Thursday 4 August 2011

Shooting Raya RAPI

"Salam Lebaran, penuh keberkatan, Ampun dan maaf pohon dipinta;
Majalah Rapi berkongsi kenikmatan, Buat pembaca tersayang semua."
Dengan rendah hatinya huluran sepuluh jari tersusun penuh ikhlas buat keluarga tersayang, Cinta Hati yang tidak pernah jemu memberi galakan, rakan-rakan yang mengenali, warga Rapilicious di hati, dan pembaca-pembaca Majalah Rapi di luar sana. Ampun dan maaf andai kekhilafan diri ini membuat hati sesiapa sahaja tersinggung. Salam Lebaran buat semua pembaca lelap entri ini!









Bila hati tidak ikhlas menerima


Hati terlalu rapuh di kala ujian melanda. Aku hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari membuat kesilapan dan melakukan kesalahan. Namun seperti tiada peluang kedua buat diri ini apabila ada insan yang telah mengetahui segalanya baik buruk laku ku masa lalu. Sepertinya terlalu perit buatnya untuk menerima segala ceritera yang hampir ingin ku lupuskan dalam ingatan.

Benar, aib diri sendiri tak perlu dibuka kepada orang lain. Namun jika sampai Al-Quran dijadikan taruhan perlu dijunjung disumpah, siapa dia sebenarnya yang berani membuat keputusan begitu? Siapa dia sebenarnya yang tegar berkehendakan bala menimpanya? Allah Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun. Siapa kita? Yang mahu menilai baik buruk orang lain? Dan mahu mempermainkan Al-Quran dan Sumpah?!

Ya, aku seorang perempuan yang tak punya apa-apa untuk ditaruhkan. Aku seorang perempuan yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Tetapi, siapa dia untuk menghukum karma dan ketentuan yang telah berlaku? Siapa dia untuk menilai aku yang berhijab seperti perempuan yang berskirt singkat dan berbaju mendedahkan bahu dan dada? Dengan sinis mengatakan perempuan di kelab malam lagi terpelihara dan terhormat? Siapa dia yang tegar meletakkan diri kita siapa di mata masyarakat....?

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....
Aku hanya mampu berteleku membatukan diri sambil menyeka air mata yang tertakung tanpa tisu ditangan. Kata-kata keras dan tajam terhambur dari mulutnya. HIBA kerana orang yang disayang dan dicintai telah hancur hatinya dek kerana message-message lama mula terkeluar di kotak inbox muka buku. TAK TERKATA kerana diri ini terlalu lemah untuk melawan apatah lagi bersuara. SAKIT kerana kesalahan lama yang tiada kaitan dengan kehidupan sekarang dipanjangkan seperti tiada lagi maaf bagi ku. HOPELESS kerana aib yang telah lama ku simpan telah di keluarkan demi untuk mendiamkan kata-kata fitnah yang dilemparkan. LEMAH kerana tak daya mahu mempertahankan diri kerana tiap butir yang keluar dari mulut terang-terangan tidak dipercayai. PUTUS HARAPAN mengenangkan derita dan siksa yang bakal diri ini terima. BERSERAH dengan ketentuan Allah. REDA' dengan segala yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Hanya mampu menganggap dugaan dan ujian ini sebagai satu KIFARAH untuk menghapus dosa-dosa kecil.

Terlalu lemah diri ini, seperti menghadapi kematian seseorang... Sugul, Bingung, Kosong, Keliru, Lemah..... Tak mampu nak kata apa-apa. Tak mampu untuk berbuat apa-apa. Kali ini perkara menjadi lain. Segalanya berubah, mungkin kerana hati telah terlalu sayang. Tetapi hancur jatuh berderai tanpa bicara. Sungguh ini adalah perasaan yang PALING SAKIT selama diri ini menempuh alam pecintaan seumur hidup ku....

NOTA: Suspen tak ceritera ini.... Ini adalah antara rentetan novel yang bakal di terbitkan akan datang. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengikutinya lagi di dalam entri-entri masa depan. Cerita di atas TIADA KAITAN DENGAN MANA-MANA YANG HIDUP MAHUPUN YANG MATI.

SHARING:
Bila tubuhmu lesu & hilang semangat. ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba. Bila tangisanmu berpanjangan & hatimu kedukaan. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu. Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu. Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH kumpulkan segalanya utk satu saat yg tak terduga.... SELAMAT BERPUASA ALL!

The Pieces Don't Fit Anymore by James Morrison

I've been twisting and turning,
In a space that's too small.
I've been drawing the line and watching it fall,
You've been closing me in, closing the space in my heart.
Watching us fading and watching it all fall apart.

Well I can't explain why it's not enough, Cause I gave it all to you.
And if you leave me now, oh just leave me now.
It's the better thing to do,
It's time to surrender,
It's been to long pretending.
Theres no use in trying,
When the pieces don't fit anymore, Pieces don't fit here anymore.

You pulled me under,
If I had to give in.
Such a beautiful myth,
That's breaking my skin.
Well I'll hide all the bruises,
I'll hide all the damage that's done.
But I show how I'm feeling until all the feeling has gone.

Ooh don't missunderstand,
How I feel.
Cause I've tried, yes I've tried.
But still I don't know why, no I don't know why.
III dont know why...... whyyyyyyyy!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...