Entri kali ini, aqma tujukan khas buat kedua khalifah hati merangkap jantung hati merangkap buah hati aqma yang berada di rumah. Bakal menghadapi SPM abangnya... Juga Si kecil yang bakal menghadapi UPSR esok...
Doa along sentiasa mengiringi kalian sepanjang musim peperiksaan ini... Kuatkan semangat, jangan lupa amalkan zikir dan hajat supaya ALLAH permudahkan perjalanan kalian dalam menghadapi peperiksaan besar tahun ini! Semoga, dengan sharing di bawah akan memberi jutaan kebaikan buat buah hati along yang notty serta rakan-rakannya tak lupa juga buat pembaca lelap lain yang di luar sana... Semoga ALLAH permudahkan perjalanan musim peperiksaan ini dengan limpah kurniaNYA...
Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.....
Doa Persediaan Peperiksaan UPSR, PMR Dan SPM
_________________________________________
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.
2)Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
Maksudnya: “Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.3)Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.4)Doa memohon kejayaan cemerlang :
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.5)Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
P/S:
InsyaALLAH aqma akan berpuasa sepanjang musim UPSR & SPM tahun ini, mama, papa, angah & huda juga.... Sebagai tanda sokongan dan dorongan buat ke dua-dua buah hati ni dalam menghadapi peperiksaan... Buat ibu bapa serta keluarga kepada anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan kali ini... Ayuh kita berpuasa sama-sama dan berdoa kepada ALLAH. Mohon agar debaran mereka digantikan dengan ketenangan dalam menghadapi peperiksaan... Mohon agar dipermudahkan segalanya.... Mohon... Mohon... dan terus memohon apa sahaja... Jangan berhenti memohon, kerana DOA dari ibu dan bapa bakal memberi impak yang besar buat anak dalam menghadapi peperiksaan... InsyaALLAH....
P/S buat Si UPSR & Si SPM:
Tawakal... Lakukan yang terbaik... InsyaALLAH segalanya akan dipermudahkan.... Mama, papa, along, angah & huda tak akan putus mendoakan kejayaan Am & Syahmi ya! All the best to both of u, my HERO!

No comments:
Post a Comment