Thursday 6 September 2012

HAIFAA' MUSLIMAH brain storm begins...


Salam Mahabbah buat pembaca lelap yang aqma kasihi kerana ALLAH S.W.T
Syukur alhamdulillah InsyaALLAH esok jika diberi kesihatan dan dipermudahkan perjalanan aqma akan ke Majlis Maulid di Masjid Muadz B Jabal di Setiawangsa.... Lama sangat dah terasa tak ke majlis Maulid (rinduuuuuuu), InsyaALLAH bersama-sama dengan princess-princess yang aqma rinduuuuu juga selama ni... Lama tak dengar gelak ketawa / jeritan / tangisan mereka... RINDU... Di sebabkan rindu aqma membawa hati berkampung 2 malam bersama-sama dengan partner Aqma di Denai Alam insyaALLAH....

Terlanjur di sana melepas rindu...
Terusssss kami diharusssskan untuk sit down sambil BRAIN STORM hala tuju Haifaa' Muslimah kami selepas ini... Perancangan masa hadapan serta generate idea and concept for new product. Bukan kami tiada hala tuju... Tapi dalam setiap apa yang kita lakukan mesti ada masa-masanya kita perlu recharge mind, body and soul supaya seiring dengan perubahan masa hadapan. Business juga perlu di recharge untuk memantapkannya lagi perjalanannya, insyaALLAH... Atas nasihat our business adviser (dirahsiakan namanya)... He.he.he... Mungkin masih ada antara pembaca lelap diluar sana yang masih belum mengenali apa itu HAIFAA' MUSLIMAH...? Jum teruskan membaca... Aqma sharing serba sedikit berkenaan dengan Haifaa' Muslimah...


Bolehlah browse our HAIFAA' MUSLIMAH FB, TWITTER & BLOG... InsyaALLAH paparan menarik dan sharing yang extra ada di dalamnya...

"Two besties who wanted nothing but to promote everything related to islamic fashion, events, gifts and f&b."

HAIFAA' MUSLIMAH
Specialized in Muslimah clothings
Cater on halal cakes, cookies & snacks
Ideas in Islamic Events & gifts
Dimana penerapan makanan Sunnah Rasulullah S.A.W serta amalannya bakal kami terapkan dalam perjalanan business Haifaa' ini, InsyaALLAH...
HAIFAA' MUSLIMAH mempunyai beberapa rangkaian Haifaa' yang mengikut setiap produk...
- HAIFAA' Bites
- HAIFAA' Clothing
- HAIFAA' Gift
- HAIFAA' Etc...
- HAIFAA' Deco

Itu konsep asal Haifaa' dimana pengembangan produk akan berjalan dari semasa ke semasa... Mungkin kalian masih belum lihat rangkaian kami secara keseluruhan... Ini kerana, ada beberapa product kami masih di dalam process R&D dan final touch. Buat masa ini Haifaa' Bites telah mendahului dengan pengeluaran makanan sunnah dan makanan-makanan halal yang lain.... Alhamdulillah syukran semasa ramadhan yang lepas jumlah ordering kita melebihi dari jangkaan... Mungkin ini pembuka jalan buat Haifaa' Muslimah melebarkan sayapnya hingga ke pasaran luar.. 

InsyaALLAH... Syukur Alhamdulillah juga buat rangkaian Haifaa' Gift kerana berjaya memuaskan hati client-client, kerana kami sedia membuat hadiah yang mempunyai kelas yang tersendiri mengikut budget anda. InsyaALLAH akan datang kami sedia menerima tempahan dalam jumlah yang lebih besar... InsyaALLAH... Jika ada antara anda yang terperasan, di FB Haifaa' Muslimah juga ada menjual CD eksklusif album Almawlid yang ori ye tuh.. Tiada cetak rompak! Hehehhe.. Dan rangkaian tu kita masukkan ke dalam Haifaa' Etc! Akan datang Haifaa' Etc akan di penuhi dengan produk-produk islamik yang lain selain album AlMawlid antaranya Al-Quran Mushaf Malaysia, Al-Quran Terjemahan Lafziyah, Tasbih Digital dan Tasbih Tradisional, Telekung buat muslimah dan macam-macam lagi.... InsyaALLAH...

Haifaa' Clothing masih di dalam proses R&D kerana melibatkan beberapa tenaga kerja tambahan... Doakan agar perjalanan kami di permudahkan... Our new born babies...  Haifaa' Deco, bakal memaparkan rangkaian produk dekorasi berkonsepkan tata hias timur tengah atau islamik... Paparan islamik dalam penerapan konsep barangan ini akan kami nyatakan dengan lebih jelas sebaik produk pertama kami lancarkan nanti.....

Teruskan mengikuti perkembangan Haifaa' Muslimah ya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...