Salam u ols...
Birthday aqma 13/03/2012 tempohari di warnai dengan pelbagai cerita, dilalui dengan banyak berita dan di sinari dengan pelbagai petunjuk... Alhamdulillah....
Hadiah dari ALLAH adalah sesuatu yang paling tidak ternilai....
Seawal sebelum subuh, petunjuk dalam mimpi adalah hadiah dari Allah yang tiada tanding nilainya.... Alhamdulillah syukur, mimpi itu cukup untuk menenangkan hati ini... Terima Kasih ALLAH....
Mama & papa, adik-adik, teman-teman, rakan-rakan.... Terima kasih atas ucapat hari lahir... Doakan yang terbaik buat aqma di sini ya.... Yang pastinya hati perlu kental dan cekal dalam menghadapi dugaan mendatang dengan penuh tawadu' dan tawakal...
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan hanya kepada Allah hendaklah kamu bertawakkal." (Al-Maidah: 23)
Oleh kerana itu, serahkan semua urusan itu kepada-Nya, kembalikan semua masalah hanya kepada-Nya, adukan semua yang kita alami hanya kepada-Nya semata-mata, terimalah semua kurniaan-Nya dengan penuh keredhaan dan tenangkan hati dengan semua penjagaan-Nya.
Aku ingin BERUBAH...
Bismillahirahmanirrahim.
Ya ALLAH,
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.
Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.
Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku (imanku),
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.
Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.
Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...
Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...
Amin.....
No comments:
Post a Comment