Monday, 30 July 2012

Senyum & gelak tanpa henti di Loving Day Siri 1


Salam Pembaca lelap yang aqma kasihi kerana ALLAH....

Baru-baru ni, dalam bulan Ramadhan hari yang ke empat, alhamdulillah, dengan izin ALLAH aqma berpeluang menjadi sebahagian daripada sukarelawan untuk Loving Day siri 1. Terima kasih kepada team CSR Kumpulan Media Karangkraf.... Untuk siri yang pertama ini, kami ke Rumah Jagaan & Rawatan Orang-orang Tua Al-Ikhlas, Puchong...


Pelbagai cerita dan pengalaman warga emas ini di kongsi bersama kami... Ada yang suka dan ada yang duka... Tapi sepanjang hari sampai waktu Isya' kami di sini... Penuh dengan senyuman, gelak dan tawa... Jujur aqma kata... Kalau anda sedang bersedih dan berduka lara hatinya... Pergilah ke rumah orang tua.... InsyaALLAH terubat duka... Sebab mereka ni sentiasa buat kita senyum dan gelak sepanjang masa....
Enjoy the photo!





Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dari Abdul Rahman bin Abi Bakraah daripada bapanya, sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam katanya: Wahai Rasulullah, manusia bagaimanakah yang baik sifatnya? Sabda Rasulullah, siapa yang panjang umurnya dan baik amalannya, pemuda itu bertanya lagi: Manusia bagaimanakah yang buruk sifatnya? Sabda Baginda: Siapa yang panjang umurnya dan buruk amalannya".
(Hadis Riwayat At-Tirmizi).

2 comments:

  1. Assalamualaikum aqma..Alhamdulillah, kagum dengan usaha adik dan sahabat lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak ain...
      MasyaALLAH, terima kasih kak.. Dengan izin ALLAH juga aqma dapat sertai program sebegitu. InsyaALLAH akan ada program lain lagi yang mungkin boleh melibatkan orang luar.. Nanti aqma update kak ain ya...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...