Friday 30 March 2012

Bootie Call!!!

It's a bootie call yaw!!!
Hehehe, people... Juga pembaca lelap... Aqma mahu berkongsi my new addiction pula.... Now dah masuk ke dalam my wish listtttttt.. And now still in my waiting list..... Tak lama lagi termasuk pula ke dalam my grabbbbb list!!! Hehehe, bukan mahu menunjuk kegairahan berbelanja... Tetapi ianya hobi yang benar-benar menenangkan... PERCAYALAH! Owh, by the way its a part of my therapy healing atas kekalutan pembukaan awal 2012 yang menyakitkan.. Jujur ianya sakit... Tapi dengan adanya high heels / pump shoes / peep toes / wedges / Mary Jane shoes / boots / flats / sandals cukup-cukup membuat hati ini terpujuk. Hhehehehe....

Sambil mengetuk papan kekunci lappy ini, terbayang-bayang collection boots yang bakal di grab nanti... Kalau di mix and match dengan long dress atau jubah atau abaya.... Lama dah mencari... Tapi masih tak ketemu yang berkenan di hati... Bila dah bertemu... Harga bagaikan boleh beli Blackberry atau IPhone je gamaknya.... Trus pendamkan niat... But yet, now days dah semakin easy mahu mencarinya, sometimes tak perlu ke shoe shop pun tak pe... Huhuhuuu.... Let's Online Shoppingggggg.... It's crazy but it's fun...

My WISH LIST.... Bootie Call....





It's just soooooo meeeeeee~
Tick Tock Tick Tock... Bootiessss... Wait for meeeee <3


It's a Shoes seduction...

"If you haven't got it. Fake it! Too short? Wear big high heels, but do practice walking!"
Victoria Beckham

"Sometimes you have to sacrifice your performance for high heels."
Gwen Stefani

“Not diamond but heels are a girl’s best friend.”

William Rossi


“I don’t know who invented high heels, but all women owe him a lot.”
Marilyn Monroe


Agak gila these few days ni.... Kerana bulan MARCH adalah bulan kasut aqma... Hahhahaha, i'm a shoes addict... Entah mengapa this lately i'm looking for suede and velvet flats and pumps! Seriously aqma mahu kumpul semuaaaaaaaaaaa color... Hehhehee...

Basically its a reward for me setelah bertungkus lumus bekerja, bekerja dan bekerja.... SHOES adalah pengubat segala duka juga beban.... Hahaha, percaya atau tak lebih daripada tujuh pasang kasut telah aqma grab just for me and my happiness... "Saya tak perlu orang lain memujuk hati saya yang duka kerana kasut dah cukup untuk menjadi pengubat duka saya!" Ingat lagi my birthday last 2 years tahun 2010, tiga pasang heels dihadiahkan oleh ehem.. ehem... Dia tahu pengubat hati saya... Hahahaha...


Tak percaya? Ini antara collection yang telah aqma dapatkan DIZ month!

Kinky Yellow suede flats by LUSHserendipity
Electric Blue suede flats by Pasar Karat Section  13, Shah Alam
Deep Purple suede flats by Pasar Karat Sectin 13, Shah Alam
Moschino Pumps in Chilly Red by Kiss&Tell
Ashleigh Pumps in Fuchsia by Kiss&Tell
Alhamdulillah... Rezeki di bulan March... Bulan lahirnya aqma... Cukup-cukup untuk memujuk hati yang lara-lara... Now dah tak lara... Tapi dup dap dup dap menanti bulan baru mahu grab another lace heels pulaks.... Alahai... Jatuh cinta sudah pada lace high heels and boots pulaks... Mamaaaaaaaa papaaaaaaaa tulun.... Tak boleh control neh... But u guys try imagine if we wearing abaya/jubah/long dress with those boots... Haiyyaaaaa chantik... Terlalu chantekkkkkkkk....

Till then...

Thursday 29 March 2012

BIRTHDAY Bash!!!

Selamat menjengah ke usia 27 tahun AqmaLily!!!!
Syukur Allah masih mengizinkan diri ini berzikir dalam tiap nafas juga hati dan minda masih utuh mengingati-NYA tiap detik, tiap saat, tiap waktu... Ya ALLAH, Ya RAHMAN, Ya RAHIM... Permudahkanlah segala urusanku.... Semoga usia 27 ini makin mematangkan jiwa dan minda untuk terus reda' dengan ketentuan Mu Ya Allah... Amin... 

Kali ini aqma mahu berkongsi di saat dan detik 13 Mac 2012 pula.....
Allah Maha Besar, Maha Berkuasa lagi Maha PETUNJUK.... Seawal dinihari sebelum subuh, satu mimpi telah menjengah malam aqma... Dan itulah petunjuk yang aqma juga setiap wanita menunggu... Bukan terlalu percaya dan taksub atas maksud mimpi tersebut, namun harapnya ia jelas buat hamba Allah yang lemah lagi kecil ini untuk melihat satu daripada kekuasaan Allah... Terima kasih juga buat teman-teman yang wish tak henti-henti di talian telefon... Di FB Aqmalily juga tak putus-putus ucapan dan doa dari teman-teman... Thanks u ols... Semoga u ols semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun akhirat... Amin...

Antara rentetan 13 Mac 2012..... Aqma and the geng having dinner di Seoul Garden, One Utama... Makan banyak mane sampai kenyang... Sangat Fullllll waktu ni... Nak jalan-jalan pun da slow mcm siput... Hhehehee...




Hadiah untuk hari itu.....


Antara yang terdapat dalam beg di atas... Tapi yang lainnya tidak mahu diberitahu kerana segala-galanya tentang manis, gula dan happiness.... Candylicious OU sangat mendamaikan hati dan perasaan.... Tiada apa yang dapat membuatkan aqma tersenyum melainkan giant lollypop baloons dan Candilicious OU merealisasikan impian kanak-kanak aqma. Kenapa? Kerana jelly beannye sangat banyak flavourrrrrrrr... Dan masa kanak-kanak, aqma always membayangkan aqma terbaring di atas millions of lollipops dan dihujani dengan jelly bean yang macam-macam warna dan flavour!  Kelaka kan... Tapi itulah kenyataannya....  Terima kasih buat sahabat aqma yang baik hati kerana merealisasikan impian kecil aqma walau hanya dengan melawat dan having quality time di dalam tu... Kerana inilah aqma terlalu happy dan tersenyum lebar semasa di shop itu.... Hahhahaa, si kawan dah pelik tgk aqma mcm budak jakunz bila masuk dalam candy shop tu... "HAIH kalaulah awak tahu apa impian zaman kanak-kanak saye...."


Owh, buku La Tahzan JANGAN BERSEDIH, JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA ini adalah hadiah dari diri sendiri buat diri sendiri.... Terlalu lama tidak membaca... Di saat ini buku ini adalah yang modul paling baik dan terbaik untuk memujuk hati wanita seperti aqma yang menghitung detik dan waktu untuk melengkapkan diri sebagai muslimah yang cekal dan tabah hatinya dalam menghadapi hari-hari mendatang....

Terima Kasih Allah kerana memberi jalan dan memberi petunjuk...
Terima Kasih Mama & Papa atas doa dan ucapan selamat dikala subuh dinihari...
Terima Kasih Adik-adik yang memberi pipinya untuk dicium, yang nakalnya membuatkan hati ini geram, yang lurus membuatkan hati ini tersentuh, yang mengada membuatkan hati ini jelik, yang manja membuatkanhati ini sayang, yang hormat membuat hati ini dirahmati, yang patuh membuatkan hati ini terkesan.... Along sayang kamooooo semua....
Terima Kasih Buat Anda yang sama-sama memeriahkan hari aqma juga menyambutnya bersama aqma... Anda tahu siapa anda.... 
Terima Kasih Teman-teman yang menghantar SMS ucapan... Anda tahu siapa anda....
Terima Kasih Rakan-rakan FB AqmaLily yang tersayang atas doa dan ucapan yang tak putus... Anda juga tahu siapa anda...

Semoga Allah merahmati kalian semua dengan limpah kurnia dan rezeki yang murah... Amin Ya Rabbal Alamin....



Wednesday 28 March 2012

Pre-Birthday TREATS

Double, triple pleasure... Thanks Allah...
Kerana masih mendenyutkan nadi untuk terus bernafas sambil bertasbih dan berzikir memuji Mu... Bulan Mac ini juga merupakan bulan yang gembira dan bahagia dilimpahi dengan pelbagai nikmat dan rezeki tang melimpah ruah. Bulan ini juga merupakan bulan petunjuk buat diri yang lama mencari dan menanti jawapan... Alhamdulillah... Jika diberi kesempatan, aqma akan share few story yang berlaku...

Bertempat di E San Thai Kitchen, Ara Damansara.... Adalah lokasi kami untuk mencuba menu baruuuu bersempena dengan Pre-My 27th Birthday... Hahhahaa, serba sedikit tentang food di sini... Makanannya sedikit berbeza berbanding makanan thai yang pernah dicuba sebelum ini... Kerana masakan thai di sini lebih kepada citarasa masyarakat di Utara Thai yang berdekatan dengan Laos.... Tentang deko, ianya berkonsepkan lebih kepada fine-dining Thai restaurant...







Setelah menjamu selera.... Saya dapat ini!!!! (Sila Lihat Gambar Di Bawah!) Girl and Cotton Candy tidak dapat di pisahkan..... Saye dapat cotton candy sebagai hadiah pre-birthday!!!! Yeay!!! Thanks to kawan yang murah hati... Atas kesetiaan dan kesediaan bersama-sama dengan aqma menanti detik-detik sementara menanti usia 27 menjengah (pre birthday)... "Saya Sudah Tuaaaaaa".... Birthday tahun ni are totally different... Celebration pun lain.... Alhamdulillah, Syukur Allah memberi petunjuk dan permudahkan segala jalan... Aqma doakan agar kalian yang membaca mahupun yang tidak di murahkan rezeki dan diberikan rahmat serta hidayah daripada Allah... Amin... Amin... Amin...


Owh terlupa pula... Selain cotton candy.... Disebabkan aqma lama tak bersukan... Saya juga di hadiahkan dengan sarung tangan golf PerryGear... Kene paksa main golf semula.... Aduh... Alahaiiiii, kalau kembali memukul mesti itam semula kulit-kulit... Nooooooooooo.... "Boleh tak saye buat syarat mahu memukul di driving range pada waktu malam ajeeeee...." Hehehehehehe....


Well people.. Itu sahaja antara rentetan Pre-Birthday tahun 2012..... Insyaallah jika sempat entri Birthday Bash bakal menyusul pula..... Terima Kasih buat ehem... ehem... yang sudi bersama-sama dengan aqma sepanjang moment ini... Kawan-kawan, anda tahu siapa anda.... =p

Deco... Deco... Deco...

Good Day everyone!
Alhamdulillah syukur kerana hingga hari ini kita masih kekal bernafas di bumi Allah... Maaf andai ada teman teman yang terasa hati kerana tak sempat bertanyakan khabar dan berita... Terlalu rindu rasanya mahu ketemu teman-teman lama yang tersayang.....

Sabar ya...
Suatu hari nanti kita bakal ketemu juga....
Well... Hari ni terasa mahu sharing something dengan all of you.... Apakah deco yang paling sesuai untuk bilik ini????






Masih memikir-mikir deco untuk bilik 'dusty pink' ini... Please help me out, teman-taman yang pakar dalam ID!!! Hehehhehe...

Sunday 25 March 2012

Benarkah kami sukar difahami?

30 Perkara Kami Sebagai Perempuan Malu Untuk Beri Tahu Lelaki....
Kerana ada sesuatu perkara tentang perempuan, wanita, gadis dan ladies ini lebih suka difahami secara tersirat.... Tak percaya? Teruskan scroll untuk melihat entri ini sampai habis ya....


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolakcintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi/Assalamualaikum‘ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprisebuatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

♥ betul @ tak, terpulanglah pada u ols untuk memahami dan menilainya. :) ♥
 




"Wanita muslimah laksana bunga yang menawan, wanita muslimah yang sholehah bagaikan sebuah perhiasan yang tiada ternilai harganya. Begitu indah, begitu berkilau dan menentramkan…
 Teramat banyak yang ingin meraih bunga tersebut…Namun tentunya…tak sembarang orang berhak meraihnya….menghirup sarinya…. hanya yang dia yang benar-benar terpilihlah…yang dapat memetiknya…meraih pesonanya…
Wanita muslimah adalah ibarat permata yang sangat berharga.  Dan islam menyuruh memperlakukan wanita sepeti permata yang sangat berharga.Yaitu permata yang tidak boleh disentuh oleh siapapun selain pemiliknya. Seandainya permata-permata itu berpindah tangan, niscaya ia akan kehilangan nilainya..."

Saturday 24 March 2012

Subtle Saturday...

Kadang-kadang kita rasa kita KUAT namun sebenarnya kita lemah kita anggap tiada siapa yang tahu itu sebab kita kena kuat hadapi semua ini agar kita setanding dengan orang lain... dan moga orang lain tidak nampak kelemahan diri kita... 


Kadang-kadang kita rasa kita LEMAH namun sebenarnya kita kuat kerna Allah tahu kita boleh hadapai semua dugaan ini sebab Allah mahukan kita terus setanding dengan orang yang pernah jatuh dan kecewa. Namun bangun kembali dengan keazaman di jiwa dan lebih dekat dengan Nya... InsyaAllah...♥


Luar dan Dalam

Di luar dia kelihatan sama seperti orang lain... Tenang... Menyenangkan.... Namun jauh di sudut hati tetap tiada siapa yang tahu... Hanya Allah yang satu tempat mengadu....



••►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.
 

Friday 23 March 2012

Dimanakah Malu Mu

DIMANAKAH MALU MU.... Wahai teman ku....


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


♥ Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini bolehdiibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

♥ Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

♥ Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

♥ Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Wednesday 21 March 2012

Wanita Cantik...



WANITA CANTIK ialah:

  1. Melukis kekuatan melalui masalah...
  2. Tersenyum saat tertekan...
  3. Tertawa di saat hati sedang menangis...
  4. Tabah di saat terhina...
  5. Mempersona kerana memaafkan...
  6. Mengasihi tanpa balasan...
  7. Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi...
"Ya ALLAH... 
Walaupun aku tidak cantik di mata manusia, cukuplah sekadar cantik di hadapan- MU Ya ALLAH..."


1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapinya. Malahan orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar. Kenapa & mengapa? Kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa....
3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya. Dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
4)TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang. Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu. Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah....
6)MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA. Dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah....
7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA....
Dedicated to all women's out there.... La Tahzan....

Monday 19 March 2012

La Tahzan AqmaLily

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.....

Hati ditarik-tarik untuk memiliki siri buku La Tahzan, Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia... Entah mengapa, saat-saat ini mahu memujuk hati sendiri tanpa menyusahkan sekalian umat manusia yang lain... Hanya kepada-Mu aku berserah dan hanya kepada-Mu aku menyerah....

Ya, hati ini rapuh dan terkadang tetap tersentuh juga terjatuh...
Sakit juga peritnya hanya Allah yang tahu.... Entah mengapa.... Mungkin petunjuk Allah juga membuka hati juga menarik diri untuk pantas mencari jilid buku La Tahzan ini... Dengan Izin Allah juga esok akan di cari juga buku ini....

To all heart break gurls.... Jum dapatkan buku ini... Insyaallah dapat memujuk diri sendiri tanpa berperang status sedih melagakan jiwa di FB u ols... Hehehhee, antara sinopsis nya.....

Buku ini bakal mengimbau setiap wanita untuk terus hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurniaan Allah yang telah dianugerahkan kepadanya, dan terus bergembira dengan pelbagai nikmat yang telah dimilikinya.

Bacalah buku ini agar ianya bisa mengusir segala macam kesedihan dalam dirimu, bayang-bayang kedukaan, dan mimpi-minpi buruk, ketakutan dan kekhuatiran.

Insyaallah setelah selesai membaca seluruh pengisiannya, ucapkanlah selamat tinggal kepada kesedihan, tinggalkan kegelisahan, hindarkan lorong-lorong kesengsaraan dan jauhlah dari keputusan yang menggagalkan. Marilah kembali ke jalan keimanan dengan melampiaskan kerinduan kita kepada Allah dan merasa puas dengan Qada' dan Qadar-Nya.

Pada saat itu insyaallah anda bakal dipanggil oleh penyeru keimanan: "Andalah yang berada di atas gunung harapan dan lembah keredhaan dan berbahagialah kerana andalah wanita yang paling bahagia di dunia ini...."
(Kata Penerbit)

I need this right now ='(




Kesayangan-kesayangan ku.....
Ingatlah! Allah sentiasa sayang kepada kita. Dia tidak menzalimi kita walau sedikit. Dia cuma sedang menguji kita... Jangalah kita merajuk dengan Allah... Jangan pula kita berdendam, dengan Allah.... ALLAH SAYANGKAN KITA.... Terlalu Sayang.....


Jangan bersedih ya hati.... Kerana Allah bakal memberikan sesuatu yang terbaik buat kamooooo....


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


"Ya ALLAH! Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau, kepada-Mu aku bertawakkal, dan Engkau jualah Tuhan yang mentadbir dan memelihara Arasy yang besar. Apa sahaja yang Allah kehendaki, pasti berlaku dan apa sahaja yang Allah tidak kehendaki, tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Besar. Aku mengetahui, bahawa Allah berkuasa ke atas setiap sesuatu dan ilmu-Nya meliputi setiap sesuatu. Ya ALLAH! Sesungguhnya aku memohon perlindungan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan setiap binatang melata yang ubun-ubunnya berada di dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya ketentuan Tuhanku berada di atas jalan yang lurus (merupakan suatu yang tepat dan benar)."  

Sunday 18 March 2012

EMCEEing @ Mid Valley MegaMall

Salam pembaca lelap...
Sebelum bicara memulakan kata... Sekalung budi dan kasih buat encik BINTANG, kerana bersusah-susah mengcapture moment during the event...

Alhamdulillah walau kelam kabut hari itu sehinggakan tak sempat untuk minum setitik air mahu pun menyuap sebutir nasi... Aqma tetap success menjayakan event bersama PA & MA... Teruja dan terusik melihat kaletah si kecil yang petah dan comel... Tak percaya... Tengok gambar di bawah by encik BINTANG!!!

















Cute kan all the babies.... Syukur everything success during the day... Actually banyak lagi moment yang di capture by encik BINTANG... Tapi nak letak semua, penat pula mahu scroll lama2... Jadi ini antara titipan hari itu... Thanks to PA&MA team kerana memberi peluang.. Juga Ex Editor Pa&Ma, Kak Liza.... "Aqma dah tunaikan janji tahun lepas Aqma dengan akak ya..." Heeee... Hugs all....
Owh... Terlupa pula mahu memberi tahu... 
Buat mama-mama and papa-papa di luar sana... Magazine Pa&Ma telah ada apps di dalam tablet!!!! Jadi jangan lupa download ya! Congrats Pa&Ma....
Siapa yang mahu Hand Bag COACH bernilai RM2500... Jangan lupa ikuti follow TWEETER PA&MA ya ols!!!! 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...