YA ALLAH... Sakitnya....
"Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…"
Ya ALLAH... Hari ni adalah hari menangis, air mata dan hari mata bengkak....
Bukan kerana bebanan di pejabat, bukan kerana tekanan di sekeliling, bukan kerana kawan-kawan yang tak ambil pusing, bukan kerana keluarga yang sentiasa menenangkan, bukan kerana bebanan hutang PTPTN, bukan kerana business yang sedang berjalan, bukan juga kerana kematian... Bukan... bukan... bukan... dan semestinya bukan....
Tapi hari ini sekali lagi aqma seolah-olah gagal buat kali yang entah keberapa kalinya...
Gagal dalam setiap harapan bersulamkan impian. Terasa hati mahu menjerit melepaskan bebanan perasaan, tetapi siapa yang mahu mendengar...? Terasa hati mahu meluahkan, tetapi siapa yang mahu melayan? Terasa hati mahu memendamkan perasaan... tetapi bagaimana jika ia berbuku dalam gumpalan perasaan?
Bila terlalu mengharap, segalanya masih belum pasti. Tetapi kalau tak di ambil endah di katakan tak berminat nak mengenali... Alahai hati, mainan perasaan memang menyakitkan... Ia juga menyiksakan... Malah ia menyesakkan... Entah kenapa sekali lagi diri ini terpaksa berhadapan dengan perkara yang sebegini? Ya ALLAH aku mohon petunjuk MU Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim.....
Telah berkali kali aqma 'shut down lappy' kononnya ingin berpura-pura tidur dengan harapan bangun pagi esok akan terus lupa... Di pejam mata pantas berduka... Di urai angan, pantas berjejeran air mata... Penuh bertakung di lubuk mata... Bagaimana aqma mahu terlena kalau tidur berendam dengan linangan duka bersulam sebak di dada..... Ya ALLAH... Sakitnya....
"Tiada Tuhan melainkan Engkau,
Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau...
Aku memohon keampunan ALLAH yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan ALLAH...
Dialah yang Maha Hidup, Maha Berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya...
Tiada keupayaan (untuk mentaati perintah Mu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi larangan Mu) melainkan dengan keizinan ALLAH yang Maha Besar.
YA ALLAH... AMPUNILAH AKU DAN TERIMALAH TAUBATKU"
Sakitnya, pedihnya hanya ALLAH yang tahu...
Tapi mungkin juga kerana KIFARAH yang sedang dibayar dengan HIKMAH yang berganda... Tiada siapa yang tahu... Hanya perlu tawakal dan berserah kerana ketetapan di taganNYA... Ya ALLAH... Penatnya persaan menangis kerana hati ini... Dah lama aqma tak alaminya sejak beberapa bulan yang lepas... Rakan pembaca lelap sekalian, dah tentu kalian tak pernah lihat jatuhnya perasaan aqma sebelum ni.. Ada juga kata aqma ni tabah dan kental orangnya... MasyaALLAH, aqma manusia biasa... Jatuh bangun terduduk itu pasti... Cumanya cara kita meluah dan mengawal emosi... InsyaALLAH, tujuan entri aqma kali ini tidak berniat apa-apa juga tak bermaksud apa-apa... Cuma monolog di malam hari saat hati sedang berduka mencari punca yang pasti.... Aqma harapkan doa dari kalian... Doakan kita semua di berikan petunjuk dan hidayah serta di permudahkan perjalanannya menuju ke Jannah yang abadi... Doakan agar hati yang gundah gulana serta gusar di beri ketenangan yang abadi... Doa agar perjuangan aqma dalam menanti 'Khalifah Hati' mendapat jawapan yang pasti... Doakan yang terbaik untuk semua kerana doa itu juga akan diturunkan buat kalian yang mendoakan.... InsyaALLAH....Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.....
No comments:
Post a Comment