Tuesday, 5 March 2013

New Life | New Color | New Journey | New Chapter



Ya Allah Ya Latif Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati
ini telah bersatu kerana mengasihimu,
bertemu untuk mematuhimu,
bersatu memikul amanahmu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulatdan menyokong syariatmu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalannya yang sebenar. Penuhkan hati ini
dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan
keimanan dan keyakinan,
Jadikan kami suami/isteri yang soleh/solehah
dan berikan kebahagiaan yang berkekalan
buat kami di dunia dan di akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin.

TERIMA KASIH Ya ALLAH....
Atas perjalanan dalam mencari jawapan, walau pelbagai dugaan diharung pahit dan perit kian tak terasa apabila kurniaan agung telah terjawab.... MasyaALLAH... Syukur Alhamdulillah... Sharing dalam entri kali ini sekadar buat ingatan kenangan anak dan cucu suatu masa nanti... InsyaALLAH...

KURNIAAN AGUNG
Surprise ALLAH telah terjawab, Alhamdulillah syukran.. Buat teman-teman yang tidak sempat bersama-sama kami dalam meraikan hari yang penuh bersejarah dan bermakna dalam hidup kami... Aqma titipkan sedikit sharing perjalanan/persiapan/penantian majlis yang segalanya hasil sentuhan tangan sendiri & keluarga tercinta melalui FB aqma..... Persiapan yang tidak seberapa insyaALLAH memberi kesan yang bermakna buat kami sekeluarga...

Di mana mahu mulakan? MasyaALLAH, dengan kehendak dan kuasa ALLAH, kami di temukan dalam pertemuan singkat yang boleh aqma katakan, kami tidak sempat untuk bercinta... Hari kedua usia perkenalan terus dilamar. MasyaALLAH, perasaan yang paling sukar untuk diungkapkan...

Cukup setelah sebulan usia perkahwinan....
Dengan kuasa ALLAH S.W.T sekali lagi, perubahan yang mendadak dalam diri aqma cukup menyentuh perasaan. Alhamdulillah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja tersenyum dan berkongsi kesyukuran. Alhamdulillah setelah bertemu dengan doc... InsyaALLAH tanggal 18 Oct 2013, bakal lahir anugerah ALLAH yang MAHA AGUNG.... InsyaALLAH... Doakan yang terbaik buat kami ya...




1 comment:

  1. Tahniah aqmar, In shaa Allah semuanya akan selamat bila tiba bulan October nanti :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...