Sunday, 27 May 2012

Bicara CINTA Anak Muda - Di Mana Cinta Kita


Alhamdulillah, buat teman-teman yang aqma kasihi kerana ALLAH S.W.T...
Usai sudah majlis Forum Bicara Cinta Anak Muda: Di Mana Cinta Kita? Yang terdiri daripada panel-panel yang dikenali ramai. Syukur kerana ALLAH masih menyayangi diri yang kerdil ini dan diberi nikmat kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu seperti ini....

Insyaallah apa yang telah di dengar bakal di kongsi bersama...



Ustaz Syed: 
Cinta yang sebenar hingga ke akhirat...
Our end is Akhirat...
Our end is Syurga ALLAH...
Pejuang cinta sebenar adalah Nabi Muhammad S.A.W
Tanda kita cintai seseorang:
  1. Kita MENYAYANGI orang yang dicintai.
  2. Cinta berkait dengan KEPERCAYAAN.
  3. Bila ada cinta tentu akan ada PENGORBANAN.
  4. Cinta sebenar adalah atas dasar mencari KEREDAAN Sang Pencipta CINTA iaitu ALLAH S.W.T.
Realitinya hidup bercinta pada masa kini sangat membimbangkan kerana ia bersulamkan nafsu serta keghairahan memiliki teman. Jangan pandang terlalu jauh, kerana aqma sendiri juga pernah terjerat di lembah itu... Bila mengenangkan segalanya kembali pasti air mata menitis tanpa sedar. Sedih, bukan kerana di tinggalkan atau meninggalkan, tetapi sedih kerana ilmu di dada terlalu dhaif, sehinggakan kita sendiri tidak mampu membezakan CINTA FITRAH yang secara langsungnya bertukar menjadi CINTA FITNAH.. Masyaallah...

Pujuklah Diri, Lepaskan Dia Pergi..


Mencintai dan dicintai. Fitrahnya, suatu kemestian buat seorang insan. Hadirnya perasaan ini mungkin di kala ketidakmatangan dalam menilai cinta yang sejati. Namun, saat hati sudah pulang kepada Tuhan, cinta itu kembali bertandang dan berbunga semula. Ia mengundang 1001 kecelaruan.

Kenangan manis mahu pun sejarah hitam begitu asyik berputar menenggelamkan prinsip "bercinta selepas nikah". Bukan mudah diusir. Bukan mudah melupakan. Hanya Allah yang Maha Tahu betapa sengsara dan laranya hati menanggung seksa keseorangan.

Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan :

"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat."

Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata : "Jika cintamu benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu."

Hasil didikan (tarbiyyah) cinta dusta mengajar kita untuk tidak berpaling ke lembah hina itu lagi. "Putus cinta dan mahu bercinta kembali" perlu dibuang jauh-jauh. Nyahkan dari fikiran! Hapuskan dari hati!

Lihatlah wahai hamba kesayangan Allah, Allah mahu ajar kita, mahu didik kita, mahu tarbiyyah diri kita, betapa cinta sebelum nikah adalah hina. Mudahnya diri terperangkap dalam noda dan dosa. Asmara itu tidak bernafsu ketika akad. Kerana kesuciannya telah dibunuh hidup-hidup oleh kata-kata manis sang jejaka.

Ya! Mungkin kita cair dengan pujukan dan keindahan rupa si dia, tetapi itu tidak menjanjikan kebahagiaan selamanya yang kita cari. Hati kita sebenarnya tidak puas! Tidak puas menagih cinta dan kasih sayang manusia.

Cubalah renungkan kembali. Air mata kita begitu murah hanya kerana cinta manusia! Lemahnya diri tertawan dengan janji-janji si mulut manis. Tubuh badan diratah, maruah tergadai dan akhirnya kita ditinggalkan dengan bodoh sekali apabila sudah muak dan bosan. Andai itu tidak terjadi, bersyukurlah. Tetapi jika sebaliknya, bagaimana?

Manusia memuja muji kekasih kerana tidak kenal Allah. Mereka keliru cinta mana yang harus dipuja. Justeru, tatkala iman dan kepercayaan tidak utuh, seorang hamba akan dikepung syahwat dari seluruh arah, dikelilingi sifat keliru dari semua penjuru, semua itu akibat dari kelemahan ilmu dan ketumpulan mata hati. Maka yang yang dituntut ialah penyesalan. Sesallah sekarang sebelum kita disesalkan kelak.

Oleh itu, siapkanlah jiwamu untuk dicuci, pujuklah diri dengan mendekatkan diri kepada Allah dan orang-orang soleh, pupuklah diri dengan tarbiyyah yang betul, kekanglah dari segala kehendak dan alat yang boleh menjerumuskan diri ke lembah terkotor itu lagi.

Jika Facebook menjadi punca luka berdarah kembali, block/deletekan sahaja dia daripada akaun kehidupanmu! Tukarlah nama atau profile yang baru.

Jika handphone menjadi punca kegersangan cinta, tukar sahaja nombor yang baru tanpa berfikir dua kali! Lemparkan sahaja semua gambar dan kenangan bersamanya di dalam longkang najis! Bukanlah membenci, tetapi tegas dalam prinsip!!!

Jika dirinya hadir melintasi fikiran, ambillah sejadah, rendahkan dahi menyembah bumi, ciumlah haruman syurga segar mewangi sedang menanti doa-doamu sebagai tetamunya. Allah SWT, Tuhan kita yang telah lama dipinggarkan juga tidak putus menunggu air mata untukNya. Ketagih berbicara dengan hambaNya dengan taubat dan penyesalan yang mendalam.


Hakikatnya, kata-kata ini tidaklah sehebat mana jika dibandingkan ayat-ayat cinta dari langit. Tentu sahaja semangatnya tidak konsisten dan tidak begitu mendamaikan hati yang sedang lara dan keliru. Pujuklah diri, renungkan dalam-dalam dan ajarlah hati untuk menjiwai setiap bait kata-kata Allah ini.

Firman Allah SWT : "Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang MENJAUHKAN DIRI dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang MEMELIHARA KEMALUANNYA kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi sesiapa yang DICARI BALIK itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang MELAMPUI BATAS. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi (SYURGA) FIRDAUS. Mereka KEKAL didalamnya." (Surah al-Mukminun ayat 1-11)

Bukankah itu lebih mengghairahkan?

Pesan seluruh panel buat anak muda kini...

IRMA HASMIE:
Pasakkan niat bercinta kerana ALLAH hingga membawa ke Jannah
Insyaallah, indah cinta itu kerana ALLAH.

WARDINA:
Cintai diri kita sebelum kita mencintai orang lain.
Jangan mengemis kerana cinta
Jangan bergantung perasaan cinta kepada manusia untuk terus hidup, nescaya kita akan hilang arah apabila ianya hilang dimata.

SYAM KAMIKAZE:
Ikuti sunnah Rasulullah S.A.W
Cabaran bercinta era kini amat hebat.
Nilaikan cinta dan letakkan ia pada sudut yang benar berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

USTAZ SYED:
Hati manusia disatukan dengan iman kepada Allah S.W.T
Jika ingin menjadi seorang suami, perlulah menyayangi Allah dahulu. Begitu juga bagi wanita yang ingin menjadi seorang isteri.

MODERATOR AMIN:
Jika ingin berjaya perlulah ada matlamat yang BESAR...
Bagaimana ingin tahu matlamat yang kita angankan itu adalah besar?
Ceritakan matlamat kita kepada rakan-rakan. Jika mereka kata "gila / tak mungkin / mengarut"
Itu tandanya MATLAMAT yang diangankan itu besar! Insyaallah....

Pendek kata. Penutup malam Forum Bicara Cinta Anak Muda - Dimana Cinta Kita? ini memberi jawapan kepada diri aqma sendiri untuk terus kekal mencintai ALLAH S.W.T dan insyaallah nikmatnya dan hikmahnya akan menyusul kemudian tanpa kita sedar... Jam 12 Tengah Malam jugalah aqma baru dapat sampai kerumah... 

Alhamdulillah, serba sedikit ilmu yang di peroleh malam semalam dapat aqma kongsikan bersama buat pembaca lelap di luar sana.... Terima kasih MAJALAH I kerana mengadakan forum sebegini, secra tidak langsung dapat mendidik minda dan pemikiran anak-anak muda dalam mencari cinta...


Owh, lupa nak sharing ending forum berakhir pabila Abg Syam Kamikaze memetik gitar menggarap lagu "Ketika Cinta Bertasbih". Sangat taouching... Owh Abang Moderator Amin kita sempat menyumbangkan suara buat audience. Boleh tahan suaranya... Hehehe...


Aqma dah gemukssss... Owh noooo.... Napa muka nampak sangat besooo dalam gambar... HELP!
 Insyaallah bakal ada forum ini lagi di lain masa.... Jangan ketinggalan untuk join ya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...