Thursday, 30 August 2012

YA ALLAH... Sakitnya....

YA ALLAH... Sakitnya....

"Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…"



Ya ALLAH... Hari ni adalah hari menangis, air mata dan hari mata bengkak....
Bukan kerana bebanan di pejabat, bukan kerana tekanan di sekeliling, bukan kerana kawan-kawan yang tak ambil pusing, bukan kerana keluarga yang sentiasa menenangkan, bukan kerana bebanan hutang PTPTN, bukan kerana business yang sedang berjalan, bukan juga kerana kematian... Bukan... bukan... bukan... dan semestinya bukan....

Tapi hari ini sekali lagi aqma seolah-olah gagal buat kali yang entah keberapa kalinya...
Gagal dalam setiap harapan bersulamkan impian. Terasa hati mahu menjerit melepaskan bebanan perasaan, tetapi siapa yang mahu mendengar...? Terasa hati mahu meluahkan, tetapi siapa yang mahu melayan? Terasa hati mahu memendamkan perasaan... tetapi bagaimana jika ia berbuku dalam gumpalan perasaan?

Bila terlalu mengharap, segalanya masih belum pasti. Tetapi kalau tak di ambil endah di katakan tak berminat nak mengenali... Alahai hati, mainan perasaan memang menyakitkan... Ia juga menyiksakan... Malah ia menyesakkan... Entah kenapa sekali lagi diri ini terpaksa berhadapan dengan perkara yang sebegini? Ya ALLAH aku mohon petunjuk MU Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim.....

Telah berkali kali aqma 'shut down lappy' kononnya ingin berpura-pura tidur dengan harapan bangun pagi esok akan terus lupa... Di pejam mata pantas berduka... Di urai angan, pantas berjejeran air mata... Penuh bertakung di lubuk mata... Bagaimana aqma mahu terlena kalau tidur berendam dengan linangan duka bersulam sebak di dada..... Ya ALLAH... Sakitnya....

"Tiada Tuhan melainkan Engkau,
Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau...
Aku memohon keampunan ALLAH yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan ALLAH...
Dialah yang Maha Hidup, Maha Berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya...
Tiada keupayaan (untuk mentaati perintah Mu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi larangan Mu) melainkan dengan keizinan ALLAH yang Maha Besar.
YA ALLAH... AMPUNILAH AKU DAN TERIMALAH TAUBATKU"


Sakitnya, pedihnya hanya ALLAH yang tahu...
Tapi mungkin juga kerana KIFARAH yang sedang dibayar dengan HIKMAH yang berganda... Tiada siapa yang tahu... Hanya perlu tawakal dan berserah kerana ketetapan di taganNYA... Ya ALLAH... Penatnya persaan menangis kerana hati ini... Dah lama aqma tak alaminya sejak beberapa bulan yang lepas... Rakan pembaca lelap sekalian, dah tentu kalian tak pernah lihat jatuhnya perasaan aqma sebelum ni.. Ada juga kata aqma ni tabah dan kental orangnya... MasyaALLAH, aqma manusia biasa... Jatuh bangun terduduk itu pasti... Cumanya cara kita meluah dan mengawal emosi... InsyaALLAH, tujuan entri aqma kali ini tidak berniat apa-apa juga tak bermaksud apa-apa... Cuma monolog di malam hari saat hati sedang berduka mencari punca yang pasti.... Aqma harapkan doa dari kalian... Doakan kita semua di berikan petunjuk dan hidayah serta di permudahkan perjalanannya menuju ke Jannah yang abadi... Doakan agar hati yang gundah gulana serta gusar di beri ketenangan yang abadi... Doa agar perjuangan aqma dalam menanti 'Khalifah Hati' mendapat jawapan yang pasti... Doakan yang terbaik untuk semua kerana doa itu juga akan diturunkan buat kalian yang mendoakan.... InsyaALLAH....Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.....

Wednesday, 29 August 2012

"I want to be like Fatimah Az Zahra"

WAHAI MUSLIMAH JADILAH SEPERTI MEREKA
JADILAH WANITA SECERDIK AISYAH
JADILAH WANITA SETABAH ASIAH
JADILAH WANITA SEIKHLAS UMMU HANI
JADILAH WANITA SETAAT KHADIJAH
JADILAH WANITA SESOLEHAH FATIMAH


Teringat kata-kata Kak Jaja (kakak kesayangan aqma tu) kepada princess-princessnya...
"Amani & Hana nak jadi macam siapa bila dah besar nanti?"
Si kecil yang suci hatinya.... Pantas sahaja menjawab....
"I want to be like Fatimah Az Zahra!!!"
MasyaALLAH... Allah maha besar... Anak sekecil tiga dan empat tahun itu dah pandai menjawab dengan jawapan seperti ini... Terus sebak dalam kekaguman melihat mereka membesar sebegini... Dalam hati aunty qema... Rindu sangat dengan Hana & Amani.... Alahaizzzz....

Semoga puteri-puteri kesayangan mummy & daddy ini akan tertancap gelaran Assidiqah (wanita terpercaya), Athahirah (wanita suci), al-Mubarakah (yang diberkati ALLAH) dan juga tcita-cita untuk menjadi seperti Fatimah Azzahra (bunga yang mekar semerbak) terus mewangi di hati mereka, mummy, daddy dan aunty qema di sini... Hehehe....


P/S: Rindu nak dengar Amani & Hanna berqasidah lagi... Hehehee....


Tuesday, 28 August 2012

ALLAH maha tahu waktu yang tepat & terbaik


Bila nak Kahwin?
Ini antara persoalan normal yang aqma terima dari aunty, uncle, cousin, kawan-kawan, atok & nenek... Nak buat macam mana, umur da semakin menginjak ke usia emas.. Hhehe, sebab tu ramai yang concern... Tapi alhamdulillah syukur, aqma masih diberi ruang dan peluang untuk menghirup udara di bumi ALLAH ini dengan aman dan tenang walau masih tidak berteman...

Rasanya kalau dapat soalan macam tu aqma nak cuba jawab macam di bawah ni lah...
Baru terbaca picisan dialog ini terus merenjat hati... 'Tabah sungguh watak si B'.. Harapnya hati aqma juga setabah itu dan setegar itu.... Sebab tu segala urusan kita harus tawakal dengan ALLAH....

A : Awak nak nikah x ?
B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah
A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH
A : Siapa dia?
...
B : Insyaallah dia adalah lelaki pilihan ALLAH
A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH
A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin je, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya je dgn ALLAH
A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik
A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH
A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres ~

P/S: Harapnya dialog ini bakal memberi inspirasi buat kalian yang sedang berduka lara mahu pun gundah gulana hatinya.... Doakan yang terbaik buat semua ya...

Monday, 27 August 2012

Selepas AKAD...

Salam pembaca lelap yang aqma kasihi kerana ALLAH...
Terasa seperti terlalu lama tidak update segala entri melalui blog aqma ni...
Alhamdulillah aqma sedang melalui fasa kehidupan yang mungkin bakal merubah corak dan rutin harian aqma selepas ini.. Doakan yang terbaik buat aqma ya...

Kebetulan hari ini terbaca blog teman yang lain... Terasa sayu dan hiba lepas menatap post ini...
Buat anda yang aqma kasihi kerana ALLAH di luar sana... Aqma sharing khas buat anda... Buat bride-to-be.. Its a good info's... InsyaALLAH kita boleh apply di kemudian hari... Doakan yang terbaik buat semua...

Lafaz merupakan suatu kata-kata yang diucapkan oleh seseorang bagi menyampaikan maksud yang hendak dikatakan. Dalam perkahwinan, lafaz memainkan peranan penting bagi menjayakan acara akad nikah dan juga memberikan kesan dalam hati atas apa yang diucapkan. Masa kini yakni zaman serba moden, lafaz-lafaz akujanji dan pengakuan makin ditinggalkan serta tidak dipedulikan. Lalu ia tidak memberikan kesan dan impak dalam hati seseorang yang berkahwin. Mari kita lihat dan baca antara lafaz yang baik untuk suatu majlis akad nikah.

1. LAFAZ PENYERAHAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH)

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan membaca:

“Adalah saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin perempuan) yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin (nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagimana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam..”

Kemudian dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan lalu membaca ‘Basmalah’ dan doa berikut:

“Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya.”

2. LAFAZ PENERIMAAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)

Setelah selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami dengan berdoa di dalam hati:

“Ya Allah, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat..”

Kemudian barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin:

“Adalah saya (nama pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin lelaki) dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah s.w.t..”

3. PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB WALI KEPADA PENGANTIN LELAKI (DIBACA OLEH WALI KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)

Dilakukan oleh wali perempuan atau wakilnya dan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab adalah seperti berikut :

“Adalah saya (nama wali pengantin perempuan), wali kepada nama pengantin perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu (nama pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah s.w.t ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin..”

4. PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUAN (DIBACA OLEH IBU KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)
“Anakku (nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah sepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu..”

5. TERIMA KASIH DARI ANAK (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)

“Wahai ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini saya akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam baru yang belum saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan saya selama berada bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah..”

Kemudian salam dan cium tangan ibu ayah.

6. LAFAZ PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI)

“Dengan ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada (nama pengantin perempuan) bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya (nama pengantin perempuan) dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :

1. Memberi nafkah zahir dan batin.
2. Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3. Keselamatan yang terjamin.
4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.

Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha Allah..”


Moga pasangan yang akan bernikah selepas ini dapat mengamalkan lafaz-lafaz di atas agar ia memberikan kesan atas setiap individu yang berjanji akan tugas dan tanggungjawab mereka di alam rumahtangga.

P/S: Niat di hati mahu laksanakan lafaz ini... Tentu hiba dan air mata memenuhi segenap ruang majlis. Yang pastinya, ia bakal tertancap di minda sebagai memori yang paling indah menjadi ingatan buat diri sendiri untuk menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suami kerana ALLAH... InsyaALLAH...

Thursday, 23 August 2012

Ya Ukhti, kenali bakal ZAUJ mu...


Couple bukanlah cara terbaik untuk mengenal pasangan? Entahlah, mungkin ramai yang punyai pendapat sendiri dalam mengenali pasangan sebelum berkahwin... Kalau di senaraikan kisahnya di sini, sure ramai yang tergelak berguling bila membacanya... Hehehe, tapi kali ni aqma tak mahu lah mengeluarkan cerita yang menunjukkan aib sesiapa... Namun ianya boleh menjadi pengajaran buat semua!
Antara bentuk ujian yang cik abang akan lakukan kepada cik adik di luar sana... (Ini antara kisah yang aqma pernah terdengar/terbaca/terlihat/tertahu daripada sumber-sumber yang ada keliling kita) 
- Cuba ke shopping complex dan lihat keterujaan seseorang perempuan tu bagaimana...
- Melihat tindakan mahu pun helah perempuan apabila diberitahu wallet cik abg tertinggal di rumah...
- Lihat sama ada pasangan alert atau tidak tentang masuknya waktu solat...
Macam-macam bentuk ujian yang aqma pernah dengar...
Tapi yang pastinya budaya couple tidak akan membawa mana-mana pasangan mencapai visi dan misi dalam membina masjid di kemudian hari...
Jadi..... Ikuti beberapa tips di bawah untuk bekalan wanita muslimah dalam mencari khalifah hati yang bakal menjadi tunggak dalam keluarga suatu hari nanti...

Jadi, bagaimana cara seorang muslimah nak mengenali bakal suaminya?

Dalam Islam, ada konsep merisik. Maksud merisik di sini, kamu minta wali kamu samada abang, ayah atau datuk, tanya kawan-kawan atau jirannya tentang dia. Jadi, dia tiada peluang untuk menipu. Kamu juga boleh stalk facebook dia untuk tengok cara dia bercakap dan melayan perempuan lain di facebook. Akan tetapi, kita hanya mampu berhukum apa yang luaran, kerana Allah lebih tahu maksud dalaman seseorang. Maka, benda luaran yang boleh kita nilai sebagai kayu ukur, yang paling penting sekali ialah cara dia tawarkan cinta. Kalau caranya itu tidak meletakkan Allah nombor satu, bermakna dia hanya persembahkan cinta yang rapuh dan sementara. Cinta tersebut tidak akan memberi kebahagiaan.

Cinta itu boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Contohnya, jika dia tawarkan cinta kerana kecantikan anda, tidak mustahil nanti dia akan menjadi suami yang bermata keranjang. Begitu juga dengan lelaki. Jika perempuan tawarkan cinta kerana terpesona dengan kekayaan anda, jangan terkejut jika nanti dia menjadi seorang isteri pisau cukur dan materialistik. Jika suami dipecat kerja, dia tidak mampu nak hadapi susah senang bersama. Itulah bahayanya jika kita ambil sebab-sebab yang sementara kerana sebab sementara itu boleh lenyap. Bercintalah hanya kerana akhlak dan agamanya dan yang paling penting kerana Allah.

Masalah keruntuhan rumahtangga sebenarnya boleh dielak mulai sekarang. Kalau kita bercinta sebelum nikah, syaitan akan jadikannya sebagai modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga kita. Contohnya, jika kita berkahwin dengan orang yang kita couple, kita akan dapat azab curiga. Kita akan rasa sangsi dengan kesetiaan suami kita. Kerana sebelum berkahwin pun dia sudah berani mengorat anak dara orang (iaitu anda). Sebelum bernikah pun dia sudah berani membuka jalan-jalan menuju zina, apatah lagi selepas berkahwin.

Dan kalau kita bernikah dengan orang yang bukan kekasih kita dulu, akan ada sifat membanding-bandingkan yang mana lebih bagus. Bila ada kenangan lampau, susah untuk kita melupakannya. Itulah bahana ber'couple' sebelum nikah walaupun kita masih boleh berusaha untuk melupakannya. Sedangkan tidak adil kita membandingkan seorang suami dengan seorang kekasih. Sebab masa berkasih, yang kita cari hanya keindahan dan keseronokan. Setelah berkahwin, kita kenal kelemahan dan kebaikannya. Jadi, kita mesti cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia. Bersedia untuk terima dia seadanya dan hidup susah senang bersama.

Jadi buat teman-teman di luar sana....
Pilihan di tangan anda... Yang pastinya bila hati telah tertarik dan tertawan, tawakkal dan berserah sepenuhnya kepada ALLAH... Bukan memaksa diri dan hati untuk mencari keserasian... Bukan sabar dalam mencari persamaan... Bukan memberi masa dan memaksa pasangan/kawan untuk menerima diri dan terus dibawa berjumpa keluarga... Bukan hanya berkenalan untuk mengenali buruk dan baik pasangan lantas terus-terusan membandingkan, bila ada satu perkara yang tidak di jangka, terus terusan senyap dan membisu diam tak berbicara, meninggalkan dia tanpa kata...

Kesian...
Buat lelaki mahupun perempuan... Hentikanlah mainan perasaan yang tiada penghujungnya...
Kesian buat perempuan yang telah meletakkan hatinya dan harapannya pada mulut manis dengan janji palsu... Kesian buat lelaki yang dah meletakkan harapan pada si dia yang tiada terniat untuk menuju ke arah yang sama... Mari kita sama-sama memohon petunjuk dari ALLAH....
Letakkan kecintaan pada ALLAH, insyaALLAH bakal ketemu jawapannya suatu hari nanti....
Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin...

Wednesday, 22 August 2012

MEMORIES remain...

"Tidak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman,tidak perlu seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar,mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tidak setulus Zulaikha,mengapa di damba teman hidup sehebat Khadijah andai diri tidak sesempurna Rasulullah s.a.w"

Cara MUDAH untuk merebut PAHALA


Cara senang untuk dapatkan pahala walaupun selepas mati :
  • Pasang kipas di surau / masjid walaupun sekali, setiap kali orang guna, anda akan dapat pahala walau selepas mati.
  • Derma kerusi roda di hospital. Setiap kali pesakit guna, anda akan dapat pahala.
  • Beri baju kepada orang, setiap kali orang pakai, anda dapat pahala.
  • Beri makanan kepada orang, anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.
  • Menyampaikan ilmu yang bermanfaat, selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada.
  • Kongsi mesej ini kpd orang ramai. Walaupun sekali tolong kongsikan kepada orang, anda akan dapat pahala sebab anda telah berdakwah untuk sampaikan ilmu...
Wallahualam ♥

Wednesday, 15 August 2012

Ya Allah, terimalah puasa ku...


" Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.

Seandainya masih ada padaku dosa yang belum Kau ampuni atau dosa yang menyebabkan aku diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya wahai Zat Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.

Ya Allah, terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan, maaf, kemurahan, pengampunan, dan hakikat keredhaanMu. Sehingga Kau memenangkan aku dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Kau curahkan di bulan ini.

Selamatkanlah aku di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam atau dosa yang terus-menerus. Demikian pula, dengan rahmatMu golongkanlah aku ke dalam orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) malam al-Qadar. Malam yang telah Kau tetapkan lebih baik dari seribu bulan dalam keagungan ganjaran, kemuliaan perbendaharaan, keindahan syukur, panjang umur, dan kemudahannya yang berterusan.

Semoga perpisahanku dengan bulan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan pula akhir pertemuanku. Sehingga aku dapat kembali bertemu pada tahun mendatang dalam keadaan penuh keluasan rezeki dan keutamaan harapan."

Amin Ya Rabbal'alamin..

Tuesday, 7 August 2012

Hidup adalah untuk diuji...


Bila membelek satu persatu facebook teman-teman, akan ada sesuatu yang mencuit-cuit hati untuk aqma berkongsi tiap hari bersama dengan anda. Oleh kerana petikan kali ini terlalu panjang, jadi aqma kongsikan petikan yang menujah  minda dalam menganjak paradigma minda teman-teman pembaca lelap yang aqma kasihi kerana ALLAH... Hayati catatan dari seorang teman yang di ambil petikannya menerusi Ustaz Pahrol.... It's inspiring...

via Ustaz Pahrol:

"Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…

Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna.

Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.

Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.

Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”

Saudara/i, pembaca… maafkan aku, ketika terlalu sibuk ‘menguruskan’ diri sendiri, aku kehilangan daya untuk terus berkongsi. Bukan kerana mementingkan diri, tetapi begitulah sunnatullah dalam perjalanan hidup… apa yang bergolak di dalam kadangkala menyebabkan segala yang di luar menjadi bungkam.

Namun, mana mungkin kita lari daripada tanggung jawab dan peranan? Lalu, kugagahi juga untuk berbicara… Bicara tentang ujian. Bicara tentang bahagia. Bicara tentang iman… "







P/S: Gambar diambil semasa shooting untuk Majalah I... Teman yang bersama aqma tu adalah salah seorang team promo mags, mungkin dah berpunya kalau tak silap.. Aqma je yang masih bujang, Ahaks! (Promote diri nampak..) Abaikan... Thanks Kak Sarina, Eqin & seluruh team Majalah I, kerana mempercayai kami untuk menjadi  pelakon / model bidan terjun mags anda!' Hehhehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...