Friday, 1 June 2012

WELCOME June 2012! HAPPY BIRTHDAY MOMO!


HAPPY BIRTHDAY TO MY LIL MOMO!!!
1 JUN 2012
Momo Amidi yang di sayangi lagi di gerami...
Happy birthday!... Semoga di permudahkan segala perjalanan sepanjang menanti tarikh keramat untuk menduduki SPM di akhir tahun nanti... Doa mama papa, along, angah, huda dan adik sentiasa mengiringi perjuangan midi sepanjang tahun ini... Jangan pernah berhenti berdoa dan berserah kepada ALLAH, insyaallah ALLAH akan permudahkan segala urusan midi....


Pembuka tirai Jun setiap tahun adalah birthday si kecil yang tak berapa nak kecil ni... Hehehe, si handsome boy ni bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini... Doakan agar segala urusan peperiksaannya di permudahkan serta di pelihara hatinya daripada gangguan anasir-anasir luar ya...

WE LOVE U MOMO!

Wednesday, 30 May 2012

Another Wordless Wednesday


"Pesan pada DIRI. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak SUDI. Pada insan yang tak MENGERTI. Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI. Kerana, sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati. Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI"

CINTA itu Fitrah


Sama ada ianya benar atau tidak... Pelbagai persoalan dibawah sudah tentunya biasa menerjah di benak minda kalian di saat sendiri mahupun dikelilingi teman. Tapi apa yang aqma mahu kongsikan di sini.. Segala persoalan tentang CINTA sebenarnya telah ada jawapannya di dalam Al-Quran mahupun hadis... Masyaallah.. Allah maha adil lagi maha mengetahui tentang aturan perjalanan jodoh hambanya... Harap ianya bisa dijadikan panduan buat kita dalam perjalanan istikharah dalam pencarian cinta, buat anda.. anda... dan juga anda yang masih belum berkahwin....

1. Saya dah jatuh hati pada dia… macam mana pulak ni?

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
(Surah An-Nur: 32)

"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.(Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas)

“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.(Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)

2. Tapi saya tak cukup duit la nak kawin?

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.(Surah An-Nur : 33)

Rasulullah S.A.W bersabda :“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.

3. Memang saya tak cukup duit / tak mampu nak kahwin, tapi kalau saya diam sahaja, nanti kekasih saya kena ambil dengan orang lain?

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."(Surah Al-A’raf : 128)

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
(Surah Al-Hajj : 40)

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.(Surah Alam Nasyrah : 5-6)

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.

Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sebagai jodoh kamu..

4. Tapi saya dah suka pada dia.. I can’t live without him/her?

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
(Surah An-Nur : 30)

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.(Surah Al-Jatsiyah : 18)

“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
(Riwayat Bukhari )

5. Tapi saya bercinta bukan selalu pun dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. saya dan dia tak pernah pun berdua-duaan?

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.(Surah Al-Isra : 32)

“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
(Musnad Ahmad)

“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.(Riwayat Bukhari Muslim)

6. Tapi saya bukan hensem/cantik mana pun, saya pun risau saya tak ada jodoh.. saya rasa cuma dia seorang sahaja yang boleh terima saya?

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.(Surah Yasin : 36)

“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.(Surah Az-Zukhruf : 12)

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.(Surah Ar-Rum : 21)

7. Rasa macam susah sahaja nak cari jodoh.. give up lah saya macam ni?

Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.(Riwayat Ibnu Majah).

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.(Riwayat Abu Mansur Al-Dailami)

Kesimpulan : 
Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segeralah berkahwin. Kalau tak mampu? Tahanlah nafsu! Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. 

P/S: I'm cry while this entry is posted...

Tuesday, 29 May 2012

Doa dalam sebak yang tertahan....



Ya Allah.. 

Peluklah hati ini di saat ku mulai merasa gelisah, lemah dan rebah dalam penantian penuh kesabaran ini,
terkadang hati yang kecil ini terasa sebak apabila berhadapan dengan orang tua yang asyik bertanyakan tentang jodoh...


Ya Rabb...

Biarlah ku simpul dalam setiap doa-doa dalam sujud hajat ku...
Kau bukakanlah jalan petunjuk melalui Istikharah ku kepada-MU...
Kau sinarilah pintu hati si pemilik tulang rusuk ini agar kelak tergerak pintu hatinya untuk mengetuk pintu hati yang kecil ini...
Dengan izin-Mu Ya Allah, Kau satukan hati si pemilik tulang rusuk dan hatiku yang akan bertaut dan bersemi indah kerana Redha-MU.... 

Ya Rabb...
Tuntunlah Hati hamba Mu ini agar hanya menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar Pilihan-MU bukan Semata-mata atas dasar Pilihan Nafsuku....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... 
Jika dia memang baik untukku, untuk agamaku, masa depan dunia dan akhiratku, juga bisa membimbing dan membawaku lebih dekat kepada-Mu, Maka dekatkanlah diriku dengannya & satukanlah kami dalam pernikahan yang Sakinah, Mawaddah, Warrahmah...

Tapi...
Andai bukan dia yang terbaik buat diri ku, maka jangan Kau biarkan kekagumanku menjadi tertarik lantas cinta akannya... 
Jadikanlah kekagumanku seperti orang lain yang pernah kagum padanya.. 
Kau jarakkanlah hati ini agar tidak terus memikirkannya...
Kau wujudkanlah jurang antara kami, agar kedua-dua hati kami mengerti akan petunjuk-Mu...


Ya Allah,
Engkaulah Maha membolak-balikkan hati ini, maka kutitipkan rasa yang lemah ini, kuserahkan semuanya pada-Mu, kerana semua ini adalah milik-Mu.. 

Aamiin ya Rabbal 'Alamiin...

Monday, 28 May 2012

Menangis lagi...




Dalam kita melangkah, Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat dan susah.. Hinggakan kita terduduk dan menangis sendirian, Peritnya terasa tidak keruan..

Akan Tetapi, ketahuilah, Dan renungilah.. Mungkin air mata itu hadir kerana, Ingin menjahit sejadah iman yang kian terkoyak, Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar..

Biarlah kita keseorangan tanpa berteman, Biarlah malam tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur tanpa dihiasi mimpi yang indah..

Namun, Jangan sesekali biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat-ayat suci Al-Quran...


La Tahzan wahai muslimat...

Pesan USTAZ Azhar Idrus

Pesanan Ustaz Azhar Idrus Kepada Khalifah-Khalifah di luar sana :


Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya....

Sunday, 27 May 2012

Bicara CINTA Anak Muda - Di Mana Cinta Kita


Alhamdulillah, buat teman-teman yang aqma kasihi kerana ALLAH S.W.T...
Usai sudah majlis Forum Bicara Cinta Anak Muda: Di Mana Cinta Kita? Yang terdiri daripada panel-panel yang dikenali ramai. Syukur kerana ALLAH masih menyayangi diri yang kerdil ini dan diberi nikmat kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu seperti ini....

Insyaallah apa yang telah di dengar bakal di kongsi bersama...



Ustaz Syed: 
Cinta yang sebenar hingga ke akhirat...
Our end is Akhirat...
Our end is Syurga ALLAH...
Pejuang cinta sebenar adalah Nabi Muhammad S.A.W
Tanda kita cintai seseorang:
  1. Kita MENYAYANGI orang yang dicintai.
  2. Cinta berkait dengan KEPERCAYAAN.
  3. Bila ada cinta tentu akan ada PENGORBANAN.
  4. Cinta sebenar adalah atas dasar mencari KEREDAAN Sang Pencipta CINTA iaitu ALLAH S.W.T.
Realitinya hidup bercinta pada masa kini sangat membimbangkan kerana ia bersulamkan nafsu serta keghairahan memiliki teman. Jangan pandang terlalu jauh, kerana aqma sendiri juga pernah terjerat di lembah itu... Bila mengenangkan segalanya kembali pasti air mata menitis tanpa sedar. Sedih, bukan kerana di tinggalkan atau meninggalkan, tetapi sedih kerana ilmu di dada terlalu dhaif, sehinggakan kita sendiri tidak mampu membezakan CINTA FITRAH yang secara langsungnya bertukar menjadi CINTA FITNAH.. Masyaallah...

Pujuklah Diri, Lepaskan Dia Pergi..


Mencintai dan dicintai. Fitrahnya, suatu kemestian buat seorang insan. Hadirnya perasaan ini mungkin di kala ketidakmatangan dalam menilai cinta yang sejati. Namun, saat hati sudah pulang kepada Tuhan, cinta itu kembali bertandang dan berbunga semula. Ia mengundang 1001 kecelaruan.

Kenangan manis mahu pun sejarah hitam begitu asyik berputar menenggelamkan prinsip "bercinta selepas nikah". Bukan mudah diusir. Bukan mudah melupakan. Hanya Allah yang Maha Tahu betapa sengsara dan laranya hati menanggung seksa keseorangan.

Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan :

"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat."

Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata : "Jika cintamu benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu."

Hasil didikan (tarbiyyah) cinta dusta mengajar kita untuk tidak berpaling ke lembah hina itu lagi. "Putus cinta dan mahu bercinta kembali" perlu dibuang jauh-jauh. Nyahkan dari fikiran! Hapuskan dari hati!

Lihatlah wahai hamba kesayangan Allah, Allah mahu ajar kita, mahu didik kita, mahu tarbiyyah diri kita, betapa cinta sebelum nikah adalah hina. Mudahnya diri terperangkap dalam noda dan dosa. Asmara itu tidak bernafsu ketika akad. Kerana kesuciannya telah dibunuh hidup-hidup oleh kata-kata manis sang jejaka.

Ya! Mungkin kita cair dengan pujukan dan keindahan rupa si dia, tetapi itu tidak menjanjikan kebahagiaan selamanya yang kita cari. Hati kita sebenarnya tidak puas! Tidak puas menagih cinta dan kasih sayang manusia.

Cubalah renungkan kembali. Air mata kita begitu murah hanya kerana cinta manusia! Lemahnya diri tertawan dengan janji-janji si mulut manis. Tubuh badan diratah, maruah tergadai dan akhirnya kita ditinggalkan dengan bodoh sekali apabila sudah muak dan bosan. Andai itu tidak terjadi, bersyukurlah. Tetapi jika sebaliknya, bagaimana?

Manusia memuja muji kekasih kerana tidak kenal Allah. Mereka keliru cinta mana yang harus dipuja. Justeru, tatkala iman dan kepercayaan tidak utuh, seorang hamba akan dikepung syahwat dari seluruh arah, dikelilingi sifat keliru dari semua penjuru, semua itu akibat dari kelemahan ilmu dan ketumpulan mata hati. Maka yang yang dituntut ialah penyesalan. Sesallah sekarang sebelum kita disesalkan kelak.

Oleh itu, siapkanlah jiwamu untuk dicuci, pujuklah diri dengan mendekatkan diri kepada Allah dan orang-orang soleh, pupuklah diri dengan tarbiyyah yang betul, kekanglah dari segala kehendak dan alat yang boleh menjerumuskan diri ke lembah terkotor itu lagi.

Jika Facebook menjadi punca luka berdarah kembali, block/deletekan sahaja dia daripada akaun kehidupanmu! Tukarlah nama atau profile yang baru.

Jika handphone menjadi punca kegersangan cinta, tukar sahaja nombor yang baru tanpa berfikir dua kali! Lemparkan sahaja semua gambar dan kenangan bersamanya di dalam longkang najis! Bukanlah membenci, tetapi tegas dalam prinsip!!!

Jika dirinya hadir melintasi fikiran, ambillah sejadah, rendahkan dahi menyembah bumi, ciumlah haruman syurga segar mewangi sedang menanti doa-doamu sebagai tetamunya. Allah SWT, Tuhan kita yang telah lama dipinggarkan juga tidak putus menunggu air mata untukNya. Ketagih berbicara dengan hambaNya dengan taubat dan penyesalan yang mendalam.


Hakikatnya, kata-kata ini tidaklah sehebat mana jika dibandingkan ayat-ayat cinta dari langit. Tentu sahaja semangatnya tidak konsisten dan tidak begitu mendamaikan hati yang sedang lara dan keliru. Pujuklah diri, renungkan dalam-dalam dan ajarlah hati untuk menjiwai setiap bait kata-kata Allah ini.

Firman Allah SWT : "Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang MENJAUHKAN DIRI dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang MEMELIHARA KEMALUANNYA kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi sesiapa yang DICARI BALIK itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang MELAMPUI BATAS. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi (SYURGA) FIRDAUS. Mereka KEKAL didalamnya." (Surah al-Mukminun ayat 1-11)

Bukankah itu lebih mengghairahkan?

Pesan seluruh panel buat anak muda kini...

IRMA HASMIE:
Pasakkan niat bercinta kerana ALLAH hingga membawa ke Jannah
Insyaallah, indah cinta itu kerana ALLAH.

WARDINA:
Cintai diri kita sebelum kita mencintai orang lain.
Jangan mengemis kerana cinta
Jangan bergantung perasaan cinta kepada manusia untuk terus hidup, nescaya kita akan hilang arah apabila ianya hilang dimata.

SYAM KAMIKAZE:
Ikuti sunnah Rasulullah S.A.W
Cabaran bercinta era kini amat hebat.
Nilaikan cinta dan letakkan ia pada sudut yang benar berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

USTAZ SYED:
Hati manusia disatukan dengan iman kepada Allah S.W.T
Jika ingin menjadi seorang suami, perlulah menyayangi Allah dahulu. Begitu juga bagi wanita yang ingin menjadi seorang isteri.

MODERATOR AMIN:
Jika ingin berjaya perlulah ada matlamat yang BESAR...
Bagaimana ingin tahu matlamat yang kita angankan itu adalah besar?
Ceritakan matlamat kita kepada rakan-rakan. Jika mereka kata "gila / tak mungkin / mengarut"
Itu tandanya MATLAMAT yang diangankan itu besar! Insyaallah....

Pendek kata. Penutup malam Forum Bicara Cinta Anak Muda - Dimana Cinta Kita? ini memberi jawapan kepada diri aqma sendiri untuk terus kekal mencintai ALLAH S.W.T dan insyaallah nikmatnya dan hikmahnya akan menyusul kemudian tanpa kita sedar... Jam 12 Tengah Malam jugalah aqma baru dapat sampai kerumah... 

Alhamdulillah, serba sedikit ilmu yang di peroleh malam semalam dapat aqma kongsikan bersama buat pembaca lelap di luar sana.... Terima kasih MAJALAH I kerana mengadakan forum sebegini, secra tidak langsung dapat mendidik minda dan pemikiran anak-anak muda dalam mencari cinta...


Owh, lupa nak sharing ending forum berakhir pabila Abg Syam Kamikaze memetik gitar menggarap lagu "Ketika Cinta Bertasbih". Sangat taouching... Owh Abang Moderator Amin kita sempat menyumbangkan suara buat audience. Boleh tahan suaranya... Hehehe...


Aqma dah gemukssss... Owh noooo.... Napa muka nampak sangat besooo dalam gambar... HELP!
 Insyaallah bakal ada forum ini lagi di lain masa.... Jangan ketinggalan untuk join ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...