Saturday, 23 June 2012

ALLAH ajarkan kita melalui KEKECEWAAN

Salam bertaut, ukhuwah bersambut...


Maaf andai entri-entri sebelum ini ada yang menyinggung hati meruntun perasaan pembaca-pembaca lelap di luar sana.. Aqma insan yang lemah, tak kuat dan banyak kekurangannya... Sebab itu acap kali melakukan kesalahan dan kesilapan... Maaf andai khilaf diri ini terlalu banyak menyinggung kalian di luar sana...

SAYA TIDAK SESEMPURNA MANA...
Kalau kalian di luar sana mengatakan aqma perempuan yang 'sempurna dan terlalu baik'... I'm speechless... Sebelum aqma terlanjur dengan lebih jauh lagi... Maaf andai aqma katakan, pujian itu RACUN bagi aqma.. Kerana kata-kata itu akan memakan diri dan hati aqma sendiri kelak tanpa sedar aqma meninggi diri... Ya ALLAH minta di jauhkan...

CERITERA HARI INI...
Sebak pabila terbaca entri blog-blog teman yang lainnya...
Pelbagai tangisan dan kesedihan melanda mereka semua.. "Ya ALLAH, lindungilah mereka dan kuatkanlah hati mereka agar lebih tawaduk dan istiqomah dalam menghadapi ujian dari-MU... Aamiin Ya Rabbal 'Alamin...."
Tak sangka mereka juga punyai masalah yang sama di dalam keadaan hati aqma seakan gundah dan tak tentu arah... Heeee, jangan risau yaa.. Tak tentu arah sebab sakit kepala menerjah diri dari semalam lagi... Gundah kerana, entah.... Tiada jawapan....

Alahai hati....
Bilalah perasaan gusar ini boleh di ketepi?
Ya ALLAH, aku mohon petunjuk dari MU...
Macam-macam dugaan hadir dalam minggu ini.. Yang akhirnya mungkin ianya jawapan kepada doa aqma pada setiap hari... Buat kalian pembaca-pembaca lelap entri-entri tak seberapa aqma ini... Bila kita terlalu berkehendakan sesuatu, jangan terlalu 'percaya' dengan pandangan mata dan lainnya ya, waima jangan di percaya dengan kata-kata yang terdengar di telinga... Ikut gerak hati di samping memohon petunjuk ILAHI....

ALLAH sayangkan kita.... Sebab tu ALLAH ajarkan kita melalui KEKECEWAAN...
Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU
Pujuklah hati rawatlah diri dengan terus membaca entri aqma ini ya....

Khas buat bakal BIDADARI SYURGA...

KITA MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

KITA HARUS TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar. Kenapa? Kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aqma turut sedemikian rupa.

KITA TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya. Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut. MasyaALLAH, harap kita juga begitu kan...

KITA TABAH DI SAAT TERHINA

Setiap yang baik itu sentiasa diuji oleh NYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang. Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

SENTIASA MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu. Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. SubhanALLAH.

MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan. Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA. Dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

1 comment:

  1. Aqma abg rasa x ada kurang muka Aqma. Insya Allah bila jodoh dah sampai ia akan membawa kebahgian utk Aqma. Selalu berdoa ok.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...