As Salam pembaca lelap yang aqma kasihi kerana ALLAH....
Mari rawat hati pujuk diri agar terus istiqomah dalam membelai jiwa dengan ayat-ayat cinta buat KEKASIH hati yang tak pernah hilang di jiwa. Lahirkan rasa rindu dengan seruan yang bertalu-talu buat si DIA yang tersayang. Paparkan kecintaan yang tidak berbelah bahagi buat KEKASIH nan SATU! Satu-satunya BUAH HATI yang tiada duanya... ALLAH.... ALLAH... YA ALLAH...
Tenggelamkan diri dengan kecintaan mu melalui zikrullah... Dan berkhalwatlah dengan NYA, munajatlah kepada NYA dan sentiasa mentilawahkan kitab NYA... InsyaALLAH... Mari nikmati lontaran ayat-ayat cinta buat ALLAH S.W.T... Jadi ayuh nikmati antara ayat-ayat cinta yang baru aqma temui tahun lepas dan benar-benar mampu untuk memujuk diri dan hati aqma... Zikir harian buat kalian menjadi ubat penyejuk hati penenang jiwa... Jum gapai cinta ALLAH yang abadi...
ISNIN : LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM (1,000 KALI)
Satu kalimat upama satu bukit Uhud. Banyak kali anda menyebutnya, hilanglah sifat menunjuk-nunjuk, keji, riak, takabbur, sayangkan dunia dan sebagainya...
SELASA : ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN ABDIKA WARUSULIKA NABIYYI WA UMMIYYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM (1,000 KALI)
Allah ampunkan dosa kamu sepanjang satu tahun (Kalau nak pendek selawat ke atas NABI S.A.W)
RABU : ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM (1,000 KALI)
Sekali kamu menyebutnya, hilang satu titik hitam dalam hati kita. Satu titik hitam adalah dari satu dosa, jika tidak meminta maaf (menghilangkannya) walaupun kita bersolat, kita akan masuk neraka selama mana titik hitam tersebut berada dalam hati kita.
KHAMIS : SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH (1,000 KALI)
Allah ampunkan dosa sebanyak buih-buih di lautan, dan satu kali kita menyebutnya, tumbuh satu pohon syurga untuk kita di Taman Syurga.
JUMAAT : YA ALLAH (1,000 KALI)
Allah hampir kepada kita, Allah beri kita nikmatnya solat, Islam, rajin, suka, lazat. beramal ibadah dan nikmatnya tidak malu untuk menutup aurat bagi perempuan.
SABTU : LAA ILAHA ILLA ALLAH (1,000 KALI)
Allah beri kita kesenangan hati, perasaan aman dan nikmatnya tenteram.
AHAD : YA HAYYU YA QAYYUM (1,000 KALI)
Allah hidupkan kita dan beri peliharaan NYA.
Ikutilah jejak langkah Nabi s.a.w. jadilah orang yang bermanfaat untuk orang lain. "Sertai mereka dalam kehidupan mereka. Ziarahi mereka. Belanjakan untuk mereka. Berikan khidmat untuk mereka. Isikan hajat dan keperluan mereka. Masukkanlah kegembiraan dalam hati mereka. Lakukanlah semua ini, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Dia mengasihi dirimu... "
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".
No comments:
Post a Comment