Sunday 2 September 2012

Buat MUSLIMAH kekasih RASULULLAH S.A.W


"Wahai sekalian Muslimah kekasih Rasulullah S.A.W...

Islam tak pernah haramkan kalian berhias & berfesyen...
Tapi islam haramkan ia dipamer kepada lelaki yang bukan mahram...

Islam tak pernah haramkan pakai minyak wangi kuat-kuat...
Tapi islam haramkan ia dipakai untuk lelaki bukan mahram cium baunya...

Islam tak pernah haramkan make up tebal-tebal...
Tapi islam mengharamkan muka cantik menggoda tu dipamerkan kepada lelaki bukan mahram...

Islam tak pernah haramkan wanita bermusafir jauh...
Tapi islam haramkan ia dilakukan tanpa mahram...

Islam tak pernah mengharamkan bercinta dan percintaan...
Tapi islam haramkan bercinta dengan bukan mahram...

Islam tak pernah sekat apa-apa kebebasan wanita...
Tapi islam cuma menjaga maruah wanita dengan memisahkan mereka dari lelaki bukan mahram...

Kerana apa? 

Kerana Muslimah sangat berharga...
Mereka umpama mutiara...
Yang disimpan rapi dalam tiram yang bercahaya...

Kerana apa lagi?

Kerana ISLAM membezakan manusia & haiwan...
Yang memisahkan lelaki & perempuan...
Agar maruah mereka kekal terjaga penuh kesopanan...."

MasyaALLAH.... ALLAH terlalu sayangkan kita wahai muslimah......

Original from HoneyPokapoka...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...