Benar, aib diri sendiri tak perlu dibuka kepada orang lain. Namun jika sampai Al-Quran dijadikan taruhan perlu dijunjung disumpah, siapa dia sebenarnya yang berani membuat keputusan begitu? Siapa dia sebenarnya yang tegar berkehendakan bala menimpanya? Allah Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun. Siapa kita? Yang mahu menilai baik buruk orang lain? Dan mahu mempermainkan Al-Quran dan Sumpah?!
Ya, aku seorang perempuan yang tak punya apa-apa untuk ditaruhkan. Aku seorang perempuan yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Tetapi, siapa dia untuk menghukum karma dan ketentuan yang telah berlaku? Siapa dia untuk menilai aku yang berhijab seperti perempuan yang berskirt singkat dan berbaju mendedahkan bahu dan dada? Dengan sinis mengatakan perempuan di kelab malam lagi terpelihara dan terhormat? Siapa dia yang tegar meletakkan diri kita siapa di mata masyarakat....?
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....
Aku hanya mampu berteleku membatukan diri sambil menyeka air mata yang tertakung tanpa tisu ditangan. Kata-kata keras dan tajam terhambur dari mulutnya. HIBA kerana orang yang disayang dan dicintai telah hancur hatinya dek kerana message-message lama mula terkeluar di kotak inbox muka buku. TAK TERKATA kerana diri ini terlalu lemah untuk melawan apatah lagi bersuara. SAKIT kerana kesalahan lama yang tiada kaitan dengan kehidupan sekarang dipanjangkan seperti tiada lagi maaf bagi ku. HOPELESS kerana aib yang telah lama ku simpan telah di keluarkan demi untuk mendiamkan kata-kata fitnah yang dilemparkan. LEMAH kerana tak daya mahu mempertahankan diri kerana tiap butir yang keluar dari mulut terang-terangan tidak dipercayai. PUTUS HARAPAN mengenangkan derita dan siksa yang bakal diri ini terima. BERSERAH dengan ketentuan Allah. REDA' dengan segala yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Hanya mampu menganggap dugaan dan ujian ini sebagai satu KIFARAH untuk menghapus dosa-dosa kecil.
Terlalu lemah diri ini, seperti menghadapi kematian seseorang... Sugul, Bingung, Kosong, Keliru, Lemah..... Tak mampu nak kata apa-apa. Tak mampu untuk berbuat apa-apa. Kali ini perkara menjadi lain. Segalanya berubah, mungkin kerana hati telah terlalu sayang. Tetapi hancur jatuh berderai tanpa bicara. Sungguh ini adalah perasaan yang PALING SAKIT selama diri ini menempuh alam pecintaan seumur hidup ku....
NOTA: Suspen tak ceritera ini.... Ini adalah antara rentetan novel yang bakal di terbitkan akan datang. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengikutinya lagi di dalam entri-entri masa depan. Cerita di atas TIADA KAITAN DENGAN MANA-MANA YANG HIDUP MAHUPUN YANG MATI.
No comments:
Post a Comment