Thursday 12 July 2012

EXCLUSIVE POST: Little Caliphs JUZER

Atas permintaan ramai... Aqma upload exclusive picture di hari kedua kelahiran JUZER (little caliphs buat abi dan ummi nya...) Alhamdulillah kami di beri kesempatan oleh ALLAH untuk melawat Kak Nasy (Cha's wife) di HUKM, Cheras di hari ke dua kelahiran JUZER khalifah hati abi dan ummi nya... Selamat di lahirkan pada 8/7/2012 pada jam 13.33pm tepat masuknya waktu azan Zohor saat itu... Juzer membuka mata dan melihat dunia... Berat Juzer kalau tak silap aqma 3.85 kg... Teruja aqma, kak jaja dan kak roza mahu berjumpa dengan ahli syurga yang baru dilahirkan ke dunia ni... Sampai tak sedar rupanya waktu untuk melawat hanya akan bermula pada jam 12.30pm - 2pm... Kebetulan sampai jam 11.30pm... Nak tak nak, redah juga terus ke wad bersalin... Hehehehe... Demi Juzer... Nasib baik missy sporting, mereka benarkan juga kami masuk untuk berjumpa dengan Kak Nasy...

Syukur, Alhamdulillah...
Dapat juga jumpa little caliphs JUZER ...
Enjoy the moment and picture!































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...