Friday, 29 June 2012
Happy WEEKEND ols!
Salam pembaca lelap juga teman di luar sana....
Weekend kali ini mendebar kan hati, kerana kita semakin menghampiri Ramadhan... Syukur... Teruja dengan pelbagai persiapan before Ramadhan.... Termasuklah venture business aqma yang terbaru.... InsyaALLAH aqma akan sharing dengan semua... segalanya berlaku dengan sekelip mata... Daripada angan-angan, hinggalah menjadi kenyataan...
Inilah CINTA hati baru aqma.... HAIFAA' MUSLIMAH... dan HAIFAA' BITES....
Di mana, aqma dan business partner aqma, Jaja Ismail bersama-sama dalam objektif kami yang tersendiri dalam membangunkan HAIFAA' MUSLIMAH dengan mengeluarkan pakaian jubah abaya dan hijab yang InsyaALLAH akan memberi inspirasi buat muslimah di luar sana dalam pemilihan abaya dan hijab... Tak ketinggalan, HAIFAA' BITES... bakal menghangatkan Ramadhan anda dengan ribuan deretan makanan sunnah, kuih muih dan macam-macam lagi... Semoga idea serta angan-angan kami ini di permudahkan dan diberi jalan oleh ALLAH. InsyaALLAH...
Owh, buat masa ni...
Kami masih menanti logo HAIFAA' MUSLIMAH dan HAIFAA' BITES untuk siap... Dan kami mendapatkan khidmat kreatif 'Khat Village' yang di reka oleh seorang muslimah kental, Kak Hawa, untuk merealisasikan logo impian our 1st co-founder dalam HAIFAA' business ni... Hhehehe, jangan marah kak ja... Well, for now, untuk logo HAIFAA' MUSLIMAH dah siap i think, tapi tak mau published lagi... Sbb nak tunggu logo HAIFAA' BITES siap dulu baru boleh buat official soft launch for our product! InsyaALLAH, doakan agar segalanya di permudahkan ya....
Owh, tentang produk dan lain-lain... InsyaALLAH, the team will run as fast as we can to get many client and business. InsyaALLAH, harapnya niat baik kami untuk share dengan seluruh people out there dalam pemakaian dan pemakanan yang mengikut landasan sunnah di terima positif... Aamiin...
Buat teman-teman juga pembaca lelap di luar sana... Doakan dan nantikan our launch for HAIFAA' MUSLIMAH dan HAIFAA' BITES ya...
Thursday, 28 June 2012
Jangan ragu...
Perempuan yang suci Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah. Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki ajnabi yang fasik dan munafiq menyentuh dirinya. Walaupun hatinya…Kerana Allah teramat mencintainya…
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki yang palsu imannya...
Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita...
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik...
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki yang palsu imannya...
Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita...
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik...
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…
Tuesday, 26 June 2012
Dalam Hati Siapa Yang Tahu?
Siapa tahu orang yang tersenyum riang dikalayak ramai namun kadangkala menangis ketika sendirian, sentiasa bersemangat hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu. Kelihatan kuat namun hakikatnya mengaku lemah. Ketawa hakikatnya untuk menceriakan dirinya.
Siapa tahu, diri dia mempunyai masalah. Dia sentiasa menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri dia masih punya masalah yang jauh lebih besar. Dia sentiasa meyakinkan orang lain sedangkan hakikatnya dia mencari kekuatan diri sendiri. Dia sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sentiasa sakit. Sentiasa menjaga hati manusia walau hakikatnya dia sentiasa pendam rasa. Dia sering terasa namun hanya menguntumkan senyuman. Siapa tahu dia punya masalah besar.
Walau kadang kala dia marah tak menentu pasal, kerana dia sudah tidak sanggup menanggung bebanan hatinya. Sering dia mengadu masalah dia pada Sang Pencipta, namun tekanan sekeliling membuatkan dia tiba-tiba menangis tanpa sedar. Dia memerlukan insan untuk mengadu, tetapi aduan itu disalah erti. Lalu dia terus menyimpan perasaan itu sehingga terpadam! Pendam hingga terpadam. Itu adalah yang terbaik bagi dia.
Wahai dia,
Hati mu itu, cekalkanlah...
Aduanmu itu, simpankanlah...
Kecewamu itu, soroklah...
Ketidak puasan hatimu itu, jauhkanlah...
Marah itu, padamkanlah...
Sayang mu itu, junjukklah...
Cinta mu itu, tonjolkanlah...
Senyummu itu, lahirkanlah...
Walau hatimu pecah, merekah.....
Siapa sahaja yang mahu mendengar masalahmu?
Tiada siapa....
Hanya Allah yang setia mendengar rintihanmu.
Kerana dia sentiasa bersama kamu
setiap masa tanpa sedetikpun kerdipan mata.
Karena sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Pendengar.
P/S: Seandai ada di antara kita, merasa tiada tempat mengadu cerita, kesenangan dan kepahitan, jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang lebih memahami. Marilah kita sama-sama merenungkan ayat ini...
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran "(2:186)
Sunday, 24 June 2012
imagination triumphs over intelligence
Sometimes Allah tests us so that we can see the rainbow after a stormy rain. If we can’t see the rainbow in this world, then inshAllah we can in the Hereafter. Just be strong in your heart and mind! Furnish it with faith, love, trust, and sincerity for the sake of Allah. Make your imagination embroidered with His love and light. InshAllah tranquility and contentment will penetrate into our soul. That is when our imagination triumphs over intelligence.
MasyaALLAH.... Hari ni dapat kekuatan melalui kata-kata kak Jaja... Thanks sis... Aqma juga tak kuat walau terkadang nampak kental di luar... InsyaALLAH bakal ada sinar selepas ini jika itu jawapan atas doa aqma selama ni.... Buat kalian yang terbaca post ini.... Doakan agar perjalanan harian kita di permudahkan ALLAH dan di beri petunjuk dan hidayah di atas setiap keputusan yang ingin kita lakukan ya...
Hanya sekadar sharing, rentetan chat aqma dengan kak Ja... Thanks sis! ='(
KAK JAJA:
I can ustand ur pain...because i was there...I can ustand what youreally want, your desire, because I was requesting the same thing...
But Allah have his own way of not giving us the things we want but juts to give us the best, the things that we need...
sabar ya...
sabar ya...
AQMA:
nevermind kak ja... ALLAH dah beri petunjuk...
jadi aqma syukur sangat
memang sedih kak ja.. terkeluar jugaklah air mata aqma setelah beberapa bulan tak mennagis...
hahahahhahaa
tapi aqma ok...
insyaALLAH AQMA KUAT
Tentukan NIAT kerana ALLAH tiap hari...
Jaga niat kita setiap hari. Tentukan kerana Allah. Jika tidak, kita tidak akan sampai pada Allah. Alangkah sia sianya hidup kita dan alangkah sedihnya apabila sampai di Padang Mahsyar dan melihat akaun kita kosong kerana tidak niat kerana Allah. Walau kita berasa marah pun mesti kerana Allah. Jom audit emosi negatif kita adakah kerana Allah atau sebaliknya. Apatah lagi bagi anak anak yang marah pada ibu bapa, renung anak kita sendiri. Setiap apa kita buat pada ibu bapa akan dibalas. Kasihan anak kita jika mereka juga tidak berakhlak pada kita dan mendapat dosa. Ramai ibu bapa muda tertipu dgn anak comel yg diberi Allah tetapi mengecilkan hati ibu bapa dan 20 tahun kemudian menangis bila anak mereka mengecilkan hati mereka. Sama kita renungkan. Jaga niat kita sentiasa.
- Prof. Dr. Muhaya
Saturday, 23 June 2012
Walau kasih tidak dihargai, kita tetap memberi
Ingatlah, andai satu ketika kita tidak mengenal erti kehancuran, kita tidak akan pernah tahu apa yang membuatkan kita utuh dan teguh untuk hari-hari seterusnya dan hari kemudian.
Yakinlah:
ALLAH mahu mendidik kita, DIA ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-NYA, yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati-hati yang mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.
Hati yang sering dilukai lalu sembuh setelah dirawat dengan zikir kepada ilahi, adalah hati yang indah, bercahaya dengan kasih dan sayang dari Yang Maha Esa. Walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, reda dan bersedia memaafkan menjadi ‘antiseptik’ yang menahan luka itu dari dijangkiti kuman dendam yang membawa derita berpanjangan.
Akhirnya, bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.
p/s: "Ya ALLAH, kuatkanlah hati ini dalam menempuh segala ujian dari-MU..." Moga diri ini sentiasa istiqomah dalam menempuh dugaan dan ujian dari-MU Ya ALLAH....
Surat yang tiada nama pengirim dan nama penerima....
MONOLOG i
Surat yang tiada nama pengirim dan nama penerima....
Tarikh: 24/06/2012
Buat: Dia yang entah tahu entahkan tidak
MALAYSIA
Dari: Saya yang jauh dimata juga jauh di hati
BAITUL MAQDIS
JAWAPAN KEPADA PERSOALAN SEORANG TEMAN TERHADAP TEMANNYA....
"Sy sedih bila bc blog awak. Awak, sy langsung takde niat nak buat awak terluka. Sy takut nd fobia bila problem ini berlaku ada persamaan............sy takmo kehilangan kawan baik cam awak. Awak insan yang baik nd sempurna, buta kalau org buat awak terluka....... Harap awak fahami nd terima sy sebagai kawan....."
Tidak ada salahnya andainya dari awal jika niat kita hanya kenal atas dasar untuk kenal mengenali kerana menjaga hati sahabat yang menemukan kita... Tetapi maaf andai ianya berlarutan dan mula terjatuh di hati. Saya insan yang lemah. Iya, pada mulanya ego tak bertempat, konon hati yang kental ini tak akan terpaut dan tersangkut walau hanya pertama kali bertemu (Fobia katanya, takut kecewa dan sakit lagi).... Namun pesona yang ada pada kamu benar-benar meruntun dan menuntun hati ini untuk terus mengenali hati budi...
Walau hanya dengan pertama kali bertemu, mata tertancap jelas di riak wajah yang kamu yang riang lagi terang. Merisik diri dengan berkata "saya dah mula suka dengan awak"... Pangggggg.... Tiba-tiba kepala di kelilingi dengan rerama yang beterbangan... Hahahhaa... Terus mengunci hati, "tak mahu mencari, mungkin ini jawapan ALLAH kepada penantian selama ini..." dalam hati berkata sendiri...
Bila teringat rentetan awal perkenalan dulu... Tersenyum sendiri bila mengenangkannya... Pelik kerana hati gugup seakan tak pernah berdepan begitu... Alahai... Jawapan saya hanya satu "sabar, kita cuba mengenali hati budi masing-masing sebelum membuat keputusan". "Jangan putus dengan doa untuk mohon petunjuk ALLAH... InsyaALLAH". Sampaikan awak sendiri melamar diri untuk bercinta a.k.a couple... Tapi saya yang tolak sebab tak pecaya dengan istilah couple itu sendiri... Hahhaha kolotkan saya ni... (Patutlah tak de orang yang nak datang mendekat, alahai...)
Tapi hari demi-hari bila kenal semakin dekat pula rasanya di hati...
Tapi ALLAH menguji lagi... Sinar wajah kamu seakan berbeda dari sebelumnya... Ada riak seakan sesuatu yang terkumpul dan di simpan selama ini terus di sorokkan... Kerana kamu tak menjadi diri kamu bila bersama dengan saya. Sejak dari hari itu....
Saya mula perasan awak mula menjauh... Tak mahu berburuk sangka.... Kata hati saya, "Mungkin dia terlalu bz dengan kerja..." Biarlah.... Namun, makin hari makin diam.... "Mungkin dia telah bertemu dengan penyejuk hatinya..." Itu perkataan pertama yang tertancap di minda.....
Biarlah....
Awak... Buat pengetahuan awak...
Sejak dari mula kita bertemu, saya takut mahu membina perasaan dalam hubungan yang masih belum nyata kebenarannya... Iya saya ego, ego kerana bukan tak mahu menerima lamaran awak tetapi takut dengan hati andai kecewa lagi... Sehingga kini pun saya masih cuba membina hati dan perasaan untuk lebih mengenali awak secara dekat. Tapi setelah sebulan lamanya usia perkenalan ini telah mula terasa terjarak sendiri di mamah masa dan rasa... Mungkin awak masih tak yakin dengan saya... Bahkan berkemungkinan di awal lagi awak sebenarnya memang dah rasa 'memang bukan saya orangnya'... Tidak mengapa... Saya dah mula biasa dengan keadaan begini... Kerana lumrahnya wanita hanya mampu menerima, menunggu dan menanti segala apa yang berlaku bila ianya melibatkan hati dan perasaan... Saya tak kisah dah awak...
Jangan bersedih andai awak membaca surat tidak bernama ini....
Kerana, buat pengetahuan awak... Tiap hari setelah perkara berulang-berulang dan seakan sama terjadi kembali... Hati saya dah mula kering untuk terus mengharap dan menatap atas perkara yang belum pasti.... Dah lama saya tak kenal erti cinta... Biarlah ianya hadir sendiri nanti... Dengan izin ALLAH...
'buta kalau org buat awak terluka'
Ya ALLAH... Entah mengapa ayat ini bermain-main di minda dari tadi....
Dah terlalu ramai orang yang buta sebab tak kenal saya agaknya.... Hahahhaa... Sebab terlalu banyak duka dari gembira pun selama ni saya tanggung, wak.. Malah mereka yang buta seakan celik, cuba memujuk rayu mahu memulakan kembali... Prinsip saya... 'Maaf, jangan menjilat ludah kalian kembali kerana ia akan menambah duka dan luka dalam diri di kemudian hari nanti...' Mungkin dah nasib saya begini... Tak pernah berjaya dalam mencari tuan empunya tulang rusuk yang membalut diri. Kalau ada orang celik mungkin saya dah berteman dan berkahwin dari dulu wak... Tak apelah, mungkin itu hanya sekadar berbahasa-basi untuk memujuk hati saya dalam masa yang sama menenangkan kegundahan yang menjerat jiwa.... Saya hargai kata-kata itu... Tapi realitinya hanya ALLAH yang tahu...
Biarlah masa yang mengubat hati ini...
Tak usahlah awak risau atas apa yang akan terjadi pada diri saya nanti... InsyaALLAH dengan izin ALLAH hati ini akan reda dari kegundahan yang melanda diri... Usah dirisaukan, kita masih kekal berkawan... Tapi saya hormat awak setinggi langit seperti saya menghormati orang-orang lain... Awak orang yang baik. InsyaALLAH akan bertemu dengan pemilik tulang rusuk awak yang bisa menjadi penyejuk hati awak. InsyaALLAH.... Doa saya tak pernah berhenti buat awak... Teruskan usaha mencari agar awak menemui jalan keredhaannya...
Saya dah lama sedar...
Bila awak seringkali mengungkap kata-kata tentang dia... Hati saya sendiri tergerak. 'Awak masih belum habis melupakan dirinya walau dia dah menjadi milik orang....' Ya ALLAH.... Moga awak di beri petunjuk dan hidayah oleh ALLAH atas perkara ini... Jujur saya tak mampu menahan rasa... Memang dah lama saya terasa ada yang tak kena tapi tak terluah dari mulut saya... Jadi hari ini, saya luahkan segala buat awak kerana mungkin ini surat terakhir dari saya yang teramat jauh memberi khabar berita. Sebab saya tak mahu awak hanyut di buai perasaan ini seorang diri... Usaikanlah secepat yang mungkin tentang gundahan hati ini. Kerana saya sedar saya tak layak untuk menggantikan tempat buat 'dirinya' yang bertakhta di hati awak selama 7 tahun lamanya...
Akhir kata...
Maafkan saya andai khilaf laku dan bicara saya selama ini menyinggung hati awak...
Doakan kekuatan hati buat saya agar saya masih mampu untuk tegar menahan rasa ini.... Tak pernah saya seberani ini meluahkan rasa... Tapi harapnya awak juga bisa mengerti... Perasaan halus dari seorang wanita tidak boleh di permainkan juga dicuba-cuba... Jangan hanya mahu mengisi kekosongan hati lantas ianya bakal menjerat diri menambah luka di hati orang lain... Tabah ya awak... InsyaALLAH doa dari saya di kejauhan akan mengiringi awak dalam melalui dugaan dan ujian dari-NYA...
Saya yang lari dari kekabutan,
Sukarelawan
Aqsa Syarif
P/S: Ceritera yang di tulis tiada kaitan dengan siapa-siapa yang hidup mahupun yang meninggal dunia.... Hanya sekadar buat novel garapan yang seterusnya.... Doaakan aqma ya...
ALLAH ajarkan kita melalui KEKECEWAAN
Salam bertaut, ukhuwah bersambut...
Maaf andai entri-entri sebelum ini ada yang menyinggung hati meruntun perasaan pembaca-pembaca lelap di luar sana.. Aqma insan yang lemah, tak kuat dan banyak kekurangannya... Sebab itu acap kali melakukan kesalahan dan kesilapan... Maaf andai khilaf diri ini terlalu banyak menyinggung kalian di luar sana...
SAYA TIDAK SESEMPURNA MANA...
Kalau kalian di luar sana mengatakan aqma perempuan yang 'sempurna dan terlalu baik'... I'm speechless... Sebelum aqma terlanjur dengan lebih jauh lagi... Maaf andai aqma katakan, pujian itu RACUN bagi aqma.. Kerana kata-kata itu akan memakan diri dan hati aqma sendiri kelak tanpa sedar aqma meninggi diri... Ya ALLAH minta di jauhkan...
CERITERA HARI INI...
Sebak pabila terbaca entri blog-blog teman yang lainnya...
Pelbagai tangisan dan kesedihan melanda mereka semua.. "Ya ALLAH, lindungilah mereka dan kuatkanlah hati mereka agar lebih tawaduk dan istiqomah dalam menghadapi ujian dari-MU... Aamiin Ya Rabbal 'Alamin...."
Tak sangka mereka juga punyai masalah yang sama di dalam keadaan hati aqma seakan gundah dan tak tentu arah... Heeee, jangan risau yaa.. Tak tentu arah sebab sakit kepala menerjah diri dari semalam lagi... Gundah kerana, entah.... Tiada jawapan....
Alahai hati....
Bilalah perasaan gusar ini boleh di ketepi?
Ya ALLAH, aku mohon petunjuk dari MU...
Macam-macam dugaan hadir dalam minggu ini.. Yang akhirnya mungkin ianya jawapan kepada doa aqma pada setiap hari... Buat kalian pembaca-pembaca lelap entri-entri tak seberapa aqma ini... Bila kita terlalu berkehendakan sesuatu, jangan terlalu 'percaya' dengan pandangan mata dan lainnya ya, waima jangan di percaya dengan kata-kata yang terdengar di telinga... Ikut gerak hati di samping memohon petunjuk ILAHI....
ALLAH sayangkan kita.... Sebab tu ALLAH ajarkan kita melalui KEKECEWAAN...
Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU
Pujuklah hati rawatlah diri dengan terus membaca entri aqma ini ya....
Khas buat bakal BIDADARI SYURGA...
Maaf andai entri-entri sebelum ini ada yang menyinggung hati meruntun perasaan pembaca-pembaca lelap di luar sana.. Aqma insan yang lemah, tak kuat dan banyak kekurangannya... Sebab itu acap kali melakukan kesalahan dan kesilapan... Maaf andai khilaf diri ini terlalu banyak menyinggung kalian di luar sana...
SAYA TIDAK SESEMPURNA MANA...
Kalau kalian di luar sana mengatakan aqma perempuan yang 'sempurna dan terlalu baik'... I'm speechless... Sebelum aqma terlanjur dengan lebih jauh lagi... Maaf andai aqma katakan, pujian itu RACUN bagi aqma.. Kerana kata-kata itu akan memakan diri dan hati aqma sendiri kelak tanpa sedar aqma meninggi diri... Ya ALLAH minta di jauhkan...
CERITERA HARI INI...
Sebak pabila terbaca entri blog-blog teman yang lainnya...
Pelbagai tangisan dan kesedihan melanda mereka semua.. "Ya ALLAH, lindungilah mereka dan kuatkanlah hati mereka agar lebih tawaduk dan istiqomah dalam menghadapi ujian dari-MU... Aamiin Ya Rabbal 'Alamin...."
Tak sangka mereka juga punyai masalah yang sama di dalam keadaan hati aqma seakan gundah dan tak tentu arah... Heeee, jangan risau yaa.. Tak tentu arah sebab sakit kepala menerjah diri dari semalam lagi... Gundah kerana, entah.... Tiada jawapan....
Alahai hati....
Bilalah perasaan gusar ini boleh di ketepi?
Ya ALLAH, aku mohon petunjuk dari MU...
Macam-macam dugaan hadir dalam minggu ini.. Yang akhirnya mungkin ianya jawapan kepada doa aqma pada setiap hari... Buat kalian pembaca-pembaca lelap entri-entri tak seberapa aqma ini... Bila kita terlalu berkehendakan sesuatu, jangan terlalu 'percaya' dengan pandangan mata dan lainnya ya, waima jangan di percaya dengan kata-kata yang terdengar di telinga... Ikut gerak hati di samping memohon petunjuk ILAHI....
ALLAH sayangkan kita.... Sebab tu ALLAH ajarkan kita melalui KEKECEWAAN...
Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU
Pujuklah hati rawatlah diri dengan terus membaca entri aqma ini ya....
Khas buat bakal BIDADARI SYURGA...
KITA MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
KITA HARUS TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar. Kenapa? Kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aqma turut sedemikian rupa.
KITA TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya. Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut. MasyaALLAH, harap kita juga begitu kan...
KITA TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji oleh NYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang. Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
SENTIASA MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu. Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. SubhanALLAH.
MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan. Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA. Dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
KITA HARUS TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar. Kenapa? Kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aqma turut sedemikian rupa.
KITA TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya. Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut. MasyaALLAH, harap kita juga begitu kan...
KITA TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji oleh NYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang. Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
SENTIASA MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu. Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. SubhanALLAH.
MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan. Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA. Dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
Friday, 22 June 2012
Monolog kabut hari ini...
ALLAH mengizinkan kita disakiti, agar esok kita tahu cara untuk mengubati orang yang terluka...
ALLAH membuat kita menangis, agar esok kita mampu menghibur orang yang bersedih...
ALLAH menjadikan kita manusia dengan kelemahan dan kelebihan, agar kita sedar dan tahu bahawa dengan hanya BERDOA & BERUSAHA,
ALLAH akan jadikan segalanya indah pada waktunya...
Ya ALLAH.... Begini dugaannya, begini aturannya... Bimbang kalau terlalu meletakkan hati ini di mana-mana bakal disakiti dan bakal dilukai... Namun kuasa ALLAH tiada tandingannya, segala aturan telah dirancang dan punyai hikmahnya. Sayu dan layu... Mungkin ini perkataan yang tepat untuk menggambarkan betapa hati ini terusik dengan pelbagai kata yang tidak bertempat dari mulut-mulut yang tak henti berbicara. Juga bertambah berat bila hati ini tiada tempat mahu bercerita. Segalanya di tanggung sendiri di samping terus mengadu kepada ILAHI... Ya ALLAH... Hari ini juga sekali lagi, terima satu 'text' yang menyentuh hati meruntun naluri... Sayu lagi terasa pabila dugaan begini seringkali seakan berulang... Ya mungkin segala apa yang kita harapkan tidak akan berlaku seperti yang di mahukan... Ada hikmah di sebalik itu...
Cuba mengumpul kekuatan dengan bekerja tanpa memikirkan perasaan... Meladeni segala beban kerja dengan hati yang terbuka dan membuku perasaan... Akhirnya menjerat urat leher sendiri sehinggakan mahu memusingkan kepala pun terlalu sakit. Aduh... Cramp sudah... Ya ALLAH... Nak menangis, mujur ada teman untuk mengadu kesakitan... Terima Kasih teman.... Tapi masih harus berjuang berperang membung perasaan... Jauh..Jauh... Namun... Air mata tak dapat di tahan.... Ya ALLAH..... (Tak Kuat rupanya Aqma ni..)
Well people, apa yang aqma mahu kongsi hari ini, hanyalah rentetan perasaan yang tidak pernah jemu berdoa sambil menunggu dan terus menanti jawapan dari ILAHI. Doakan yang terbaik buat aqma ya teman-teman...
Terima kasih buat kalian yang berterus terang... InsyaALLAH, hati ini tidak akan hanyut selagi tiada apa yang pasti. Aqma kuat. InsyaALLAH. Kerana bebanan dugaan dan beratnya ujian dari dulu hingga kini tak pernah putus datang mengusik tangkai hati. Ya, ianya perkara yang sama berulang kali, yang akhirnya akan terjadi lagi. Maaf kalau aqma katakan disini, ya, hati ini terlalu tawar dengan tawaran yang belum pasti istimewanya. Maaf juga kerana aqma dah tak mampu menagis lagi walau dalam hati menggumam tergamam dengan berita dan cerita. Maaf kerana mungkin selepas ini hati ini akan terus mati untuk terus meladeni dan memikir apa yang yang tak pasti apa yang menanti. Aqma tak mampu berharap dan dah berhenti mengharap...
Doa aqma tak pernah putus buat kalian yang gusar hatinya, gundah kepalanya dan sesak nafasnya dengan pelbagai bebanan lain yang jauh lagi berat. Harap, hadirnya diri aqma dalam kamus hidup kalian sebagai tempat persinggahan ini, hanya mampu menjengah tangkai hati namun tak sempat bertapak di tebing perasaan. Harap ianya, cukup untuk membuat kalian tersenyum kerana masih wujud perempuan yang kering hatinya menahan perasaan melayan kekosongan kalian yang sedang kabut. Aqma tak kisah, namun fikirkan perasaan orang lain ya, bukan meminta simpati atas perasaan aqma sendiri, tapi fikirkan hati dan perasaan mereka yang berada di sekeliling kamu.
Maafkan aqma sekali lagi. Hati ini tak kuat sebenarnya, tapi aqma tetap tegar menerima ujian dari-NYA. Ya ALLAH, Ampunkan dosa-dosa ku. Maaf buat kalian yang terasa. Maaf juga buat kalian yang merasa sakitnya. Segala apa yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan kekurangan lainnya adalah dari kelemahan Aqma sendiri.... Maaf...
P/S: Jangan risau tentang hati saya. Tetapi jagalah hati kalian sendiri ya. Tak usah terbeban dengan fikiran yang kabut... InsyaALLAH doa Aqma akan sentiasa mengiringi hati kalian yang sedang gundah gulana dan susah hatinya. Jangan risau juga... Siapa saya untuk memaafkan kalian yang membuat silap? Mohon ampun pada ALLAH yea. Aqma tiada daya untuk memaafkan kalian kerana kalian juga tak pernah buat silap dengan Aqma... Saya reda denga ketentuan-NYA. Terima kasih kerana sudi berkongsi walau hanya dalam secebis sms yang mungkin pengakhiran segala. Semoga kita semua di beri petunjuk dan hidayah dari-NYA. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.....
Thursday, 21 June 2012
Mata berkaca hari ini...
Hati masih keras, tak mahu berganjak pulang meninggalkan tempat, tak mampu bangun berdiri dari kerusi pejabat.... Yang peliknya, mata tertancap di FB dari tadi, hajat di hati ingin upload segala gambar lawatan pada siang tadi... Tapi senja melabuhkan tirai... Entah mengapa mata ini terus melihat deretan video-video nikah, sanding dan kawen teman-teman mahupun mereka-mereka yang di luar sana dan tak sempat pun nak upload gambar-gambar pelawat di FB Lawatan. Tangan pun gatal terus sahaja klik button PLAY di sana.... Terusssss terpana melihat segala video-video indah wedding mereka-mereka di luar sana..... Serious... I'm speechless... Indah... Wajah mereka yang berkahwin tu kelihatan Shining... Berseri...
Tanpa sedar mulut menguntum senyum.... Mata berkaca-kaca.... Owhhhh terharunya...
Nape ntah mata ni gatal-gatal je nak mengeluarkan air mata... Walhal baru je tgk video nikah sanding orang lain... (Alah aqma ni, feeling-feeling pulak waktu nih...) Tapi perasaan senja kali ini berlainan... Segalanya bercampur baur... Sayu, terharu, gembira, sedih, terusik... Wahhh gitu! Macam-macam lagi lah perasaan yang timbul... Segan nak share di sini...
Lebih mengharukan, tiba-tiba lawatan petang tadi ada seorang guru wanita mendekati aqma... Macam-macam soalan di tujukan buat aqma tentang syarikat, perkembangan dunia penerbitan dan sebagainya, sehinggakan di akhir perjumpaan tadi sebelum rombongan sekolah itu pulang, dengan tidak di sangka-sangka.... Aqma di peluk dan di doakan oleh cikgu itu.... "InsyaALLAH, semoga Aqma akan bertemu dengan jodoh yang terbaik tak lama lagi...." Terusssss (cry....tanpa sedar... Ya ALLAH)...
Tu yang bila malam tadi aqma stay sehingga waktu maghrib di opis... Mata ni pulak asik melihat video-video wedding.... Petanda apakah ini? Bile balik rumah... Buka je FB ini pulak yang keluar (CARA MEMUJUK SUPAYA LELAKI MASUK MEMINANG)... Kawan-kawan postkan di wall mereka.... Menyentuh hati pabila terbuka blog ini...
Saya bukan terdesak mahupun terpaksa... Tetapi mungkin hampir sampai masanya... Tolong jangan berburuk sangka... Kerana ALLAH yang maha kuasa... Untuk menentu siapa yang bahagia... mengecap nikmat ukhrawi dan dunia... Doakan yang terbaik buat semua ya....
Wednesday, 20 June 2012
Mujahadahkan aku sehingga saat itu
Ya Allah..
penuhkan hati ini dengan cahaya cintaMu..
hingga tiada lagi ruang untuk aku menduakan kasihMu..
hingga tiada lagi nama itu terukir dibibirku..
hingga tiada lagi rasa itu dihatiku..
bukan menidakkan perasaan ini..
bukan menentang fitrah insani..
tapi ku tak mahu menjebak diri..
kerna bila cinta makhluk menguasai diri..
cinta pada Pencipta kan memudar menyepi..
menjauhkan aku dari redha Illahi..
tiadalah tenang malah meresahkan hati..
Ya Allah..
mujahadahkan aku sehingga saat itu..
sabarkan aku jangan ditakluki nafsu..
biarkan masa saja yang menentu..
biarkan semuanya berjalan mengikut rancanganMu..
kerna Engkau saja yang Maha Mengetahui...
jika sudah tertulis pasti bertemu..
semoga redhaMu mengiringiku..
semoga dia yang terbaik menjadi penemanku...
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin
Tuesday, 19 June 2012
DIRI ini TIDAK SEMPURNA
Entah mengapa mata tertancap melihat anggunnya muslimah berbaju pengantin di dalam gambar di atas... Ala-ala Chanel ispired dah rupanya... Sebab itam putih.... Sweet... (Sambil memandang atas dan berangan..) Hahahhaa, over aqma nih.. Ok pembaca lelap sekalian... Hati tertarik mahu sharing sesuatu... Di tujukan buat sesiapa sahaja dan juga peringatan buat diri aqma...
Janganlah Mencari Yang Terlalu Sempurna
Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja,
Karena ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .....
Setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang,
Setelah ia mulai menyayangi hendaklah kamu menjaga hatinya,
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja,
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya,
dan janganlah menganggap ia begitu teguh,
cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak,
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang.
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa,
Anggaplah dia manusia biasa,
Apabila sekali dia melakukan kesilapan,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkan,
boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
menyayangimu. .. mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangan,
apabila dia menjadi milik orang lain,
Kamu juga yang akan menyesal....
P/S: Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... Bukakanlah pintu hati bakal pemilik tulang rusuk ku ini Ya Allah...
Monday, 18 June 2012
Beruntungnya andai...
Kerana lelaki itu ingin mendidik dan membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah..
Dia tak menikahi kerana ingin menakluki,
Dia sedar,
Bahawa sebenarnya bukan dia yang memiliki,
Tapi hanya meminjam pinjaman Ilahi.
Dia tak menikahi kerana ingin menguasai,
Kerana dia sedar,
Dia akan memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami.
Dinikahi kamu bukan semata-mata berbekal cinta,
Bahkan bermatlamat untuk memperbaiki agama.
Beruntunglah kamu,
Wahai wanita yang dimuliakan.
Semoga Allah Redha...
Sunday, 17 June 2012
REJAB pergi, SYAABAN kembali...
Sebak kerana REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan.
Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.
Ulama berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.
Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”
Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
KEUTAMAAN SYAABAN:
Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”
Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”
Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”
Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”
APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?
Memperbanyakkan puasa sunat:
i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)
v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”
Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
Bertaubat:
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.
MALAM NISFU SYAABAN:
Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban.
Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.
Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.
Selamat Hari PAPA
Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini
Memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah
Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuhan Pemerintah hari pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat ke atas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
Dan bukan pula orang-orang yang sesat.
Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan
Aku masih melakukan maksiat walaupun kutahu ianya Engkau murkai
Aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti
Ya Allah
Teguhkanlah iman ku,
kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat
Ya Allah, Ya Rahim, Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu
Dan berbakti kepada kedua ibubapaku
Ya Allah,
Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
Bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
Aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka
Ya Allah
Terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka
Kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
Sedangkan ku tahu, Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "Ah" kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah
Aku berjaya kini
Keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
Kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
Tidur malam mereka aku ganggu
Titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
Tidak pernah mereka mengadu letih
Tidak pernah mereka mengadu sakit
Lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
Harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
Namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
Kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
Kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Di malam ini aku terkenang semua itu
Di malam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
Di malam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
Rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
Dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
Aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
Aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
Aku tahu ya Allah
Mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
Yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku
Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anakku dari orang-orang yang soleh
Yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
Jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
Dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
Jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah Tuhan Sekalian Alam.
Aku hanya insan yang serba kekurangan,.. Tabahkanlah hatiku ya ALLAH.. supaya aku dpat menempuh semua ini...
Amin..
LOVE U PAPA...
AGENDA WEEKEND: SELANGOR BERSELAWAT
Alhamdulillah....
Weekend kali ini di isi dengan agenda di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Malam SELANGOR BERSELAWAT. Betapa beruntungnya kami warga Selangor kerana berkesempatan menghadiri majlis ilmu bersempena dengan sambutan Israk dan Mikraj.. Syukur Alhamdulillah... Tertaut dengan Qasidah Ya Ha Na Na, aqma share buat teman-teman yang di sayangi lagi di kasihi termasuk pembaca-pembaca lelap sekalian....
BETAPA BERUNTUNGNYA KAMI.... YA HANANA..
Zhoharoddinul mu’ayyad bizuhurin Nabi Ahmad… 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah… ALLAH...
Yahanana… 8x
Khusso bissab’il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma’aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa ‘alaihi anzalallah... ALLAH...
Yahanana.. 8x
Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi ‘alaa kullil anami... ALLAH...
Yahanana… 8x
Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa ‘iru walhamdulillah... ALLAH...
Yahanana… 8x
Shollu ‘ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu ‘alaihi wasallimmu
Yasy fa’ lana yaumazziham... ALLAH...
Yahanana… 8x
"Betapa Beruntungnya Kami "
Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.
Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),
Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.
Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengalu-alukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,
Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.
_____________________________________________________
Sahabat yang dirahmati Allah kebetulan di kesempatan ini, Aqma mahu share sedikit tentang peristiwa Israk & Mikraj.. Semoga paparan dan sharing di bawah, membuka mata hati teman-teman yang lainnya tentang peristiwa bersejarah di dalam kalender Islam kita... Aaamiin Ya Rabbal 'Alamin...
Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.
Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.
Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :
"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.
Sahabat yang dimuliakan,
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)
Sahabat yang dikasihi,
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)
Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.
GAMBAR MASJID: curik dari asipsukaklik-klik.. hehehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)