Wednesday, 18 January 2012

Tuntas hati...

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..
Jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan....
Bercinta, bergaduh dan berpisah juga adalah ketentuan Ilahi...
Terpaut dengan doa di atas, pantas saja jemari ini mahu berkongsi bersama semua... Lantaran terbaca di dalam laman iluvislam.com... Halus katanya hingga menyentuh jiwa doanya... Amen..Amen... Amen...
Apa perasaannya bila kita telah lakukan segalanya... Berkorban apa sahaja... Namun usaha langsung tidak dihargai? Hanya kerana bebanan perasaan yang memberat, buatkan diri sendiri terhukum dengan perasaan dendam dan benci... Hingga kita menjadi mangsa keadaan yang tak terperi?


Beginilah hidup jika berpaksikan cinta, hati dan perasaan...
Segalanya dilakukan demi cinta... Terlalu berharap dan mengharap...
Hingga akhirnya memakan diri dan memamah jiwa sendiri....
"Ya Allah... Kau berilah petunjuk kepadaku... Janganlah Kau izinkan aku jatuh cinta andai masanya belum tiba....." Tiap hari berperang dengan perasaan... Asyik memendam jiwa...
Hari ini mendengar luahan hati seorang wanita lagi.. Kisah duka hatinya tak pernah berbahagi... Moga Allah memberikannya petunjuk... Amin...


Kenapa letak picture baby?
Kerana sekarang ni mode kakak2 kesayangan semua yang preggie bakal melahirkan baby!!! Heheheee.. Kalau terbaca entri2 ni... Mana tahu terkenan sorang dua muka macam baby atas neh... Hehehhee...
Saya rindu kamuuuu... Saya cemburukan kamuuu kakak-kakak kesayangan ku....


P/S: Doakan yang terbaik buat aqma ya....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...