Thursday 29 November 2012

S.U.R.P.R.I.S.E ALLAH sangat bermakna...

Salam pembaca lelap yang aqma kasihi kerana ALLAH S.W.T...
Terasa dah terlalu lama tidak menulis menerusi blog ini. Atas kekangan waktu yang membataskan segalanya, aqma mohon ampun dan maaf buat anda yang menunggu dan menanti entri-entri seterusnya... Entri kali ini... Aqma sharing serba sedikit berkenaan dengan perjalanan life setelah lama aqma lama mendiamkan diri...

Syukran, atas berkat doa keluarga dan semua... Jodoh yang paling kita tidak sangaka-sangka hadir di kala kita sendiri tidak menyangka... Terlalu banyak perkara indah da juga kegembiraan yang teringin untuk aqma kongsikan.. Tetapi, biarlah ianya menjadi simpanan buat hati aqma sendiri. Cumanya, doakan yang terbaik buat semua agar kita terus istiqomah dalam menlayari kehidupan harian berpaksikan Al-Quran dan As Sunnah... InsyaALLAH...

Well, siket sahaja yang dapat di kongsikan... Teruskan membaca entri ini ya teman-teman...

Benar SURPRISE dari ALLAH S.W.T sangat INDAH.... MasyaALLAH...


Telah ada satu nama
Terukir indah disudut hati
Telah ada satu percintaan
Tersulam rapi seutuh kasihku...
Bukan berdusta bila berkata
Sepenuh hati mengasihimu
Sepenuh rindu menahan rasa
Dirimu punyai apa yang aku mahu
Dirimu telah membahagiakan ku...
Dikala berduka
Dikala gembira
Tataplah wajahku
Renunglah mataku
Lihatlah disitu
Ada kasih dan sayang untukmu...
Berjanjilah wahai
Aqmaku...
Kau akan bersamaku
Tetap denganku...
Walaupun seribu dugaan melanda
Walau terpisah dimata
Satu terakhir kau perlu tahu
Ada cinta kerana ALLAH untukmu...

'Dia'
5:27PM
26/10/2012
10 Zulhijjah 1433H

Picisan kata pengubat lara...

“Hawa dijadikan dari pada tulang rusuk Adam, bukan dari pada kepala untuk dijadikan atasnya, bukan dari pada kaki untuk menjadi alasnya, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dihati untuk di cintai”.

Terbaca didalam kad kawin seorang teman...
MasyaALLAH... Sweetkan...

TIGA Hal, untuk SETIAP orang

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan.

Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam.

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran.

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan.

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi.

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras.

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus.

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh.

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI, iaitu :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...