Sunday, 24 July 2011

Monolog: Bila wanita dipandang hina

Kita dilahirkan lemah, seperti manusia lain juga yang tak pernah lari dari dosa. Namun kenapa kita sentiasa di persalahkan atas kenangan lama kita? Kenapa kita always di hukum kerana kesilapan dan kekhilafan lalu? Kenapa kita terus terusan dihukum dan di marahi atas kesilapan yang kita tidak lakukan kini? Kerana kesilapan yang telah di sesalkan lama dahulu namun tetap kelihatannya seperti tiada maaf buat diri ini?

Diri yang lemah ini sedar....
Diri ini tidak punyai pakej lengkap seperti perempuan lain... 
Diri ini tidak secantik bidadari,
Tidak sesempurna perempuan yang paling mulia di dunia,
Malah tidak punyai harta untuk membeli dan memberi segala kebahagiaan...
Diri ini terlalu kecil kalau mahu di bandingkan dengan orang diluar sana yang hebat-hebat belaka...

Mengapa kerana satu kesalahan....
Perempuan akan dipandang hina?
Mengapa kerana satu ujian....
Maruah kita sebagai wanita dipandang rendah?
Mengapa kerana satu kesilapan...
Harga diri kita sebagai perempuan dipijak-pijak?
Mengapa kerana satu dosa....
Harga diri kita seperti tiada nilainya dimata hati seorang lelaki?

Orang yang bernama lelaki....
Mudah saja menghancurkan hidup seorang perempuan hanya dengan satu perkataan...
Dia lelaki....
Mudah saja menghamburkan segala kata dengan hanya satu kesilapan seorang wanita...
Mereka yang dipanggil lelaki...
Mudah saja menjatuhkan hukuman tanpa soal periksa...
Mulianya kedudukan mereka yang bernama lelaki seperti tiada banding taranya...
Hebatnya mereka diluar sana, sehingga semua akan menyanjunginya...
Megahnya mereka seperti mudah sahaja mereka akan dapat apa sahaja yang mereka mahukan....

Itulah lelaki yang dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu....
Kita wanita yang dikurnia 9 nafsu dan 1 akal...
Dipandang rendah... Dipandang hina... Di pandang lemah...
Ditoreh hatinya bagai tiada hari esok untuk menghukum!

Siapa mereka (lelaki) untuk menghukum kami (wanita)?
Siapa di dunia ini yang tidak pernah melakukan kesilapan?

Renung-renungkan....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...