Showing posts with label Heart Feelings. Show all posts
Showing posts with label Heart Feelings. Show all posts

Sunday, 2 September 2012

Thanks Sis Jaja


Salam 2 September buat semua....
Alhamdulillah... Rezeki di saat musim raya ini memalit kenangan indah walau hati terkadang dalam duka.... Allah Maha Besar, Allah Maha Penyayang... Dia menggantikan kesedihan dengan kegembiraan dan rezeki yang tidak terjangka... Syukur Alhamdulillah...

Semalam Alhamdulillah aqma selamat melayari bahtera majlis & acara perkahwinan buat sepasang pengantin... Terima kasih Abang Shafiq atas peluang yang diberi termasuklah geng-geng WICITRA, Abang Aris Ariwatan dan penyanyi Feeza... Semuanya sporting termasuklah pengantin Syarizal & Intan... U guys sangat sweet....

Hari ni....
Bangun-bangun terus ke dapur selamat 3 menu berat aqma masak untuk lepaskan tekanan....
Hahhahaha... Bersilat di dapur tak sangka dah siap Black Pepper Beef Shepard Pie, Chicken Chilly Shepard Pie & Spaghetti Seafood Aglio Olio.... Rezeki uncle & aunts yang datang hari ni... Huhhuhuhuuu.....

Thanks sis Jaja....
This few days sungguh aqma dalam keadaan 'Heart Breaking' moment.... Down atas beberapa perkara yang sedang berlaku... Allah maha Kuasa, kebetulan kakak kesayangan aqma tuh online.. Terus dia tahu apakah yang berselirat dalam minda.... Out of sudden....

"Ya Allah...qema 
 sayangnya Allah denga qema sekarang nie
dekatnya Allah dengan qema...sekarang nie macam2 dugaan, ujian datang...
masya Allah...DIA sedang memberikan perhatianNya pada qema
come on sis...pray hard
mintak mintak mintak
Allah dekat sgt dengan qema sekarang nie 
menangis la...minta pada DIA. 
Allah nak qema mintak pada DIA...
buat istikharah...hajat...dhuha buat3x"

Ini kata-kata dia... MasyaALLAH.... Terus menderu air mata aqma... Syukur aqma mempunyai a shoulder to cry on, walau jauh... Tapi aqma rasa kakak aqma tu dekat sangat... Thanks sis.... Atas advice tersebut terus aqma shut down PC... Menghadap ke kiblat, menangis, mengadu sepuasnya..... Thanks sis... Kerana mengingatkan aqma atas beberapa perkara yang aqma lupa.... Syukur Alhamdulillah.... Yang pastinya, kalau terlalu berharap dengan manusia... Inilah yang terjadi... Ya ALLAH... Ampunkan diri ku yang lemah ini...




Tuesday, 24 July 2012

I Wont Give Up



Salam ukhuwah buat semua pembaca lelap yang aqma muliakan kerana ALLAH...
Pagi tadi semasa driving on the way ke pejabat, tiba-tiba lagu 'I Won't Give Up by Jason Mraz' bernyanyi di corong radio.. Yang kelakarnya, out of sudden mata berkaca-kaca terasa sebak bila dengar lagu ni... Alahai... Nape entah mood pagi ni seakan sendu.... Hahaha... Okeh, itu bukan main story di sini...

Aqma mahu sharing sedikit, alhamdulillah perjalanan business aqma dan kak jaja (HAIFAA' MUSLIMAH) semakin menampakkan hasil... Tapi kiteorang masih kayuh perlahan untuk bertapak di hati rakan-rakan di luar sana... Harap, andai rakan-rakan yang terbaca entri kali ini, like lah Haifaa' Muslimah ya... Kerana segalanya kami tawarkan buat anda... Buat masa ini dalam bulan Ramadhan kami fokus kepada HAIFAA' BITES yang menawarkan segala macam makanan sunnah, kuih & kek raya yang halal, chocolate enak yang halal juga seleksi kerepek & keropok yang bermacam-macam kami tawarkan buat anda... Alhamdulillah kami kembangkan perjalanan Haifaa' Bites ini dengan menyediakan perkhidmatan hamper makanan sunnah dan small gift buat individu, corporate company juga pejabat kerajaan yang berminat.

Doakan agar perjalanan HAIFAA' MUSLIMAH ini berjalan dengan lancar dan success ya...
Owh, future plan kami... Selepas ramadhan, kami akan mula fokus kembali dengan pelbagai rangkaian product HAIFAA' MUSLIMAH yang menawarkan seleksi jubah/abaya/maxi dress yang sesuai buat muslimah, rangkaian haruman yang didatangkan dari Tanah Arab sendiri, pilihan tudung/shawl/sheila/selendang dan banyak lagi yang aqma masih tak nyatakan disini... Nantikan dengan penuh kesabaran ya... Hehehe...

Haiz, dah banyak merapu pula aqma ni... Buat teman-teman di luar sana, jom hayati lagu yang meruntun hati aqma pagi ni... 'I Wont Give Up by Jason Mraz' buat anda...

When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up
I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make

Our differences they do a lot to teach us how to use the tools and gifts we got Yeah, we got a lot at stake
And in the end you're still my friend, at least we did intend for us to work
We didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not
And who I am.

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
Still looking up...

I won't give up on us
God knows I'm tough, he knows
We've got a lot to learn
God knows we're worth it

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up...

Tuesday, 26 June 2012

Dalam Hati Siapa Yang Tahu?


Siapa tahu orang yang tersenyum riang dikalayak ramai namun kadangkala menangis ketika sendirian, sentiasa bersemangat hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu. Kelihatan kuat namun hakikatnya mengaku lemah. Ketawa hakikatnya untuk menceriakan dirinya.

Siapa tahu, diri dia mempunyai masalah. Dia sentiasa menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri dia masih punya masalah yang jauh lebih besar. Dia sentiasa meyakinkan orang lain sedangkan hakikatnya dia mencari kekuatan diri sendiri. Dia sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sentiasa sakit. Sentiasa menjaga hati manusia walau hakikatnya dia sentiasa pendam rasa. Dia sering terasa namun hanya menguntumkan senyuman. Siapa tahu dia punya masalah besar.

Walau kadang kala dia marah tak menentu pasal, kerana dia sudah tidak sanggup menanggung bebanan hatinya. Sering dia mengadu masalah dia pada Sang Pencipta, namun tekanan sekeliling membuatkan dia tiba-tiba menangis tanpa sedar. Dia memerlukan insan untuk mengadu, tetapi aduan itu disalah erti. Lalu dia terus menyimpan perasaan itu sehingga terpadam! Pendam hingga terpadam. Itu adalah yang terbaik bagi dia.

Wahai dia,
Hati mu itu, cekalkanlah...
Aduanmu itu, simpankanlah...
Kecewamu itu, soroklah...
Ketidak puasan hatimu itu, jauhkanlah...
Marah itu, padamkanlah...
Sayang mu itu, junjukklah...
Cinta mu itu, tonjolkanlah...
Senyummu itu, lahirkanlah...
Walau hatimu pecah, merekah.....

Siapa sahaja yang mahu mendengar masalahmu?
Tiada siapa....
Hanya Allah yang setia mendengar rintihanmu.
Kerana dia sentiasa bersama kamu
setiap masa tanpa sedetikpun kerdipan mata.
Karena sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Pendengar.

P/S: Seandai ada di antara kita, merasa tiada tempat mengadu cerita, kesenangan dan kepahitan, jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang lebih memahami. Marilah kita sama-sama merenungkan ayat ini...

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran "(2:186)

Sunday, 24 June 2012

imagination triumphs over intelligence


Sometimes Allah tests us so that we can see the rainbow after a stormy rain. If we can’t see the rainbow in this world, then inshAllah we can in the Hereafter. Just be strong in your heart and mind! Furnish it with faith, love, trust, and sincerity for the sake of Allah. Make your imagination embroidered with His love and light. InshAllah tranquility and contentment will penetrate into our soul. That is when our imagination triumphs over intelligence.

MasyaALLAH.... Hari ni dapat kekuatan melalui kata-kata kak Jaja... Thanks sis... Aqma juga tak kuat walau terkadang nampak kental di luar... InsyaALLAH bakal ada sinar selepas ini jika itu jawapan atas doa aqma selama ni.... Buat kalian yang terbaca post ini.... Doakan agar perjalanan harian kita di permudahkan ALLAH dan di beri petunjuk dan hidayah di atas setiap keputusan yang ingin kita lakukan ya...
Hanya sekadar sharing, rentetan chat aqma dengan kak Ja... Thanks sis! ='(

KAK JAJA:
I can ustand ur pain...because i was there...I can ustand what youreally want, your desire, because I was requesting the same thing...
But Allah have his own way of not giving us the things we want but juts to give us the best, the things that we need...
sabar ya...

AQMA:
nevermind kak ja... ALLAH dah beri petunjuk...
jadi aqma syukur sangat
memang sedih kak ja.. terkeluar jugaklah air mata aqma setelah beberapa bulan tak mennagis...
hahahahhahaa
tapi aqma ok...
insyaALLAH AQMA KUAT


Monday, 18 June 2012

Beruntungnya andai...


Beruntungnya jika seorang perempuan itu dinikahi oleh seorang lelaki
Kerana lelaki itu ingin mendidik dan membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah..

Dia tak menikahi kerana ingin menakluki,
Dia sedar,
Bahawa sebenarnya bukan dia yang memiliki,
Tapi hanya meminjam pinjaman Ilahi.

Dia tak menikahi kerana ingin menguasai,
Kerana dia sedar,
Dia akan memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami.

Dinikahi kamu bukan semata-mata berbekal cinta,
Bahkan bermatlamat untuk memperbaiki agama.
Beruntunglah kamu,
Wahai wanita yang dimuliakan.

Semoga Allah Redha...

Friday, 11 May 2012

Buat teman-teman tersayang...


Buat teman teman yang tersayang....

''Usah terlalu menyanjung kelebihanku. Bimbang kau tak mampu menanggung kekuranganku''

''Usah terlalu berbangga akan keupayaanku. Bimbang kau akan kecewa dengan kelemahanku.''

''Usah terlalu memuji segala kebaikanku. Bimbang kau akan teruji dengan kejahatanku.''

''Usah terlalu berharap akan diriku. Bimbang nanti yang kau harap, tidak seperti yang kau mahu'

Aku jua seperti kamu yang ke mana pun dinamakan insan...

Tuesday, 17 January 2012

Sinar 2012.. Harapan dan Kenyataan...


Well... Well... Well...
Assalamualaikum Warahmatullah....
Its a new year post! Sorry people, Aqma terlalu taksub merancang kehidupan baru hingga terlupa akan bloggie yang di tinggalkan berbulan-bulan since my last post on September 2011... Lamanya tak menulis di sini... Rindu... Out of sudden, pembuka 2012 di blog ini entri nye seakan sedih... Hahhaha... Its just a sharing and my own quotes of da day actually...

Tak pe lah... Yang penting aqma kembali aktif mengupdate entri di sini...
Life sharing sepanjang ketiadaan aqma di blog ini... Sebenarnya aqma telah memasuki ke new era in my life... Na'a''a... Bukan berkahwin ya... Tetapi 'hijrah kerjaya' kerana Allah & my future... Semoga urusan kerjaya ini lebih di berkati dan mendapat rahmat dari Allah... Doakan yang terbaik buat aqma...

Ramai yang tertanya...
"Kenapa jump ke NGO's? Sedangkan tempat kerja aqma sebelum ni lebih glamour dan bergaji mewah..."
Jawapan aqma....
"Hijrah jiwa, hijrah hati, hijrah nurani..."
Insyaallah... Semoga segala urusan di permudahkan dan direstui...

Bukan tiada yang menahan juga menghalang...
Ada juga yang berkali-kali dan berulang-ulang 'counter offer' diri ini...
Ada juga kata-kata sinis..."Siapa Aqma tu? Bagus sangat ke dia tu?"
Tak kurang juga... Ada yang menagisi pemergian diri ini... (Kakak-kakak kesayangan ler... Tangis dalam hati) Hik..Hik...Hik...

Alhamdulillah,
Untuk separuh bulan yang pertama...
Seluruh kepercayaan HOD terhadap aqma semakin menebal...
Dan rasa cinta kepada kerjaya dakwah ini seakan membuka jalan untuk melapangkan hati dan minda juga jiwa yang lara ini...
Namun, dugaan besar tetap hadir tanpa diundang...
Biasalah, jika Allah memberi sesuatu nikmat, tentu juga ada dibahagian lain yang tidak sempurna... Semua ini kerana Allah mahu kita beringat.. Segalanya hanya di pinjamkan sementara di dunia yang nyata... Namun di dunia yang kekal pasti akan ada kemanisannya...
Dalam kes aqma... ia menjadi bertambah perit dan berat... Kerana kita mengharap agar segala usaha dan pengorbanan telah di lakukan, namun masih ada beberapa pihak seakan tidak mengerti...

Well people...
Doa dari semua amatlah aqma harapkan...
Semoga Allah memberi petunjuk dan jalan untuk menjalani hari-hari yang mendatang...

Harapnya... 2012 ini....
Segala Pengorbanan di hargai...
Amanah di tatangi...
Perjuangan di mengerti...

Kenyataannya....
Segala Hajat telah di penuhi...
Erti muslimah sejati di dalam diri...

Jadi, di mana letaknya KEPERCAYAAN disini? Mengapa tiada perasaan mahu mempercayai dan hormat-menghormati...? Diri yang kecil ini terlalu lemah mahu bertempur kata berperang jiwa... Jadi... FAHAMILAH dan MENGERTILAH.... Rayuan yang lemah ini... Nikmat apa lagi yang kamu dustakan?

Amin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...