Thursday, 29 March 2012

BIRTHDAY Bash!!!

Selamat menjengah ke usia 27 tahun AqmaLily!!!!
Syukur Allah masih mengizinkan diri ini berzikir dalam tiap nafas juga hati dan minda masih utuh mengingati-NYA tiap detik, tiap saat, tiap waktu... Ya ALLAH, Ya RAHMAN, Ya RAHIM... Permudahkanlah segala urusanku.... Semoga usia 27 ini makin mematangkan jiwa dan minda untuk terus reda' dengan ketentuan Mu Ya Allah... Amin... 

Kali ini aqma mahu berkongsi di saat dan detik 13 Mac 2012 pula.....
Allah Maha Besar, Maha Berkuasa lagi Maha PETUNJUK.... Seawal dinihari sebelum subuh, satu mimpi telah menjengah malam aqma... Dan itulah petunjuk yang aqma juga setiap wanita menunggu... Bukan terlalu percaya dan taksub atas maksud mimpi tersebut, namun harapnya ia jelas buat hamba Allah yang lemah lagi kecil ini untuk melihat satu daripada kekuasaan Allah... Terima kasih juga buat teman-teman yang wish tak henti-henti di talian telefon... Di FB Aqmalily juga tak putus-putus ucapan dan doa dari teman-teman... Thanks u ols... Semoga u ols semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun akhirat... Amin...

Antara rentetan 13 Mac 2012..... Aqma and the geng having dinner di Seoul Garden, One Utama... Makan banyak mane sampai kenyang... Sangat Fullllll waktu ni... Nak jalan-jalan pun da slow mcm siput... Hhehehee...




Hadiah untuk hari itu.....


Antara yang terdapat dalam beg di atas... Tapi yang lainnya tidak mahu diberitahu kerana segala-galanya tentang manis, gula dan happiness.... Candylicious OU sangat mendamaikan hati dan perasaan.... Tiada apa yang dapat membuatkan aqma tersenyum melainkan giant lollypop baloons dan Candilicious OU merealisasikan impian kanak-kanak aqma. Kenapa? Kerana jelly beannye sangat banyak flavourrrrrrrr... Dan masa kanak-kanak, aqma always membayangkan aqma terbaring di atas millions of lollipops dan dihujani dengan jelly bean yang macam-macam warna dan flavour!  Kelaka kan... Tapi itulah kenyataannya....  Terima kasih buat sahabat aqma yang baik hati kerana merealisasikan impian kecil aqma walau hanya dengan melawat dan having quality time di dalam tu... Kerana inilah aqma terlalu happy dan tersenyum lebar semasa di shop itu.... Hahhahaa, si kawan dah pelik tgk aqma mcm budak jakunz bila masuk dalam candy shop tu... "HAIH kalaulah awak tahu apa impian zaman kanak-kanak saye...."


Owh, buku La Tahzan JANGAN BERSEDIH, JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA ini adalah hadiah dari diri sendiri buat diri sendiri.... Terlalu lama tidak membaca... Di saat ini buku ini adalah yang modul paling baik dan terbaik untuk memujuk hati wanita seperti aqma yang menghitung detik dan waktu untuk melengkapkan diri sebagai muslimah yang cekal dan tabah hatinya dalam menghadapi hari-hari mendatang....

Terima Kasih Allah kerana memberi jalan dan memberi petunjuk...
Terima Kasih Mama & Papa atas doa dan ucapan selamat dikala subuh dinihari...
Terima Kasih Adik-adik yang memberi pipinya untuk dicium, yang nakalnya membuatkan hati ini geram, yang lurus membuatkan hati ini tersentuh, yang mengada membuatkan hati ini jelik, yang manja membuatkanhati ini sayang, yang hormat membuat hati ini dirahmati, yang patuh membuatkan hati ini terkesan.... Along sayang kamooooo semua....
Terima Kasih Buat Anda yang sama-sama memeriahkan hari aqma juga menyambutnya bersama aqma... Anda tahu siapa anda.... 
Terima Kasih Teman-teman yang menghantar SMS ucapan... Anda tahu siapa anda....
Terima Kasih Rakan-rakan FB AqmaLily yang tersayang atas doa dan ucapan yang tak putus... Anda juga tahu siapa anda...

Semoga Allah merahmati kalian semua dengan limpah kurnia dan rezeki yang murah... Amin Ya Rabbal Alamin....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...