Tuesday, 11 September 2012

bagaimanakah kita sebagai seorang BIDADARI buat...?


Dear Ladies out there yang di sayangi lagi aqma kasihi kerana ALLAH S.W.T....

Sharing picisan artikel buat seluruh wanita yang di sayangi... Bagaimana tingkah kita sebagai seorang bidadari buat seorang lelaki bernama suami? Walau aqma masih belum punyai Khalifah hati yang bernama suami... Tetapi, terasa bertanggungjawab untuk sharing good info's kepada ladies out there... Perkara yang baik itu harus di sharing kan? Jadi harapnya kalian dapat jadikan panduan mahupun gambaran  maksud kata-kata dibawah....

Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." 
- Imam Al-Ghazali

Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"

Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.

- Artikel iluvislam.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...