Assalamualaikum teman-teman pembaca lelap yang aqma kasihi kerana ALLAH S.W.T...
Sempat mengulit blog di kala waktu lunch hehehe, saja aqma mahu sharing sedikit kegilaan atau obsession aqma di kala ini... Entah kenapa terlalu asyik dan tenang apabila memintal bunga untuk dijadikan decoration for SUNNAH BITES buffet by Haifaa' Muslimah....
Syukur Alhamdulillah di beri kekuatan dan kesempatan oleh ALLAH untuk aqma dan partner, sis Jaja memulakan project baru we ols.... Dan sehingga ke setakat ini dah DUA setting untuk SUNNAH BITES buffet by Haifaa' Muslimah kami wujudkan... Mengikut kemahuan dan kehendak serta permintaan pelanggan... Tapi sebelum merealisasikan permintaan pelanggan di luar, kami tried to arrange pre-set up di rumah FOUNDER Haifaa' Muslimah partner sendiri iaitu di Denai Alam dan di Shah Alam...
Hasilnya... MasyaALLAH... Telah ramai yang bertanya serta membuat tempahan kepada HAIFAA' MUSLIMAH... Terima kasih banyak-banyak buat anda yang dibukakan minda dan mata hatinya oleh ALLAH untuk menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W dengan cara yang tak seberapa dari kami... Alhamdulillah... Harapnya usaha kecil ini akan mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T dunia dan akhirat... InsyaALLAH...
Sedikit sharing daripada pengalaman aqma dan sis jaja mula mendapat ilham berkenaan dengan Sunnah Bites Buffet ini, kerana jatuh hati dan terlalu cintanya kami kepada Rasulullah S.A.W, pelbagai idea yang berkaitan dengan sunnah kami cuba kembangkan... Alhamdulillah, telah mendapat sambutan daripada beberapa syarikat korporat untuk membuat tempahan door gift yang berasaskan sunnah, daripada kami, syukran... Terus kami mula melebarkan sayap serta mengembangkan idea kepada sesuatu yang lebih mencabar... Dari situlah terhasilnya Sunnah Bites Buffet... Ilham ini di cipta dan kami terus implement semasa majlis Maulid dan House Warming rumah my partner Sis Jaja... Dari situ kami dah menerima pelbagai tempahan dan alhamdulilllah semakin mendapat perhatian pelbagai pihak...
Konsep dan idea boleh di olah bersama dengan kami di mana secara keseluruhan, bunga yang aqma sediakan untuk dekorasi sepenuhnya buatan tangan aqma sendiri... Hehehhee... Tak de kerja tapi cari kerja kan... Nak buat macam mana, aqma minat dengan kerja-kerja tangan yang begini... Terasa bahagia je memintal bunga dan menata hias deko di atas meja Sunnah Bites Buffet... Yang ajaibnya, semakin hari tangan yang memintal semakin ringan je terasa... MasyaALLAH, kuasa ALLAH yang Maha Esa melancarkan perjalanan my latest obsession ini... Harapnya, usaha kecil yang cuba kami ketengahkan ini dalam masa yang sama dapat mendidik mahupun membuka hati ummat Islam khususnya untuk menghidupkan sunnah dalam majlis-majlis kecil mahu pun majlis besar yang dianjurkan... InsyaALLAH....
Doakan yang terbaik buat kami serta doakan yang terbaik juga buat HAIFAA' MUSLIMAH, agar niat kami di berkati dan perjalanan perjuangan perniagaan menuju ke arah Mahabbah Rasulullah S.A.W dipermudahkan ALLAH... InsyaALLAH...
Support kami (Haifaa' Muslimah) untuk terus Istiqomah dalam melahirkan rasa mahabbah dengan menghidupkan Sunnah Rasulullah S.A.W di dalam perjalanan business ini... Serious, aqma obses dan sangat teruja untuk membuat set up Sunnah Bites Buffet yang terbaru di masa akan datang... Doakan yang terbaik buat kami ya!
Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun“
Hadits yang agung ini menunjukkan keutamaan besar bagi orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, terlebih lagi sunnah yang telah ditinggalkan kebanyakan orang. Oleh karena itu, Imam Ibnu Majah mencantumkan hadits ini dalam kitab “Sunan Ibnu Majah” pada Bab: “(Keutamaan) orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah ditinggalkan (manusia)”.
Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari berkata, “Orang muslim yang paling utama adalah orang yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah ditinggalkan (manusia), maka bersabarlah wahai para pencinta sunnah (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam), karena sesungguhnya kalian adalah orang yang paling sedikit jumlahnya (di kalangan manusia)”
No comments:
Post a Comment