Friday, 11 May 2012

La Tahzan, HATI yang sakit...


Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Allah aturkan antara kita 1 pertemuan telah ditetapkan 2 HATI..
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa iaitu SAYANG,KASIH,dan KASIHAN..

Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan iaitu KENALAN,BERTEMAN,BERKAWAN dan BERSAMA..

Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan iaitu TEMAN BAIK SELALU DI SISI..

Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu 

SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, dan MENGINGATI..

Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu ''SAHABAT"


Mengenang perkataan "SAHABAT" pertama kali dalam hidup Aqma mempunyai hubungan per"sahabat"an yang unik.... Tak pernah seumur hidup melalui fasa yang jauh lain dari yang lain... Dalam hati terdetik, kalaulah dari dulu melalui fasa begini dan memahami fitrahnya perhubungan... Tentu tenangnya hati dan hati tak pernah dilukai....

Namun segalanya adalah aturan dari Yang Maha Esa... Mengajar kita erti dewasa... Kalau tak pernah melalui fasa yang dulu tentunya hati ini membuta tuli tak kenal erti gelagat manusia... Alhamdulillah syukur kerana diberi limpah kurnia-Nya... Kesempatan untuk memupuk diri menjadi muslimah yang Istiqomah dalam segala hal membuatkan hati ini bertambah kuat untuk tidak melayarkan hati dari terus menjadi mati....

Allah Maha Kuasa, Allah Maha Besar, Allah Maha Penyayang...
Di turunkan segala ujian... Agar diri ini kekal mengingati-Nya.. 
Di lemparkan pelbagai dugaan... Agar hati tegas berzikir dan bertahmid mengingati-Nya...
Di humban dengan tujahan perasaan... Agar belajar fitrahnya wanita letak dimana...
Di hambur dengan hambatan kesakitan.. Agar diri ini terus menjaga hati dari terus disakiti...

Terlalu lemah kalau mahu dinyatakan segalanya di sini...
Kerana khilaf yang lalu tak usah diungkap kerana aibnya tak elok di singkap....
Cumanya Aqma suka untuk berkongsi emosi juga perasaan tatkala mengenangkan terlalu ramai yang mengadukan hal yang lebih kurang sama jalan ceritanya... Itulah dunia wanita yang tak pernah habis dan lekang dari segala pergolakan hati dan perasaan.... 

Terkadang hati simpati melihat mereka begitu, namun sebagai Muslimah, tak salah kita menghulur segala apa yang kita mampu untuk membantu kan.. Bukan dengan wang ringgit, tetapi dengan kata-kata penguat hati serta sokongan yang tak pernah berbelah bahagi, cukup untuk membuatkan hati mereka kembali berseri.. Insyaallah...

Dikesempatan ini, di saat Aqma terlebih rajin menaip segala. Mohon agar setiap muslimah.. Jagalah "HATI" anda dari terus di sakiti dan dihenyak dengan tujahan perasaan dalan cinta yang belum tentu status hujungnya... Jalani relationship yang bebas dari sebarang ancaman perasaan... Percayalah... Anda akan merasa lebih beruntung punyai seorang "SAHABAT" dari seorang teman lelaki yang menyakitkan hati... Hehehe, ewwww, terasa direct sangat ayat ituew... Tapi tak pe, harapnya ia terkesan di hati semua...

Owh buat 'akhi' di luar sana... Jangan sesekali menyakiti hati 'ukhti' yang lemah... Kerana kami dicipta dari tulang rusuk mu... 

"Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga.."

La Tahzan ya sayang-sayang Aqma yang sedang sakit dan lemah menahan perasaan....
Kuatkan hati... Kuatkan semangat... Allah bersama dengan kita....

Syukurlah dengan apa adanya...
Percayalah anda akan lebih tenang andai per"Sahabat"an anda dijalani dengan landasan yang betul...
Buat "SAHABAT" Aqma yang tak kenal erti lelah.. Allah akan berikan yang terbaik buat kita...
Tanggungjawab kita untuk terus memohon petunjuk dari-Nya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...