Thursday 23 August 2012

Ya Ukhti, kenali bakal ZAUJ mu...


Couple bukanlah cara terbaik untuk mengenal pasangan? Entahlah, mungkin ramai yang punyai pendapat sendiri dalam mengenali pasangan sebelum berkahwin... Kalau di senaraikan kisahnya di sini, sure ramai yang tergelak berguling bila membacanya... Hehehe, tapi kali ni aqma tak mahu lah mengeluarkan cerita yang menunjukkan aib sesiapa... Namun ianya boleh menjadi pengajaran buat semua!
Antara bentuk ujian yang cik abang akan lakukan kepada cik adik di luar sana... (Ini antara kisah yang aqma pernah terdengar/terbaca/terlihat/tertahu daripada sumber-sumber yang ada keliling kita) 
- Cuba ke shopping complex dan lihat keterujaan seseorang perempuan tu bagaimana...
- Melihat tindakan mahu pun helah perempuan apabila diberitahu wallet cik abg tertinggal di rumah...
- Lihat sama ada pasangan alert atau tidak tentang masuknya waktu solat...
Macam-macam bentuk ujian yang aqma pernah dengar...
Tapi yang pastinya budaya couple tidak akan membawa mana-mana pasangan mencapai visi dan misi dalam membina masjid di kemudian hari...
Jadi..... Ikuti beberapa tips di bawah untuk bekalan wanita muslimah dalam mencari khalifah hati yang bakal menjadi tunggak dalam keluarga suatu hari nanti...

Jadi, bagaimana cara seorang muslimah nak mengenali bakal suaminya?

Dalam Islam, ada konsep merisik. Maksud merisik di sini, kamu minta wali kamu samada abang, ayah atau datuk, tanya kawan-kawan atau jirannya tentang dia. Jadi, dia tiada peluang untuk menipu. Kamu juga boleh stalk facebook dia untuk tengok cara dia bercakap dan melayan perempuan lain di facebook. Akan tetapi, kita hanya mampu berhukum apa yang luaran, kerana Allah lebih tahu maksud dalaman seseorang. Maka, benda luaran yang boleh kita nilai sebagai kayu ukur, yang paling penting sekali ialah cara dia tawarkan cinta. Kalau caranya itu tidak meletakkan Allah nombor satu, bermakna dia hanya persembahkan cinta yang rapuh dan sementara. Cinta tersebut tidak akan memberi kebahagiaan.

Cinta itu boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Contohnya, jika dia tawarkan cinta kerana kecantikan anda, tidak mustahil nanti dia akan menjadi suami yang bermata keranjang. Begitu juga dengan lelaki. Jika perempuan tawarkan cinta kerana terpesona dengan kekayaan anda, jangan terkejut jika nanti dia menjadi seorang isteri pisau cukur dan materialistik. Jika suami dipecat kerja, dia tidak mampu nak hadapi susah senang bersama. Itulah bahayanya jika kita ambil sebab-sebab yang sementara kerana sebab sementara itu boleh lenyap. Bercintalah hanya kerana akhlak dan agamanya dan yang paling penting kerana Allah.

Masalah keruntuhan rumahtangga sebenarnya boleh dielak mulai sekarang. Kalau kita bercinta sebelum nikah, syaitan akan jadikannya sebagai modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga kita. Contohnya, jika kita berkahwin dengan orang yang kita couple, kita akan dapat azab curiga. Kita akan rasa sangsi dengan kesetiaan suami kita. Kerana sebelum berkahwin pun dia sudah berani mengorat anak dara orang (iaitu anda). Sebelum bernikah pun dia sudah berani membuka jalan-jalan menuju zina, apatah lagi selepas berkahwin.

Dan kalau kita bernikah dengan orang yang bukan kekasih kita dulu, akan ada sifat membanding-bandingkan yang mana lebih bagus. Bila ada kenangan lampau, susah untuk kita melupakannya. Itulah bahana ber'couple' sebelum nikah walaupun kita masih boleh berusaha untuk melupakannya. Sedangkan tidak adil kita membandingkan seorang suami dengan seorang kekasih. Sebab masa berkasih, yang kita cari hanya keindahan dan keseronokan. Setelah berkahwin, kita kenal kelemahan dan kebaikannya. Jadi, kita mesti cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia. Bersedia untuk terima dia seadanya dan hidup susah senang bersama.

Jadi buat teman-teman di luar sana....
Pilihan di tangan anda... Yang pastinya bila hati telah tertarik dan tertawan, tawakkal dan berserah sepenuhnya kepada ALLAH... Bukan memaksa diri dan hati untuk mencari keserasian... Bukan sabar dalam mencari persamaan... Bukan memberi masa dan memaksa pasangan/kawan untuk menerima diri dan terus dibawa berjumpa keluarga... Bukan hanya berkenalan untuk mengenali buruk dan baik pasangan lantas terus-terusan membandingkan, bila ada satu perkara yang tidak di jangka, terus terusan senyap dan membisu diam tak berbicara, meninggalkan dia tanpa kata...

Kesian...
Buat lelaki mahupun perempuan... Hentikanlah mainan perasaan yang tiada penghujungnya...
Kesian buat perempuan yang telah meletakkan hatinya dan harapannya pada mulut manis dengan janji palsu... Kesian buat lelaki yang dah meletakkan harapan pada si dia yang tiada terniat untuk menuju ke arah yang sama... Mari kita sama-sama memohon petunjuk dari ALLAH....
Letakkan kecintaan pada ALLAH, insyaALLAH bakal ketemu jawapannya suatu hari nanti....
Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...