday 12 September 2012

Ayat-ayat CINTA buat KEKASIH hati



As Salam pembaca lelap yang aqma kasihi kerana ALLAH....
Mari rawat hati pujuk diri agar terus istiqomah dalam membelai jiwa dengan ayat-ayat cinta buat KEKASIH hati yang tak pernah hilang di jiwa. Lahirkan rasa rindu dengan seruan yang bertalu-talu buat si DIA yang tersayang. Paparkan kecintaan yang tidak berbelah bahagi buat KEKASIH nan SATU! Satu-satunya BUAH HATI yang tiada duanya... ALLAH.... ALLAH... YA ALLAH...

Tenggelamkan diri dengan kecintaan mu melalui zikrullah... Dan berkhalwatlah dengan NYA, munajatlah kepada NYA dan sentiasa mentilawahkan kitab NYA... InsyaALLAH... Mari nikmati lontaran ayat-ayat cinta buat ALLAH S.W.T... Jadi ayuh nikmati antara ayat-ayat cinta yang baru aqma temui tahun lepas dan benar-benar mampu untuk memujuk diri dan hati aqma... Zikir harian buat kalian menjadi ubat penyejuk hati penenang jiwa... Jum gapai cinta ALLAH yang abadi...

ISNIN : LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM (1,000 KALI)
Satu kalimat upama satu bukit Uhud. Banyak kali anda menyebutnya, hilanglah sifat menunjuk-nunjuk, keji, riak, takabbur, sayangkan dunia dan sebagainya...

SELASA : ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN ABDIKA WARUSULIKA NABIYYI WA UMMIYYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM (1,000 KALI)
Allah ampunkan dosa kamu sepanjang satu tahun (Kalau nak pendek selawat ke atas NABI S.A.W)

RABU : ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM  (1,000 KALI)
Sekali kamu menyebutnya, hilang satu titik hitam dalam hati kita. Satu titik hitam adalah dari satu dosa, jika tidak meminta maaf (menghilangkannya) walaupun kita bersolat, kita akan masuk neraka selama mana titik hitam tersebut berada dalam hati kita.

KHAMIS : SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH (1,000 KALI)
Allah ampunkan dosa sebanyak buih-buih di lautan, dan satu kali kita menyebutnya, tumbuh satu pohon syurga untuk kita di Taman Syurga.

JUMAAT : YA ALLAH (1,000 KALI)
Allah hampir kepada kita, Allah beri kita nikmatnya solat, Islam, rajin, suka, lazat. beramal ibadah dan nikmatnya tidak malu untuk menutup aurat bagi perempuan.

SABTU : LAA ILAHA ILLA ALLAH (1,000 KALI)
Allah beri kita kesenangan hati, perasaan aman dan nikmatnya tenteram.
AHAD : YA HAYYU YA QAYYUM (1,000 KALI)
Allah hidupkan kita dan beri peliharaan NYA.

Ikutilah jejak langkah Nabi s.a.w. jadilah orang yang bermanfaat untuk orang lain. "Sertai mereka dalam kehidupan mereka. Ziarahi mereka. Belanjakan untuk mereka. Berikan khidmat untuk mereka. Isikan hajat dan keperluan mereka. Masukkanlah kegembiraan dalam hati mereka. Lakukanlah semua ini, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Dia mengasihi dirimu... "

Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".

Tuesday 11 September 2012

berseri-seri serta disenangi


Doa supaya kelihatan berseri dan disenangi ramai... 
Semoga terus mengamalkannya...

اللهم كماحسنت خلقي فحسن خلقي وجعلن محبوبافي قلوب الناس ببركت لااله الاالله محمدرسولالله.....

Allahumma kama hassanta kholqi fahassin khuluqi waja'lni mahbuban fi qulubinnasi bibarakati lailahaillallahu muhammadurrasulullah...

Wallahua'lam....

Sumber INFO: Daripada Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman

bagaimanakah kita sebagai seorang BIDADARI buat...?


Dear Ladies out there yang di sayangi lagi aqma kasihi kerana ALLAH S.W.T....

Sharing picisan artikel buat seluruh wanita yang di sayangi... Bagaimana tingkah kita sebagai seorang bidadari buat seorang lelaki bernama suami? Walau aqma masih belum punyai Khalifah hati yang bernama suami... Tetapi, terasa bertanggungjawab untuk sharing good info's kepada ladies out there... Perkara yang baik itu harus di sharing kan? Jadi harapnya kalian dapat jadikan panduan mahupun gambaran  maksud kata-kata dibawah....

Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." 
- Imam Al-Ghazali

Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"

Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.

- Artikel iluvislam.com

Monday 10 September 2012

DOA buat Si UPSR & Si SPM

Entri kali ini, aqma tujukan khas buat kedua khalifah hati merangkap jantung hati merangkap buah hati aqma yang berada di rumah. Bakal menghadapi SPM abangnya... Juga Si kecil yang bakal menghadapi UPSR esok... 
Doa along sentiasa mengiringi kalian sepanjang musim peperiksaan ini... Kuatkan semangat, jangan lupa amalkan zikir dan hajat supaya ALLAH permudahkan perjalanan kalian dalam menghadapi peperiksaan besar tahun ini! Semoga, dengan sharing di bawah akan memberi jutaan kebaikan buat buah hati along yang notty serta rakan-rakannya tak lupa juga buat pembaca lelap lain yang di luar sana... Semoga ALLAH permudahkan perjalanan musim peperiksaan ini dengan limpah kurniaNYA...
Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin..... 

Doa Persediaan Peperiksaan UPSR, PMR Dan SPM 
_________________________________________


1)Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

2)Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
Maksudnya: “Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

3)Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :


سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.

4)Doa memohon kejayaan cemerlang :

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

5)Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :


ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
P/S:
InsyaALLAH aqma akan berpuasa sepanjang musim UPSR & SPM tahun ini, mama, papa, angah & huda juga.... Sebagai tanda sokongan dan dorongan buat ke dua-dua buah hati ni dalam menghadapi peperiksaan... Buat ibu bapa serta keluarga kepada anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan kali ini... Ayuh kita berpuasa sama-sama dan berdoa kepada ALLAH. Mohon agar debaran mereka digantikan dengan ketenangan dalam menghadapi peperiksaan... Mohon agar dipermudahkan segalanya.... Mohon... Mohon... dan terus memohon apa sahaja... Jangan berhenti memohon, kerana DOA dari ibu dan bapa bakal memberi impak yang besar buat anak dalam menghadapi peperiksaan... InsyaALLAH....

P/S buat Si UPSR & Si SPM:
Tawakal... Lakukan yang terbaik... InsyaALLAH segalanya akan dipermudahkan.... Mama, papa, along, angah & huda tak akan putus mendoakan kejayaan Am & Syahmi ya! All the best to both of u, my HERO!

HIJRAH hati & nurani...


Belajar untuk SAKIT sedikit demi untuk mendapat SIHAT yang sebenar. Hijrah diri memang memerlukan pengorbanan. Ia memang tidak menjanjikan setiap masa kamu mampu ketawa riang tetapi selalu menghadirkan saat-saat sukar & Airmata. Jadi jangan gentar dengan DUGAAN. Binalah kekuatan dari sukar yang mencabar.Selamat Berjuang untuk SAHABAT. Doaku mengiringi kalian. Mulakan HIJRAH HATI & NURANI. 

Bila dah ada niat dalam hati. Istiqamah & doalah pada Allah SWT agar di tetapkan hati.

Sunday 9 September 2012

Kerana ALLAH...


Sahabatku,
andai dirimu ingin merintih... dengarkanlah rintihanmu itu di hadapan Allah..
andai dirimu menangis...tangisilah dosa-dosamu dengan penuh penyesalan di hadapan Allah..
andai dirimu kecewa.. kecewalah kerana kau masih gagal menjadi hamba Allah yang sebaiknya..
andai dirimu lemah.. sesali kelemahanmu dalam beribadah kepada Allah..
andai dirimu dahagakan kasih sayang... maka dahagakanlah kasih sayang Allah dalam kehidupanmu..
andai dirimu berasa sendiri.. belajarlah untuk bersendirian bersama Allah...
andai dirimu tertipu.. fikirkan kembali adakah kita menipu dalam beribadah kepada Allah..

Astaghfirullah..Allahuakhbar.. La Haula Walla Kuwata Illa Billah...

Terima kasih Kak Ain....
Terharu sangat membaca post kak Ain yang di atas.. Aqma re-post ke dalam entri blog kali ini untuk tatapan pembaca lelap lainnya... Perkongsian ini harapnya dapat membuka minda rakan-rakan yang aqma kasihi kerana ALLAH S.W.T di luar sana...

Bila terbaca tulisan Kak Ain, kadang-kadang merujuk kepada peringatan di atas, kita sendiri terlupa di mana fitrah kita sebagai ummat Islam... Hamba ALLAH yang abadi.. Aqma mengaku diri Aqma juga terlalu lemah dalam menjalani kifarah dari ALLAH, terlalu jatuh melalui dugaan dan ujian dari ALLAH, terlalu longlai melalui perjalanan life yang penuh dengan onak dan duri... Kita lupa ALLAH berikan ranjau itu kerana ALLAH rindukan esak tangis kita... ALLAH rindukan rintihan kita... ALLAH rindukan permintaan kita... 

MasyaALLAH....
ALLAH terlalu sayangkan kita... Akan ada hikmah dan jawapan ke atas segala kifarah tersebut... Allah akan beri petunjuk dan jawapan dalam keadaan yang kita tidak sangka-sangka... Itu yang berlaku kepada Aqma berulang kali... Dan Alhamdulillah, tiap masalah bakal ada solusinya... Doakan yang terbaik buat semua ya....

Alhamdulillah, setelah pulang dari membawa diri selama 3 hari 2 malam... 
Hati semakin tenang dan tidak memikirkan perkara yang di belakang... Segalanya hanya nampak yang di hadapan... InsyaALLAH... Plus... The kids yang bertiga benar-benar merawat duka aqma dengan sepenuhnya... Hehhehee... Love it... Nanti aqma sharing ya, apa yang kami lakukan... Baru je beberapa jam berpisah dengan the kids dah terasa rindu semula dengan princess-princess ni...

Thursday 6 September 2012

HAIFAA' MUSLIMAH brain storm begins...


Salam Mahabbah buat pembaca lelap yang aqma kasihi kerana ALLAH S.W.T
Syukur alhamdulillah InsyaALLAH esok jika diberi kesihatan dan dipermudahkan perjalanan aqma akan ke Majlis Maulid di Masjid Muadz B Jabal di Setiawangsa.... Lama sangat dah terasa tak ke majlis Maulid (rinduuuuuuu), InsyaALLAH bersama-sama dengan princess-princess yang aqma rinduuuuu juga selama ni... Lama tak dengar gelak ketawa / jeritan / tangisan mereka... RINDU... Di sebabkan rindu aqma membawa hati berkampung 2 malam bersama-sama dengan partner Aqma di Denai Alam insyaALLAH....

Terlanjur di sana melepas rindu...
Terusssss kami diharusssskan untuk sit down sambil BRAIN STORM hala tuju Haifaa' Muslimah kami selepas ini... Perancangan masa hadapan serta generate idea and concept for new product. Bukan kami tiada hala tuju... Tapi dalam setiap apa yang kita lakukan mesti ada masa-masanya kita perlu recharge mind, body and soul supaya seiring dengan perubahan masa hadapan. Business juga perlu di recharge untuk memantapkannya lagi perjalanannya, insyaALLAH... Atas nasihat our business adviser (dirahsiakan namanya)... He.he.he... Mungkin masih ada antara pembaca lelap diluar sana yang masih belum mengenali apa itu HAIFAA' MUSLIMAH...? Jum teruskan membaca... Aqma sharing serba sedikit berkenaan dengan Haifaa' Muslimah...


Bolehlah browse our HAIFAA' MUSLIMAH FB, TWITTER & BLOG... InsyaALLAH paparan menarik dan sharing yang extra ada di dalamnya...

"Two besties who wanted nothing but to promote everything related to islamic fashion, events, gifts and f&b."

HAIFAA' MUSLIMAH
Specialized in Muslimah clothings
Cater on halal cakes, cookies & snacks
Ideas in Islamic Events & gifts
Dimana penerapan makanan Sunnah Rasulullah S.A.W serta amalannya bakal kami terapkan dalam perjalanan business Haifaa' ini, InsyaALLAH...
HAIFAA' MUSLIMAH mempunyai beberapa rangkaian Haifaa' yang mengikut setiap produk...
- HAIFAA' Bites
- HAIFAA' Clothing
- HAIFAA' Gift
- HAIFAA' Etc...
- HAIFAA' Deco

Itu konsep asal Haifaa' dimana pengembangan produk akan berjalan dari semasa ke semasa... Mungkin kalian masih belum lihat rangkaian kami secara keseluruhan... Ini kerana, ada beberapa product kami masih di dalam process R&D dan final touch. Buat masa ini Haifaa' Bites telah mendahului dengan pengeluaran makanan sunnah dan makanan-makanan halal yang lain.... Alhamdulillah syukran semasa ramadhan yang lepas jumlah ordering kita melebihi dari jangkaan... Mungkin ini pembuka jalan buat Haifaa' Muslimah melebarkan sayapnya hingga ke pasaran luar.. 

InsyaALLAH... Syukur Alhamdulillah juga buat rangkaian Haifaa' Gift kerana berjaya memuaskan hati client-client, kerana kami sedia membuat hadiah yang mempunyai kelas yang tersendiri mengikut budget anda. InsyaALLAH akan datang kami sedia menerima tempahan dalam jumlah yang lebih besar... InsyaALLAH... Jika ada antara anda yang terperasan, di FB Haifaa' Muslimah juga ada menjual CD eksklusif album Almawlid yang ori ye tuh.. Tiada cetak rompak! Hehehhe.. Dan rangkaian tu kita masukkan ke dalam Haifaa' Etc! Akan datang Haifaa' Etc akan di penuhi dengan produk-produk islamik yang lain selain album AlMawlid antaranya Al-Quran Mushaf Malaysia, Al-Quran Terjemahan Lafziyah, Tasbih Digital dan Tasbih Tradisional, Telekung buat muslimah dan macam-macam lagi.... InsyaALLAH...

Haifaa' Clothing masih di dalam proses R&D kerana melibatkan beberapa tenaga kerja tambahan... Doakan agar perjalanan kami di permudahkan... Our new born babies...  Haifaa' Deco, bakal memaparkan rangkaian produk dekorasi berkonsepkan tata hias timur tengah atau islamik... Paparan islamik dalam penerapan konsep barangan ini akan kami nyatakan dengan lebih jelas sebaik produk pertama kami lancarkan nanti.....

Teruskan mengikuti perkembangan Haifaa' Muslimah ya!

Wednesday 5 September 2012

Rama-rama Rerama


MasyaALLAH...
Rindu dengan si kecil ini...
Rindu lagi dengan kakak-kakaknye juga...
Terlihat kembali gambar-gambar lama.... Suddenly jumpa gambar ini!!!
Moment-moment kak jaja selepas melahirkan angel yang ke 3.. Aisyah Humairah...


Ini dia angels yang aqma sebutkan this lately....
Sangat rinduuuuu... Hahahhaa.. Tak pe, nanti aunty bermalam kat rumah Hannah & Amani ya....

Sebernarnya dua tiga malam ni terasa semakin sukar untuk melelapkan mata di tengah malam... Haiz peliks... Yang kelakarnya ada satu kejadian aneh berlaku kepada aqma hari ni.... Ha.Ha.Ha... Tak mau disebutkan lagi.. Tapi perasaan kepada perkara yang aneh ni membawa aqma lebih meng'explore' ke satu dimensi yang baru... Yang lain... Yang 'pelik'.... Mungkin ALLAH memberikan kita petunjuk atau jalan menuju kepada sesuatu perkara.. Who knows.. InsyaALLAH akan ada sesuatu yang lebih baik bakal menyusul buat hamba Nya.. InsyaALLAH...

Pernahkah kalian rasa berdebar / seperti terkena renjatan dalam minda atau dalam perut / dejavu???
Entah, yang pastinya aqma dah meluahkan kepada seseorang yang aqma tak boleh nyatakan namanya di sini atas sebab-sebab yang tertentu.. Hehehe, tapi menurut pandangannya, beliau pun memang pernah merasai perasaan yang sama macam yang sedang aqma lalui kini... Yang pastinya doakan yang terbaik buat semua, insyaALLAH sesuatu yang lebih baik bakal menyusul...

Idea.. Idea... Idea...
Dear pembaca lelap yang aqma kasihi kerana ALLAH...
Mungkin kalian semua tahu aqma & my lovely partner a.k.a mummy kepada angels di atas sedang brain storm idea for our Sunnah Food Candy Buffet... Jangan malu dan jangan segan mahu PM atau comment untuk beri pandangan konsep mahupun Candy Buffet impian anda ya u ols... Yang pastinya, sama-sama kita menghidupkan Sunnah Rasulullah S.A.W bermula dari perkara yang sekecil-kecilnya sehinggalah ke perkara yang sebesar-besarnya... InsyaALLAH kami akan berikan perkhidmatan Sunnah Food Candy Buffet yang terbaik demi kepuasan anda semua...

P/S: Help me out! Dari tadi jantung berdebar... Sampai rerama berkeliaran dalam perut nih bila terpandangkan sesuatu... "Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan ku dan sekelian ummat Rasulullah S.A.W"

Tuesday 4 September 2012

Potect the PINK!


PROTECT THE PINK ads campaign...
Dengan muka tak siap masing-masing masih tegar bersengkang mata sampai ke malam demi project protect the pink campaign.... Yang pastinya we ols sempat masukkan ads ni ke dalam SINAR Harian sebelum beberapa hari langsungnya event tersebut... Yeay!

Adakah anda tahu, purata 8 kes rogol berlaku dalam sehari di Malaysia ini?
Ngerikan... Jadi itulah salah satu inisiatif CSR Kumpulan Media Karangkraf untuk protect the ladies out there! Ikuti perjalanan rantaian program ini dari semasa ke semasa melalui CSR Karangkraf InsyaALLAH segala update bakal kami paparkan buat anda... Jangan lupa LIKE! Ya....

Pendapat peribadi aqma....
Buat pembaca lelap yang aqma kasihi kerana ALLAH S.W.T, peluang untuk menjadi sukarelawan dibuka luas buat kalian diluar sana dalam bersama-sama Kumpulan Media Karangkraf menjalankan misi & visi PEDULI yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita Dato' Sri Najib beberapa tahun yang lepas... Menjadi sukarelawan bagi program CSR adalah tanggungjawab kita bersama dalam menelusuri teras PEDULI Muafakat, PEDULI Duafa, PEDULI Jujur, PEDULI Alam & PEDULI Iqra'...

Secara khusus ada keuntungan bagi orang-orang yang “hidden”. Dalam hadits Mu’adz, Rasulullah SAW bersabda;

“Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan, bertaqwa dan yang menyembunyikan amalnya. iaitu orang-orang yang jika tidak hadir mereka tidak dicari, dan jika hadir mereka tidak dikenal. Hati mereka adalah pelita petunjuk. Mereka keluar dari setiap tempat yang gelap.”

MasyaALLAH... Semoga ALLAH sentiasa menyuluh kita dengan NUR kasihNYA....

New Born Ideas for Haifaa'

"Start from RM1 to RM1 mill not from RM1 mill to RM0"

Kata-kata di atas membuatkan Haifaa' Muslimah berkobar-kobar dalam mencari peluang-peluang yang cerah di dunia korporat mahupun persendirian di luar. Thanks to Luqman, my cussie yang suka sharing business talk dengan aqma... InsyaALLAH.. Coklat di Haifaa' Bites dah Batch ke-3 aqma jual.. Yeay!!!!. Hopefully ordering akan berjalan-berjalan dan berjalan lagi...


“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

MasyaALLAH.... Syukur alhamdulillah... Perjalanan business semakin berkembang dan berkembang... Buat pengetahuan pembaca lelap sekalian... InsyaALLAH di musim Syawal ini aqma, kak jaja dan Haifaa' Bites by Haifaa' Muslimah venture into Sunnah Food Candy Buffet package! Yums! Doakan yang terbaik buat kami ya... Another new idea yang kami lahirkan memberi option kepada mereka-mereka yang membuat rumah terbuka serta majlis mawlid mahupun majlis perkahwinan serta majlis ulang tahun... Sesiapa sahaja yang memerlukan makanan sunnah menjadi sebahagian daripada majlisnya.. InsyaALLAH kami akan provide the whole concept of Sunnah Food Candy Buffet mengikut permintaan client ya!
Heeeeee sempat promote lagih....

Nantikan gambar-gambar untuk this project ya!
InsyaALLAH kami akan berikan quotation yang berbaloi-baloi... Semoga perjalanan business dan idea ni mmendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T....

Monday 3 September 2012

Buat pendamping rusuk yang bengkok...


"Dari Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda: Berpesan baiklah terhadap para wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, Jika engkau paksa meluruskannya dengan kekerasan akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh kerananya berpesan baiklah terhadap para wanita" 
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunday 2 September 2012

Buat MUSLIMAH kekasih RASULULLAH S.A.W


"Wahai sekalian Muslimah kekasih Rasulullah S.A.W...

Islam tak pernah haramkan kalian berhias & berfesyen...
Tapi islam haramkan ia dipamer kepada lelaki yang bukan mahram...

Islam tak pernah haramkan pakai minyak wangi kuat-kuat...
Tapi islam haramkan ia dipakai untuk lelaki bukan mahram cium baunya...

Islam tak pernah haramkan make up tebal-tebal...
Tapi islam mengharamkan muka cantik menggoda tu dipamerkan kepada lelaki bukan mahram...

Islam tak pernah haramkan wanita bermusafir jauh...
Tapi islam haramkan ia dilakukan tanpa mahram...

Islam tak pernah mengharamkan bercinta dan percintaan...
Tapi islam haramkan bercinta dengan bukan mahram...

Islam tak pernah sekat apa-apa kebebasan wanita...
Tapi islam cuma menjaga maruah wanita dengan memisahkan mereka dari lelaki bukan mahram...

Kerana apa? 

Kerana Muslimah sangat berharga...
Mereka umpama mutiara...
Yang disimpan rapi dalam tiram yang bercahaya...

Kerana apa lagi?

Kerana ISLAM membezakan manusia & haiwan...
Yang memisahkan lelaki & perempuan...
Agar maruah mereka kekal terjaga penuh kesopanan...."

MasyaALLAH.... ALLAH terlalu sayangkan kita wahai muslimah......

Original from HoneyPokapoka...

Thanks Sis Jaja


Salam 2 September buat semua....
Alhamdulillah... Rezeki di saat musim raya ini memalit kenangan indah walau hati terkadang dalam duka.... Allah Maha Besar, Allah Maha Penyayang... Dia menggantikan kesedihan dengan kegembiraan dan rezeki yang tidak terjangka... Syukur Alhamdulillah...

Semalam Alhamdulillah aqma selamat melayari bahtera majlis & acara perkahwinan buat sepasang pengantin... Terima kasih Abang Shafiq atas peluang yang diberi termasuklah geng-geng WICITRA, Abang Aris Ariwatan dan penyanyi Feeza... Semuanya sporting termasuklah pengantin Syarizal & Intan... U guys sangat sweet....

Hari ni....
Bangun-bangun terus ke dapur selamat 3 menu berat aqma masak untuk lepaskan tekanan....
Hahhahaha... Bersilat di dapur tak sangka dah siap Black Pepper Beef Shepard Pie, Chicken Chilly Shepard Pie & Spaghetti Seafood Aglio Olio.... Rezeki uncle & aunts yang datang hari ni... Huhhuhuhuuu.....

Thanks sis Jaja....
This few days sungguh aqma dalam keadaan 'Heart Breaking' moment.... Down atas beberapa perkara yang sedang berlaku... Allah maha Kuasa, kebetulan kakak kesayangan aqma tuh online.. Terus dia tahu apakah yang berselirat dalam minda.... Out of sudden....

"Ya Allah...qema 
 sayangnya Allah denga qema sekarang nie
dekatnya Allah dengan qema...sekarang nie macam2 dugaan, ujian datang...
masya Allah...DIA sedang memberikan perhatianNya pada qema
come on sis...pray hard
mintak mintak mintak
Allah dekat sgt dengan qema sekarang nie 
menangis la...minta pada DIA. 
Allah nak qema mintak pada DIA...
buat istikharah...hajat...dhuha buat3x"

Ini kata-kata dia... MasyaALLAH.... Terus menderu air mata aqma... Syukur aqma mempunyai a shoulder to cry on, walau jauh... Tapi aqma rasa kakak aqma tu dekat sangat... Thanks sis.... Atas advice tersebut terus aqma shut down PC... Menghadap ke kiblat, menangis, mengadu sepuasnya..... Thanks sis... Kerana mengingatkan aqma atas beberapa perkara yang aqma lupa.... Syukur Alhamdulillah.... Yang pastinya, kalau terlalu berharap dengan manusia... Inilah yang terjadi... Ya ALLAH... Ampunkan diri ku yang lemah ini...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...