Monday, 9 July 2012

JUZER... SINAR baru

JUZER lahir ke dunia...
Alhamdulillah kami sempat melawat sepasang abi dan ummi yang baru sahaja mendapat cahayamata penyejuk hati pada jam 13.33pm sewaktu azan Zohor berkumandang, 8/7/12. Syukur Alhamdulillah... Semoga kelahiran khalifah hati Kak Nasy & Abg Cha membawa dimensi yang baru dalam rutin hatian kalian berdua nanti.. Aqma tumpang gembira juga bahagia buat kalian berdua... Doakan aqma moga aqma cepat dipertemukan dengan jodoh aqma ya... Heeeee~












Buat rakan lelap yang membaca, aqma ada terjumpa beberapa article mengenai ucapan tahniah itu sendiri tidak ada ketentuan dari hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Yang ada hanya atsar yg diriwayatkan dari para tabi’in, diantaranya dari Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah. Ketika seseorang bertanya kepada beliau tentang ucapan tahni`ah, Beliau pun mengatakan: “Katakanlah:

جَعَلَ اللهُ مُبَارَكًا عَلَيْكَ وَعَلَى أُمَّةِ مُحَمَّدٍ

“Semoga Allah menjadikan sebagai berkah bagimu dan bagi umat Muhammad.”

Demikian pula Hammad bin Zaid mengatakan bahwa Ayyub As-Sikhtiyani rahimahullah apabila mengucapkan tahni`ah kepada seseorang atas kelahiran anak beliau mengatakan:

جَعَلَ اللهُ مُبَارَكًا عَلَيْكَ وَعَلَى أُمَّةِ مُحَمَّدٍ

“Semoga Allah menjadikan sebagai berkah bagimu dan bagi umat Muhammad.”

Abu Bakr Ibnul Mundzir di dalam Al-Ausath mengatakan: “Diriwayatkan pula dari Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah ada seseorang datang menemui beliau sementara itu di sisi beliau ada seorang yg baru lahir anaknya. Orang itu pun berkata: ‘Selamat atas lahir seorang penunggang kuda.’ Mendengar ucapan itu Al-Hasan Al-Bashri berkata: ‘Engkau tdk tahu yg dilahirkan itu seorang penunggang kuda atau penunggang keledai!’
‘Lalu apa yg harus kami ucapkan?’ tanya orang tadi. Kata beliau: ‘Katakanlah:

بُوْرِكَ فِي الْمَوْهُوْبِ، شَكَرْتَ الْوَاهِبَ، وَبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ

“Semoga engkau diberkahi atas anak yang dikaruniakan ini dan engkau bersyukur pada Allah yang telah memberikan anak ini. Semoga dia mencapai kedewasaan dan engkau mendapatkan bakti/kebaikan darinya .”

Doakan yang terbaik buat semua ya....
Tenang hati je hari ni.... Sebab sempat melawat Juzer dan sempat menciumnya berkali-kali... Agaknya betullah kenyataan kebanyakan orang tentang bau si kecil yang baru lahir seperti bau syurga, memang betul... Sebab tenang je hari ni bila mengenangkan si kecil Juzer dari tadi... Perasaan ni sama mcm aqma jumpa si Humairah puteri ke-3 Abg Zaf dan Kak Jaja... Hhehehehee... 

P/S: Teringin nak tidur dengan new born baby dan kiss bau dia sepanjang malam... Mesti tenang.. MasyaALLAH... Sweet...

2 comments:

  1. Wah!! Cha dah jadi daddy! :DDD
    Tak sempat nak pegi melawat. Tade org inform pun :(

    ReplyDelete
  2. Hehehe.. Tak pe yayangs, ramai yang tak sedar lagi pun... Tapi mana-mana yang dekat dan sempat, cha dah text dan inform... Kebetulan kak aqma sempat lawat Kak Nasy di hospital... Alhamdulillah... Sempat capture few moment selepas hari ke dua Juzer dilahirkan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...