Friday 6 April 2012

hati ini tidak kuat

Credit Photo By Sis Arisu Hassan Carlos

"Ya Allah tetapkanlah kami dalam jalan istiqamah dan lindungi kami di dunia ini daripada perkara yang mengakibatkan penyesalan kami pada Hari Kiamat..." 


“Ya Allah, ringankanlah bebanan dosa kami di akhirat dan kurniakanlah kami kehidupan hambamu yang baik-baik..."

“Ya Allah, jauhkanlah kami daripada segala kejahatan orang- orang yang jahat..."


"Ya Allah, lepaskanlah leher kami ini dan leher ibu bapa kami dan seluruh saudara kami yang lelaki mahupun perempuan daripada belenggu api neraka..."

“Semuanya itu dengan berkat rahmat-Mu yang Maha Mulia, Yang Maha Mengampuni, Maha Pemurah, Maha Menutup Keaiban Orang Lain dan Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Perkasa..."

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Tuhan yang merupakan segala permulaan daripada segala permulaan dan yang kemudian daripada segala yang kemudian..."

“Wahai Tuhan yang mempunyai kekuatan yang sangat kukuh dan Tuhan yang Mengasihi orang- orang yang miskin dan Tuhan yang terlebih kasih sayang daripada orang yang berkasih sayang. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan-Mu...”

Hati bermaksiat apabila tidak mengendahkan kemaksiatan berlaku di hadapan mata. Kau jua terkena fitnahnya. Tempias dosa kerananya. Sebab apa? Sebab mata hati sudah terbiasa-biasa dengan pemandangan maksiat, tidak pernah cuba untuk bersama mengingatkan..."




"...Ya Allah, Kau angkat dan perkenankanlah doa kami
terimalah taubat kami
jangan biarkan diri kami terus alpa dengan keseronokan dunia
jangan biarkan diri kami tersilap langkah
KAU pimpinlah kami dalam kami meneruskan perjalanan ini
dan berilah ingatan pada kami melalui ujianMu
agar kami tidak terlena dek kesenangan dunia
kerana hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaMu..."


Amin ya Rabbal'alamin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...