"Adoi, budak-budak sekarang ni sangat advance. Rasanya nak enroll Hannah Sekolah Tahfiz la... Bahaya! Hannah ni siap dapat hadiah dari boys! Aiyakkk! Mummy risau..."
Dilemma mummy zaman sekarang ni... Realitinya ini yang terjadi.. Ia akan kelihatan normal buat anak-anak yang bersekolah rendah mahu pun menengah... Tapi ia membimbangkan apabila perkara di atas terjadi kepada anak-anak di awal pra-sekolah.... Alahai anak kesayangan mummy dan daddy, tadika-tadika pun dah menerima hadiah dari teman seangkatan... Bagai manalah agaknya jika dah besar nanti..
Sabar ya Mummy & Daddy...
Pilihan ditangan kalian berdua. Apa yang terbaik diberikan insyaallah anak yang solehah sebagai ganjaran...
Pelbagai cerita bila di kongsi bersama pasti menggamit perasaan mencuit hati. Kadang-kadang terkenang kembali kisah zaman awal bersekolah zaman hingusan dulu... Yang kelakarnya, aqma seorang yang penakut. Hahaha.. Nak naik pentas untuk mengambil sijil dan hadiah pun menangis... Puas mama papa pujuk dekat belakang pentas.... Tapi kini... Pantang ada pentas, pantang dapat mic... Hehehe...
Proses menjadi dewasa mematangkan kita sebenarnya.
Insyaallah dengan didikan awal yang diberikan, serta gaya hidup yang mengikut landasan Al-Quran dan As-Sunnah... Insyaallah... Segalanya akan di pelihara dan terpelihara... Buat ibu-ibu muda serta bapa-bapa muda (2 series), aqma kagum dengan kalian kerana, seawal usia begini kalian di kurniakan rezeki penyejuk hati dan cahaya mata penyuluh sanubari. Segalanya yang memerlukan persiapan mental juga fizikal seawal usia begini, namun masih belum dapat diraih nikmatnya buat insan lain yang masih sendiri.
Aqma bukanlah orang yang berpengalaman untuk menceritakan segalanya tentang anak mahupun untuk menghurai tiap bait pengalaman mendewasankan si kecil. Namun cukuplah dengan cerita teman sekeliling serta berita kisah-kisah kekeluargaan yang terpapar di dada media masa kini. Percayalah, besarnya dugaan dan cabaran untuk membesarkan anak-anak masa kini. Anak-anak yang soleh dan solehah menjadi impian dan igauan mummy dan daddy. Wajah mereka yang penuh cahaya suci sering meruntun jiwa mummy dan daddy. Alangkah gembiranya hati melihatkan bibir mereka menguntumkan senyuman...
Dalam tidak sedar, senyuman anak-anak banyak bergantung kepada imbuhan yang diperoleh daripada parent mereka. Bukan sahaja imbuhan yang bersifat fizikal sahaja yang diharapkan, malah imbuhan yang berbentuk batiniah seperti kasih sayang dan pujian, lebih melebarkan senyuman di jiwa mereka.
Wahai super parent masa kini, pujian anda bisa memberi impak yang maha besar kepada jiwa mereka terutama sebagai bekalan untuk menempuh dunia mereka yang penuh cabaran ini. Lazimi kata-kata pujian kepada anak-anak setiap hari dengan penuh kasih sayang, ini akan memuat hatinya kepada mummy dan daddynya. Anak-anak mendambakan perhatian daripada parent mereka, pujian juga merupakan tanda perhatian tertumpah kepadanya...
Ungkapan yang sering parent ucapkan saban hari secara tidak langsung menjadi doa untuk anak-anak. Percayalah, anak-anak terbentuk dengan ungkapan parent mereka sehari-hari. Jika mum and dad mereka sering menjengah cuping telinganya sesuatu yang baik dan positif, itulah yang akan membentuk peribadinya kelak. Teorinya mudah, setiap perkataan yang didengari secara berulang akan terserap di minda bawah sedar anak-anak, minda ini mengawal tubuh secara automatik. Maka jika telah terprogram sesuatu perkataan di minda bawah sedar maka akan diaktifkan melalui perbuatan tubuh badan.
Jika anda selalu katakan ‘bijak anak mummy’ ia akan dirakam di minda bawah sedarnya dan membentuk perbuatannya untuk menjadi bijak, semuanya dengan kekuatan minda pinjaman Allah dan dengan keizinan-Nya. Pujian turut menyatakan betapa besar kasih sayang kita kepada anak. Tidak hairanlah jika anak yang kerap dipuji erat hubungan kekeluargaannya.
Sentiasa ceria dan penuh keyakinan. Emosinya berkembang dengan baik tanpa gangguan. Emosi yang berkembang dengan baik ini akan mempengaruhi pembentukan karakternya kelak. Sebaliknya, anak yang jarang dipuji atau langsung tidak pernah dipuji terganggu perkembangan emosinya dan turut mempengaruhi karekter dirinya kelak.
Gunakan pujian dalam teguran dalam didikan.
Pujian juga adalah sumber galakan kepada anak-anak untuk melakukan perkara-perkara yang baik terutama dalam pembentukan persepsi (tasawur) kehidupannya.
Contohnya, jika anak menyusun semula permainannya selepas bermain, pujilah anak kita seperti ‘pandai abang kemas, baguslah anak mummy’.
Apabila anak mendengar pujian ini setiap kali dia menyusun permainannya selepas bermain, dia akan terangsang untuk terus meneruskannya setiap kali selepas bermain untuk memperoleh habuan pujian daripada mummy atau daddynya.
Ini merupakan salah satu proses pembelajaran yang digunakan untuk anak-anak bagi melengkapkan persepsi kehidupannya. Apabila pujian diberikan sebagai galakan kepada mereka membuat perkara-perkara baik. Teguran turut perlu dilakukan supaya anak dapat mengetahui sesuatu perkara itu tidak wajar dilakukan.
Untuk anak-anak yang masih kecil, tiga tahun ke bawah, Gunalah cara memujuk dan bermain dengannya kerana anak-anak kita dapat memahami apa yang dimaksudkan. Gunakan pujian dalam teguran. Contohnya, untuk ajak anak masuk ke rumah selepas bermain, pujuk anak untuk masuk ke dalam rumah, ajak anak lumba lari ke dalam rumah.
Untuk anak yang lebih dewasa yang sudah mampu berfikir, boleh gunakan ketegasan kemudian rasionalkan kembali apa yang kita lakukan dan jangan lupa puji anak tadi untuk apa yang baik yang telah dilakukan supaya anak tidak akan terkeliru dengan apa yang dimaksudkan oleh ibu dan ayahnya dalam proses mendidik.Apa yang baik dipuji dan baik untuk dilakukan, yang tidak baik ditegur dan perlu dijauhkan.
Sebaliknya, jika parent jarang memuji hanya menegur sahaja, anak akan membentuk persepsi, parent mereka mengongkongnya dan menyekat segala perbuatannya. Bantulah anak-anak untuk memahami tindakan yang kita lakukan.
Buat super parent yang dihormati kerana ALLAH SWT,
Dalam mendidik anak menuntut kesabaran yang tinggi. Aqma juga tak sabar untuk menempuh alam sebegini. Sebelum menuturkan sesuatu perkataan, kita perlu berfikir dahulu kerana apa yang dituturkan oleh setiap parent bakal memberi kesan kepada perkembangan emosi dan minda anak-anak.
Anak-anak, permata yang amat berharga, merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. Untuk menghasilkan permata yang sentiasa berkilau lagi berkilat, kita perlu rajin mengilatkannya setiap hari tanpa gagal.
Semoga super parents keseluruhannya berusaha untuk mendidik anak-anak ini agar menjadi soleh dan solehah, muslih dan muslihah tanpa mengenal erti jemu dan putus asa. Aqma juga sedang persiapkan diri untuk menghadapi hari-hari sebegitu jika diizinkan ALLAH S.W.T.
Anak-anak, permata yang amat berharga, merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. Untuk menghasilkan permata yang sentiasa berkilau lagi berkilat, kita perlu rajin mengilatkannya setiap hari tanpa gagal.
Semoga super parents keseluruhannya berusaha untuk mendidik anak-anak ini agar menjadi soleh dan solehah, muslih dan muslihah tanpa mengenal erti jemu dan putus asa. Aqma juga sedang persiapkan diri untuk menghadapi hari-hari sebegitu jika diizinkan ALLAH S.W.T.
Insyaallah... Doakan yang terbaik buat semua...
P/S: Gambar-gambar di atas adalah ketika we ols sambut dan visit our new born preety Humairah di DEMC. Buat mummy yang gundah gulana di luar sana, tenang ya... Semoga ALLAH memberi petunjuk dan permudahkan jalan dalam mendidik dan membimbing si kecil yang sedang membesar. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin....
No comments:
Post a Comment