Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan-Nya.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya pada saat melahirkannya.
Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan.
Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama-Nya.
2 rakaat shalat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit maka akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya. Dan bila dia menghibur hati anaknya, Allah akan memberi 12 tahun pahala ibadah.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadah pada malam hari.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya maka Allah mengaruniakan satu pahala haji.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, maka dia akan dianggap sebagai mati syahid.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktunya (2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.
Thursday, 7 March 2013
Tuesday, 5 March 2013
New Life | New Color | New Journey | New Chapter
Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati
ini telah bersatu kerana mengasihimu,
bertemu untuk mematuhimu,
bersatu memikul amanahmu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulatdan menyokong syariatmu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalannya yang sebenar. Penuhkan hati ini
dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan
keimanan dan keyakinan,
Jadikan kami suami/isteri yang soleh/solehah
dan berikan kebahagiaan yang berkekalan
buat kami di dunia dan di akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin.
ini telah bersatu kerana mengasihimu,
bertemu untuk mematuhimu,
bersatu memikul amanahmu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulatdan menyokong syariatmu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalannya yang sebenar. Penuhkan hati ini
dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan
keimanan dan keyakinan,
Jadikan kami suami/isteri yang soleh/solehah
dan berikan kebahagiaan yang berkekalan
buat kami di dunia dan di akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin.
TERIMA KASIH Ya ALLAH....
Atas perjalanan dalam mencari jawapan, walau pelbagai dugaan diharung pahit dan perit kian tak terasa apabila kurniaan agung telah terjawab.... MasyaALLAH... Syukur Alhamdulillah... Sharing dalam entri kali ini sekadar buat ingatan kenangan anak dan cucu suatu masa nanti... InsyaALLAH...
KURNIAAN AGUNG
Atas perjalanan dalam mencari jawapan, walau pelbagai dugaan diharung pahit dan perit kian tak terasa apabila kurniaan agung telah terjawab.... MasyaALLAH... Syukur Alhamdulillah... Sharing dalam entri kali ini sekadar buat ingatan kenangan anak dan cucu suatu masa nanti... InsyaALLAH...
KURNIAAN AGUNG
Surprise ALLAH telah terjawab, Alhamdulillah syukran.. Buat teman-teman yang tidak sempat bersama-sama kami dalam meraikan hari yang penuh bersejarah dan bermakna dalam hidup kami... Aqma titipkan sedikit sharing perjalanan/persiapan/penantian majlis yang segalanya hasil sentuhan tangan sendiri & keluarga tercinta melalui FB aqma..... Persiapan yang tidak seberapa insyaALLAH memberi kesan yang bermakna buat kami sekeluarga...
Di mana mahu mulakan? MasyaALLAH, dengan kehendak dan kuasa ALLAH, kami di temukan dalam pertemuan singkat yang boleh aqma katakan, kami tidak sempat untuk bercinta... Hari kedua usia perkenalan terus dilamar. MasyaALLAH, perasaan yang paling sukar untuk diungkapkan...
Cukup setelah sebulan usia perkahwinan....
Dengan kuasa ALLAH S.W.T sekali lagi, perubahan yang mendadak dalam diri aqma cukup menyentuh perasaan. Alhamdulillah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja tersenyum dan berkongsi kesyukuran. Alhamdulillah setelah bertemu dengan doc... InsyaALLAH tanggal 18 Oct 2013, bakal lahir anugerah ALLAH yang MAHA AGUNG.... InsyaALLAH... Doakan yang terbaik buat kami ya...
Cukup setelah sebulan usia perkahwinan....
Dengan kuasa ALLAH S.W.T sekali lagi, perubahan yang mendadak dalam diri aqma cukup menyentuh perasaan. Alhamdulillah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja tersenyum dan berkongsi kesyukuran. Alhamdulillah setelah bertemu dengan doc... InsyaALLAH tanggal 18 Oct 2013, bakal lahir anugerah ALLAH yang MAHA AGUNG.... InsyaALLAH... Doakan yang terbaik buat kami ya...
new chapter begin...
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Dengan aturan-NYA yang Maha Besar dan Maha Berkuasa....
Kami di temukan dalam titik noktah yang tiada siapa pun akan terjangka... Mungkin selama ini sudah terlalu lama berselisih kelibat sesama sendiri... Seakan tiada bayangan kelihatan di hadapan... Tidak terfikir mahu memulakan bicara apatah lagi membibitkan kata-kata... Akhirnya, tiba satu saat di mana hati-hati kami mungkin sudah cukup masanya dalam penantian panjang menanti surprise ALLAH...
Burung Kertas kecil yang di hadiahkan oleh pesakit psikiatri cukup untuk membuatkan kami memulakan bicara... Syukur... Syukur... Syukur Ya ALLAH... Tiada kata yang dapat digambarkan lagi, hanya tinta ini yang menjadi saksi utuhnya ikatan yang membawa kami ke jinjang Ijab & Qabul dan insyaALLAH ini adalah batu loncatan untuk kami terus menuju ke Jannah... InsyaALLAH... Terima Kasih ALLAH, Terima Kasih Mama & Papa, Terima Kasih Family!
Blog ini Aqma dedikasikan buat suami yang tercinta dan harapnya bakal menjadi inspirasi buat kalian di luar sana untuk terus percaya akan SURPRISE ALLAH tiada tandingannya... Bersabarlah... Barakallah...
Doakan yang terbaik buat kami untuk terus menuju ke pintu Jannah... Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin...
Firman Allah:
“Sebahagian daripada tanda-tanda allah, dicipta-Nya
jodoh-jodoh untuk kamu dari jenis kamu sendiri supaya kamu
menghayatikehidupan yang tenteram dan dijadikan-Nya
diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian
menjadi pengajaran bagi orang-orang yang berfikir.
AQMAR | ASWADI
Subscribe to:
Posts (Atom)