Tuesday, 5 July 2011

The Journey Begin...



Orang kata kita akan berjumpa dengan orang yang salah sebelum ketemu dengan orang yang betul... Itu jugalah kata-kata yang ku pegang dalam relationship dan juga life. Kerana setiap apa yang berlaku ada sebab musababnya, ada juga hikmahnya tak kurang juga, ada pro dan kontranya. Hari ini, kali ini, ketika ini dan saat ini... Buku baru mula di buka demi mencari arah dan panduan hidup.

Terus-terus sahaja menatap entri-entri ini dan seterusnya tanpa jemu, kerana insyaallah pelbagai agenda bakal diungkap juga dirungkai persoalannya.  

Bukan tiada pegangan atau arah tujuan tetapi lebih kepada diari yang bisa berkongsi kebaikan dan memberi panduan buat teman-teman lelap dan juga tampak. Mungkin ramai yang tertanya, mengapa tinta ini di buka... Mudah sahaja jawapan ku... Kerana kepuasan menulis tiada batasannya. Jika di pejabat, sentiasa mencoret surat-surat dan juga proposal buat client-client. Di sini coretan entri hari-hari bakal menyingkap dan mengungkap agenda tersendiri juga menjurus kepada penceritaan kisah suka, duka dan perjalanan life sebagai AQMA LILY.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...