Tuesday 20 September 2011

New Updates... MASIF 2011 NONA 25th anniversary fashion show

Its been a long time i dah tak buka blog ni sejak sibuk mahu membuat surprise buat si dia yang tersayang... Tapi anyway.... Life's journey will never ending... Tiap hari ada sahaja ceritera yang mahu di kongsi namun kekangan masa menggagalkan segala cerita...

Namun... Buat u ols yang menanti updates....
Baru-baru ini event MASIF 2011 sempena hari Satu Malaysia telah memeriahkan lagi Sambutan Ulangtahun NONA ke 25 Tahun... Enjoy the pic u ols!











Thursday 4 August 2011

Shooting Raya RAPI

"Salam Lebaran, penuh keberkatan, Ampun dan maaf pohon dipinta;
Majalah Rapi berkongsi kenikmatan, Buat pembaca tersayang semua."
Dengan rendah hatinya huluran sepuluh jari tersusun penuh ikhlas buat keluarga tersayang, Cinta Hati yang tidak pernah jemu memberi galakan, rakan-rakan yang mengenali, warga Rapilicious di hati, dan pembaca-pembaca Majalah Rapi di luar sana. Ampun dan maaf andai kekhilafan diri ini membuat hati sesiapa sahaja tersinggung. Salam Lebaran buat semua pembaca lelap entri ini!









Bila hati tidak ikhlas menerima


Hati terlalu rapuh di kala ujian melanda. Aku hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari membuat kesilapan dan melakukan kesalahan. Namun seperti tiada peluang kedua buat diri ini apabila ada insan yang telah mengetahui segalanya baik buruk laku ku masa lalu. Sepertinya terlalu perit buatnya untuk menerima segala ceritera yang hampir ingin ku lupuskan dalam ingatan.

Benar, aib diri sendiri tak perlu dibuka kepada orang lain. Namun jika sampai Al-Quran dijadikan taruhan perlu dijunjung disumpah, siapa dia sebenarnya yang berani membuat keputusan begitu? Siapa dia sebenarnya yang tegar berkehendakan bala menimpanya? Allah Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun. Siapa kita? Yang mahu menilai baik buruk orang lain? Dan mahu mempermainkan Al-Quran dan Sumpah?!

Ya, aku seorang perempuan yang tak punya apa-apa untuk ditaruhkan. Aku seorang perempuan yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Tetapi, siapa dia untuk menghukum karma dan ketentuan yang telah berlaku? Siapa dia untuk menilai aku yang berhijab seperti perempuan yang berskirt singkat dan berbaju mendedahkan bahu dan dada? Dengan sinis mengatakan perempuan di kelab malam lagi terpelihara dan terhormat? Siapa dia yang tegar meletakkan diri kita siapa di mata masyarakat....?

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....
Aku hanya mampu berteleku membatukan diri sambil menyeka air mata yang tertakung tanpa tisu ditangan. Kata-kata keras dan tajam terhambur dari mulutnya. HIBA kerana orang yang disayang dan dicintai telah hancur hatinya dek kerana message-message lama mula terkeluar di kotak inbox muka buku. TAK TERKATA kerana diri ini terlalu lemah untuk melawan apatah lagi bersuara. SAKIT kerana kesalahan lama yang tiada kaitan dengan kehidupan sekarang dipanjangkan seperti tiada lagi maaf bagi ku. HOPELESS kerana aib yang telah lama ku simpan telah di keluarkan demi untuk mendiamkan kata-kata fitnah yang dilemparkan. LEMAH kerana tak daya mahu mempertahankan diri kerana tiap butir yang keluar dari mulut terang-terangan tidak dipercayai. PUTUS HARAPAN mengenangkan derita dan siksa yang bakal diri ini terima. BERSERAH dengan ketentuan Allah. REDA' dengan segala yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Hanya mampu menganggap dugaan dan ujian ini sebagai satu KIFARAH untuk menghapus dosa-dosa kecil.

Terlalu lemah diri ini, seperti menghadapi kematian seseorang... Sugul, Bingung, Kosong, Keliru, Lemah..... Tak mampu nak kata apa-apa. Tak mampu untuk berbuat apa-apa. Kali ini perkara menjadi lain. Segalanya berubah, mungkin kerana hati telah terlalu sayang. Tetapi hancur jatuh berderai tanpa bicara. Sungguh ini adalah perasaan yang PALING SAKIT selama diri ini menempuh alam pecintaan seumur hidup ku....

NOTA: Suspen tak ceritera ini.... Ini adalah antara rentetan novel yang bakal di terbitkan akan datang. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengikutinya lagi di dalam entri-entri masa depan. Cerita di atas TIADA KAITAN DENGAN MANA-MANA YANG HIDUP MAHUPUN YANG MATI.

SHARING:
Bila tubuhmu lesu & hilang semangat. ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba. Bila tangisanmu berpanjangan & hatimu kedukaan. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu. Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu. Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH kumpulkan segalanya utk satu saat yg tak terduga.... SELAMAT BERPUASA ALL!

The Pieces Don't Fit Anymore by James Morrison

I've been twisting and turning,
In a space that's too small.
I've been drawing the line and watching it fall,
You've been closing me in, closing the space in my heart.
Watching us fading and watching it all fall apart.

Well I can't explain why it's not enough, Cause I gave it all to you.
And if you leave me now, oh just leave me now.
It's the better thing to do,
It's time to surrender,
It's been to long pretending.
Theres no use in trying,
When the pieces don't fit anymore, Pieces don't fit here anymore.

You pulled me under,
If I had to give in.
Such a beautiful myth,
That's breaking my skin.
Well I'll hide all the bruises,
I'll hide all the damage that's done.
But I show how I'm feeling until all the feeling has gone.

Ooh don't missunderstand,
How I feel.
Cause I've tried, yes I've tried.
But still I don't know why, no I don't know why.
III dont know why...... whyyyyyyyy!
 

Friday 29 July 2011

Jangan Kau Bimbang Sayang

Korus:
Jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap
kau yang punya

Verse 1
Bertukar pandangan, senyum
bersalaman ke sekadar berkawan
dan bila cinta dah mula berputik
ah, tak tidur malam
angan-angan jadi pasangan
dah menjadi kenyataan
yang nyatanya, telah banyak kita harung
adakalanya rasa bebas, kadangkala terkurung
kita pernah berpisah dan kembali
berpisah dan kembali
kembali kerna pengorbananmu kuhargai
hilang separa masa bersama keluarga
teman-teman huru-hara tiada lagi, tata, bye bye
tiada lagi huhu haha
jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya
yang kau nyanyikan, aku nyanyi juga
tak sempurna, tapi ku kan tetap coba
dan janji-janjimu kujanji juga, yup
kini kau dalam duniaku macam hip hop

Korus

Verse 2
Kerjaku memang kejam
punca matamu tak boleh kejam
bermalam, bukan berjam
dimana? dengan siapa kubersama?
berpeluh, bertenaga dengan mic ku berasmara
yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit
bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit
nah, tidak teruja, mungkin sudah tua
tiada lagi show, kemudian after party
tiada lagi party, kemudian hotel lobi
yang lain masih berpesta
biarkan saja mereka, mereka masih muda
aku ditelefon kalau tak disisimu
dan kalau dengar suara, itu tv atau lagu
jangan bimbang tiada siapa bersamaku
dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku
nope

Korus

Verse 3
Satu fakta, dua penipuan
yang pertama kita ambil, dua buang
kenapa mengeluh?
dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasi
di depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?
peduli, kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersama
kubersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya

Korus

Kuhanya punya kau
dan 
hip hop

Outro

Kujuga bimbang sayang
di mana kau berada
dengan siapa kau bersama
jangan lupa
kau tetapku yang punya



Dedicate: To my hearty babah~ Love u with all my heart!

Sunday 24 July 2011

Monolog: Bila wanita dipandang hina

Kita dilahirkan lemah, seperti manusia lain juga yang tak pernah lari dari dosa. Namun kenapa kita sentiasa di persalahkan atas kenangan lama kita? Kenapa kita always di hukum kerana kesilapan dan kekhilafan lalu? Kenapa kita terus terusan dihukum dan di marahi atas kesilapan yang kita tidak lakukan kini? Kerana kesilapan yang telah di sesalkan lama dahulu namun tetap kelihatannya seperti tiada maaf buat diri ini?

Diri yang lemah ini sedar....
Diri ini tidak punyai pakej lengkap seperti perempuan lain... 
Diri ini tidak secantik bidadari,
Tidak sesempurna perempuan yang paling mulia di dunia,
Malah tidak punyai harta untuk membeli dan memberi segala kebahagiaan...
Diri ini terlalu kecil kalau mahu di bandingkan dengan orang diluar sana yang hebat-hebat belaka...

Mengapa kerana satu kesalahan....
Perempuan akan dipandang hina?
Mengapa kerana satu ujian....
Maruah kita sebagai wanita dipandang rendah?
Mengapa kerana satu kesilapan...
Harga diri kita sebagai perempuan dipijak-pijak?
Mengapa kerana satu dosa....
Harga diri kita seperti tiada nilainya dimata hati seorang lelaki?

Orang yang bernama lelaki....
Mudah saja menghancurkan hidup seorang perempuan hanya dengan satu perkataan...
Dia lelaki....
Mudah saja menghamburkan segala kata dengan hanya satu kesilapan seorang wanita...
Mereka yang dipanggil lelaki...
Mudah saja menjatuhkan hukuman tanpa soal periksa...
Mulianya kedudukan mereka yang bernama lelaki seperti tiada banding taranya...
Hebatnya mereka diluar sana, sehingga semua akan menyanjunginya...
Megahnya mereka seperti mudah sahaja mereka akan dapat apa sahaja yang mereka mahukan....

Itulah lelaki yang dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu....
Kita wanita yang dikurnia 9 nafsu dan 1 akal...
Dipandang rendah... Dipandang hina... Di pandang lemah...
Ditoreh hatinya bagai tiada hari esok untuk menghukum!

Siapa mereka (lelaki) untuk menghukum kami (wanita)?
Siapa di dunia ini yang tidak pernah melakukan kesilapan?

Renung-renungkan....


Monday 18 July 2011

World Pink Day by Estee Lauder

Sekali lagi Estee Lauder menjemput kami dalam acara Pink Illumination for Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Aqma dan Kak Ayu bersama-sama celebrate Estee Lauder event ini....Dan ini sahajalah yang kami sempat rakamkan buat diri sendiri....Heeeeeeeeeeee~



Mesti ramai yang tak percaya kan, macam mana bangunan Sultan Abdul Samad Boleh berwarna PINK?.... Inilah buktinya!!!! Hehehhehehehehhee~

Gala Night, Charity Dinner

Gala Night, Charity Dinner In Conjunction With Mothers Day...
Organize By...Perak Ladies Club and NONA Magazine.

Pengalaman yang tidak ternilai apabila bersama-sama dengan Perak Ladies Club sama-sama celebrate birthday DYMM Sultan Perak semasa event ini. Bertemakan Arabic Night, warna warni pakaian tetamu yang hadir sangat indah, sehingga sukar untuk kami ungkapkan... Jadi, ini adalah antara rentetan gambaran Malam Gala Dinner tersebut... Enjoy!
















Bila belek-belek semula segala gambar yang tersimpan...Terasa diri ini sangat gemuks pula...Huuuuuu Shame on me... Alahai....

A Tribute To Mum in conjunction with mother's day celebration

Minggu-minggu yang dilalui untuk menjayakan acara ini penuh dengan macam-macam dugaan. Alhamdulillah, akhirnya success apabila di laksanakan. Congrats to PWTC team and NONA Team for doing this such a great and lovely event in conjunction with mothers day celebration!

Just enjoy the show (^.^)/






Sunday 17 July 2011

A Tribute To Mum: Press Conference with Media

Mother's Day Celebration Specially brought to you by NONA & PWTC... Ini adalah antara rentetan perjalanan majlis press conference with media.



3rd & 4th day of carnival!

Tak berapa banyak pic untuk di sharing pada kedua-dua hari ni... Kerana masing-masing dah penat bergambar...Ahaks... Biasalah, kalau dah di akhir-akhir carnival... Kesibukan berganda, kerana makin ramai pula pengunjung yang datang menyinggah... Ini adalah antara rentetan, corat coret karnival karangkraf hari yang ke tiga dan ke empat! 





Till then... (^.^)/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...