Bersikap hati-hati dan berusaha yang disertai dengan tawakkal kepada Allah adalah salah satu jalan menuju kebahagiaan. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sendiri selalu memperlihatkan kewaspadaan dalam perang dengan memakai baju besi, padahal kita tahu Rasulullah saw adalah manusia yang paling bertawakkal kepada Allah.
Salah seorang sahabat bertanya kepadanya:
"Apakah saya harus mengikat unta saya,wahai Rasulullah atau bertawakkal sahaja?"
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Ikatkanlah ia terlebih dahulu, barulah bertawakkal"
Berusaha dan bertawakkal kepada Allah adalah prinsip tauhid; meninggalkan usaha dan hanya bertawakkal kepada Allah adalah sebuah kekeliruan dalam memahami syariat; sedangkan berusaha saja tanpa tawakkal kepada Allah adalah kekeliruan dalam memahami tauhid.
Ibnul Jauzi menceritakan bahawa ada seorang lelaki yang memotong kukunya, kemudian ia lalai hingga mengakibatkan kematiannya. Ini adalah disebabkan kerana ia tidak berhati-hati dan berwaspada. Ada pula seorang lelaki pernah masuk kandang keldai sardan. Kerana tidak berhati-hati maka dia disondol oleh keldai itu dan terus meninggal dunia.
Diceritakan bahawa Thaha Husain, seorang penulis terkenal Mesir, selalu berkata kepada pemandunya:
"Jangan memandu kereta ini terlalu laju, agar lebih cepat sampai ke tempat tujuan"
Ini merupakan terjemahan secara praktikal dari sebuah peribahasa yang berbunyi: 'Terburu-buru itu justeru sering menciptakan kelambatan'
Seorang penyair mengatakan:
Seorang yang bertindak perlahan terkadang dapat mencapai tujuannya
Orang yang tergesa-gesa terkadang mengalami ketergelincir
Berwaspada dan berhati-hati supaya tidak bertentang dengan ketentuan Allah,
bahkan termasuk dari ketentuanNya.
... dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut... (Al-Kahdi:19)
... dan Dia telah menjadikan untuk kalian pakaian yang dapat melindungi tubuh kalian dari panas (dan dingin) dan pakaian (baju besi) yang dapat melindungi tubuh kalian (dari senjata musuh) di Medan perang... (An-Nahl:81)
Baru-baru ini seorang muslimat datang mengadu kepada aqma.. Yang menyentuh hati... Birthday kami sama, minat dan kegemaran kami juga sama, paling mengharukan pabila jalan cerita hatinya retak beribu pun seakan sama seperti perjalanan aqma yang dulu... Sangat meruntun bila dia terlalu down hinggakan dunia seakan-akan gelap buat dia di hadapan nanti...
"Ya Allah, Kau berilah wanita ini kekuatan dan kau peliharalah hatinya untuk terus tawaduk dan istiqomah atas kifarah yang telah Kau berikan buatnya.
Amin Yarabbal 'Alamin..."
Aqma juga pernah lalui saat-saatnya hati ini jatuh dan sakit. Tapi tak sanggup rasanya kalau teman terdekat apatah lagi saudara sendiri mengalami kesakitan yang sebegitu. Namun, ianya lumrah kehidupan sayang. Yang lepas itu jadikan pengajaran. Ya benar, ianya sakit dan terlalu perit.... Tapi adakah dia kisah kalau kita terlalu sakit hingga jatuh begitu? Tak usah di kenang ya sayang... Life must go on... Kamu semuanya chantek... Mungkin orang yang lepas tak sedar akan kecantikan luar dan dalam kamu, kerana dia bukan tercipta untuk kita... Sudah tentu berkemungkinan kita bukan pemilik tulang rusuknya, sudah tentu dia tak nampak dan tak sedar akan diri kita. Tapi insyaallah si pemilik tulang rusuk yang ada pada kita akan nampak kecantikan kamu itu ya sayang... Jangan pernah berhenti berdoa ya sayang....
"Kak...betapa kuatnya hati akak sekarang...saya dpt rasakan dr kata2 akak..saya nak jadi cm akak"
"Saya admire akak...alhamdulillah"
"Harap one day can b like u"
"Betul...."
"Alhamdulillah.bukan semua orng leh jadi cm akak..bersyukur n happy for u..ye la kak pun cantik n kurus je..senang org nak suka.."
Rentetan daripada perbualan yang lepas. Masyaallah, sampai begitu sekali muslimat ni kata dekat aqma... Aqma hanya mampu bantu yang terdaya je sayang... Selebihnya hanya usaha dari awak juga dengan kuasa Allah. Kuatkan hati dan cekalkan semangat untuk menghadapi kifarah dari Allah dengan hati yang tenang.. Kak aqma doakan kebahagiaan buat kamu agar kamu di pertemukan dengan bakal zauj yang menerima dirimu seadanya...
"Appreciate ur advise.i need someone like u to share with..."
"Mmg untung rase diri ni borak ngan kak aqma n share stories.."
Allah membuka jalan buat mu sayang... Di saat kamu stuck, suddenly borak dengan kak aqma, dan tak disangka-sangka cerita kita hampir sama... Dan alhamdulillah sedikit sebanyak jalan penyelesaian buat mu seakan terbuka apabila kita berbual... Semuanya aturan yang telah di tetapkan ALLAH sayang... Alhamdulillah... Ini dia sedikit sharing buat si patah hati... Salam...
P/S: Terima kasih tuan punya gambar... Dia tak mahu di credit mention kan... Jadi aqma thanks di akhir entri ini... Hhehehe...
No comments:
Post a Comment