Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun wanita sedangkan dia orang yang beriman, mereka itu pasti akan masuk ke syurga dan tidak akan dianiaya walau sedikit pun.” – Surah an-Nisa’: 124
ALLAH yang Maha Adil telah menjanjikan syurga kepada semua hamba-NYA dengan syarat mestilah beriman dan ikhlas melakukan amal soleh. Insan yang mengorbankan jiwa raga demi menegakkan kebenaran Islam yang suci akan diberikan kedudukan yang tinggi lagi terpuji di sisi-NYA. Meski diuji dengan pelbagai azab yang dahsyat, namun keyakinan kepada ALLAH S.W.T tetap tidak goyah.
43 orang srikandi Islam yang dipaparkan ini terdiri daripada isteri-isteri dan anak Rasulullah s.a.w, isteri Khulafa ar-Rasyidin serta wanita terbilang yang hidup pada zaman baginda. Meskipun jasad mereka telah terkubur, namun segala keperibadian mulia wanita solehah ini terus dikenang kerana teguhnya diri menyayangi Islam. Sama-samalah kita jadikan kekentalan iman dan pengorbanan srikandi ini sebagai teladan dalam melayari kehidupan.
NOTA PEMBACA:
Hati terpaut setelah lama menjadi petugas di Pesta Buku Selangor pada 24/6 hingga 3/7 di SACC Convention Centre. Satu persatu rak buku di booth Kumpulan Media Karangkraf telah di belek, akhirnya hati terpaut pada buku keluaran Karya Bestari, terus terusan buku ini di baca hampir separuh buku. At last, terasa mahu memilikinya... Terus sahaja membeli dan memiliki, perasaan membaca buku yang di beli sendiri lagi nikmat... Hati berbunga tatkala membaca ceritera tiap srikandi Islam yang sentiasa melakukan kebaikan, menghindari keburukan, berjihad demi membela agama dan beriman sepenuh hati kepada-NYA. Moga-moga diri ini juga mendapat petunjuk dan hidayah untuk menjadi seorang muslimah yang bertaqwa. Insyaallah...
Buat wanita di luar sana... Dapatkan buku WANITA YANG DIRINDUI SYURGA di pasaran sekarang! Hahhaha, sempat promote lagi.. Enjoy gurls!
No comments:
Post a Comment