Tuesday, 2 October 2012

Jangan ragu nikmat yang diberi ALLAH

Salam sahabat juga pembaca lelap yang aqma kasihi kerana ALLAH S.W.T...
Saat hati gundah dan berduka cita tentu saja kita akan down to the max, tanpa memikirkan perkara apa-apa lagi. Kadang-kadang kita kene duduk bersendirian bermuhasabah diri kita, mungkin ada khilaf yang kita tak terlihat mahupun dosa yang kita tak nampak... Tabah ya teman-teman... Aqma juga didalam stage yang...... Ianya Kifarah dan Tarbiyah dari ALLAH, InsyaALLAH kabus tak akan berpanjangan... Doakan yang terbaik buat semua ya!


Bersama kita muhasabah. Akhir surah ni, kena sujud sajadah ya sahabat-sahabat semua.....

"Dan bahawa sesungguhnya, dialah yang menyebabkan seseorang itu bergembira tertawa dan menyebabkan (seseorang itu brdukacita menangis;dan bahhawa sesungguhnya, dialah yang mematikan dan menghidupkan; dan bahawa sesungguhnya, dialah yang menciptakan pasangan- lelaki dan perempuan, daripada setitis air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);

dan bahawa sesungguhnya, dialah yang tetap menghidupkan semula makhluk-makhluk yang mati; dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang memberikan sesiapa yang dikehendakinya apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan; dan bahawa sesungguhnya, dialah Pencipta bintang Syi'ra;

dan bahawa sesungguhnya, dialah yang membinasakan bangsa Aad yang pertama (bangsa Nabi Hud), dan bangsa Thamud (bangsa Nabi Soleh). Maka tidak ada seorang pun daripada kedua-dua kaum itu yang dibiarkan hidup. Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu telah juga dibinasakan. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat mellampaui batas. Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, dialah yang mengangkatnya ke angkasa dan menghempaskannya ke bumi; Lalu penduduk bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang tidak terhingga itu engkau ragu-ragukan, wahai manusia? Al-Quran ini adlah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu! Telah hampir masa datangnya hari kiamat; tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara 'hari kiamat' itu.

Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan al--Quran in sehingga kamu mengingkarinya? Serta kamu tertawa mengejek-ngejeknya dan kamu tidak mahu menangis menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu? Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong, angkuh lagi yang melalaikan kewajipan?

Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menurunkan al-Quran itu dan beribadahlah kamu kepada-Nya dengan sepenuh-penuh tauhid."

(surah al-Najm; ayat 43 hingga 62)

p/s: Tak salah menangis, tak salah tertawa. Itulah kehidupan. Solat dan Sabar ya bila kita menghadapi masalah :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...